skip to main | skip to sidebar

Sentuhan Hati

  • Home
    Home Sweet Home
  • Pages
    Browse Pages
    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit
  • Categories
    By Category
    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit
Subscribe

Tuesday, January 26, 2010

inspirasi kah?


Salam.

Percaya tak sesuatu bahan bacaan yang kita baca menukar pandangan dan perspektif kita?

Misal kata, dulu kita tak suka mengembara. Sebab leceh, penat, kena 'spend' banyak duit n etc 'excuses' yang kita bagi. Puncanya sebab kita tak minat.

Tapi, suatu hari...kita membaca sebuah buku yang menceritakan kisah pengembaraan yang menakjubkan. Cantik latar tempat-tempat yang dikunjungi sang pengembara dan pengalaman 'adventure' sepanjang mengembara dikisahkan dengan begitu menarik sekali.


Maka,tentunya saat usai kita menghabisi buku tersebut, perspektif kita tentang 'lecehnya' pengembaraan pasti bertukar. Tak banyak..mungkin sedikit akan mempengaruhi kita. Tak begitu?



Jom tengok antara buku-buku yang telah menjadi menukar perspektif saya tentang hidup ini.

1. Badai Semalam karya Khadijah Hashim

Saya rasa banyak juga air mata mengalir baca novel ni. Best! Seorang gadis yang berkahwin dengan anak majikannya dan melalui penderitaan memeritkan sepanjang perkahwinan kerana didera oleh suaminya.


Apa yang mengubah perspektif saya? Pilih lah pasangan hidup kita bukan kerana ingin menjaga hati ibu bapa semata-mata. Berkahwinlah dengan seorang yang kita redhai agamanya



2. Suboh karya Prof. Atan Long

Buku ni buku ayah. Saya baca semasa darjah 6. Waktu-waktu lepas habis UPSR, ‘free time’ memang baca buku. ‘Complicated’ dan rumit hidup seorang baca dan cabarannya membesarkan anak-anak. Banyak watak yang saya kagumi dalam novel nie. Tapi kisah anak gadis kampung dalam cerita nie yang paling manis. Jatuh cinta kepada seorang cikgu muda yang baru datang mengajar di kampungnya. Cikgu muda meluahkan rasa cinta melalui pantunnya. Klasik ! sangat halus bahasa orang dulu-dulu.



3. Pergilah Sepi karya Fauziah...

Em..buku nie kalau baca akhirnya akan buat kita rasa untuk belajar memaafkan pasangan kita dan masa silamnya. Best sgt!



4. Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta karya Ramlee Awang Murshid

Ya Allah...trilogi 3 buah nie menakjubkan! Membawa kita kembali ke kurun ke 15. Laksamana Sunan, Ratu Sulaman, Haryani- kisah cinta tiga segi. Oleh kerana sangat terpengaruh dengan cerita nie..maka blog saya, saya namai mylaksamana=>



5. Do They Hear You When You Cry

Saya tak ingat nama pengarangnya. Buku menceritakan latar tempat di bumi Afrika. Menyentap kemanusiaan kita, menyedarkan dunia betapa bobroknya Amerika yang melaung-laungkan suara demokrasi tetapi hakikatnya menindas manusia...Dan lahirnya seorang peguam yang sangat berwibawa. Great Book!

Dan banyak lagi....




Tetapi harus saya tegaskan....tiada buku yang mampu menjentik hati kita lebih hebat daripada Al Qur’an. Tetapi, membaca itu juga satu pengembaraan memuhasabahkan diri tentang kehebatan Allah.



Jadi, bacalah buku untuk mengubah perspektif hidupmu yang kamu rasa suram. Hakikatnya, hidup ini indah apabila kita bersyukur=>


M
Posted by izyan at 7:58 AM

0 comments:

Post a Comment

Newer Post » « Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Visitors

Free Counters
HSN Shopping Network

My Profile

My Profile
Izyan Hazwani Bt Ahmad

Merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan . Pelajar tahun 3 jurusan undang-undang dan syariah (LLBS) di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws (AIKOL) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) . Sekarang memegang amanah daripada Allah S.W.T sebagai Chairperson of Welfare Secretariat , Students' Representative Council (SRC) 09/10 , IIUM .

Followers

Blog Archive

  • ►  2011 (1)
    • ►  November (1)
  • ▼  2010 (8)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ▼  January (6)
      • Official Result SRC Election 2009/2010
      • muhasabah cinta
      • inspirasi kah?
      • sgt la suka filem nie....kenapa ya?
      • al waktu
      • mAsA MeNaNtIkU?
  • ►  2009 (27)
    • ►  December (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (5)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2008 (17)
    • ►  December (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  May (5)

Discussion

Facebook Badge

Izyan Hazwani

Create Your Badge

Special Links

  • SRC.IIUM
    DONATION FOR ROHINGYA
    12 years ago
  • Students' Representative Council [IIUM Kuantan]

SRC Members

  • JEBAT
    ‘SINCERE GIVING’
    12 years ago
  • Pena Unggul
    Secebis Pengalaman Untuk
    13 years ago
 
Copyright © Sentuhan Hati. All rights reserved.
Blogger templates created by Templates Block | Wordpress theme by Tipografo