Sekarang, atau lebih tepat lagi hari ini 26 Oktober 2010
Sebenarnya, tak terniat nak tulis apa-apa dalam blog. Tapi, hari ini entah apa mimpi menulis pula.
Sesungguhnya pada malam hari ada satu waktu. Jika pd waktu trsebut org Muslim meminta kebaikan dlm urusan dunia dan akhirat kpd Allah, maka Allah mmberinya dan itu berlaku pada setiap malam"( Riwayat Muslim) .
Saya membaca hadith tersebut dalam satu buletin sebuah jemaah di UIA. Depan cover atau headline tertulis : al-Fahmu wasilah kefahaman dan kebenaran. Artikel buletin tersebut bercerita berkisar taujihat/ kata-kata semangat menuju medan peperiksaan.
UIA sedang menuju minggu peperiksaan sekarang. Seminggu lagi. Lebih tepatnya dalam 5 hari lagi. Cepat benar masa berlalu. Sekarang saya di tahun 4 semester pertama. Bermakna telah hampir 7 kali saya bertemu final exam di bumi UIA nie.
Sedar tak sedar..dalam pada terketar-ketar, antara percaya tak percaya mampu membawa subjek syariah..saya akhirnya sudah mengharungi semua itu sehingga sekarang di tahun empat. Alhamdullillah..benarlah.. kita tak tahu batas kemampuan diri kalau kita tak pernah mencuba melaluinya.
Berada dalam tenure SRC 2009/2010 kurang 3 bulan berbaki sebelum rasmi turun jawatan, InsyaAllah bulan 1 tahun depan. Ditolak cuti, tolak itu-ini..adaah dalam dua bulan lagi sebagai pemimpin pelajar di UIA. Em, dan ya menjadi pemimpin pelajar pun sesuatu yang di luar jangkaan hakikatnya. Tak sangka. Tak terduga.
Mudah kisah.
Banyak perkara dalam hidup ni yang kita tak jangka akan berlaku
Hatta ada yang tak pernah terlintas.
Yang manis-manis memang nikmat diingati
Yang pahit-pahit rasa-rasa ingin dibuang
Tapi selalu yang pahit lebih kuat di ingatan
Kenapa?
Mungkin sakit dan kepedihan itu lebih berbekas
Sebab itu orang ditimpa kemalangan atau sakit parah takkan lupa sakitnya. Ada yang trauma. Kerana pedih dan luka itu..sifatnya berbekas dan berparut. Jadi begitulah kenangan pahit, lama berbekas di fikiran. Panjang luka di hati
Hakikatnya, pelajaran yang dipelajari..nak buang yang pedih-pedih nie tak usah. Dah jadi. Yang lebih penting menikmati yang manis-manis. Itu tanda kita bersyukur pada Allah
InsyaAllah..musim-musim peperiksaan begini..isu-isu lama, masalah-masalah dulu, sejarah-sejarah berdebu, kisah-kisah masam..lupakan.lupakan
Kenangi dan syukuri nikmat serta pemberiannya.
Menikmati kehidupan yang Allahberi dengan sebaik mungkin
Jangan fikir apa-apa..dan yang entah apa-apa..
Jadi, jadual peperiksaan saya 4 year 1st semester :
2/11: Criminal Procedure Code
4/11: English for Academic Purposes
7/11: Evidence
9/11 Civil Procedure
11/11: Professional Practise
13/11: Evidence and Procedure of Syariah
Manusia dicipta untuk berjaya dan bukannya untuk gagal ( Henry David Thoreau)
Go..Go'.. Fighthing!!