Saturday, May 16, 2009
Selamat Hari Guru, Cikgu!
16 Mei 2009
Hari guru hari ini. Pagi tadi banyak betul siaran di televisyen, drama-drama tentang hari guru. Perlahan-lahan, saya terimbau masa-masa lalu saat di bangku persekolahan.
Seronoknya zaman sekolah rendah. Belajar tanpa tekanan. Happy je sebab rasa dunia ini adalah sgt luas dan kita adalah dalam dunia kita. Masa zaman sekolah rendah dulu, waktu ulangkaji memang tak adala dalam diari harian. Pergi sekolah kebangsaan pagi, petang pergi sekolah agama. Balik je sekolah agama, main-main basikal..tak pun pondok-pondok..tak pun masak-masak. Dekat-dekat nak maghrib,agak-agak mak dah jeling-jeling kat tingkap tu barulah kami adik-beradik balik rumah. Masa tula berebut nak mandi..sebab nak kena pergi mengaji kat rumah Ust Ali Mutagaliman. Ust tue orang jawa.ingat lebih kurang begitu la namanya. Habis sahaja mengaji, balik rumah barulah ingat nak makan. Bila ayah tanya, " Hang kerja sekolah tak da ka?" Barulah bangkit pergi buat kerja sekolah. Ngantuk-ngantuk tidur la atas meja. Sedar-sedar je ayah suruh pergi tidur. Jadinya, begitulah kehidupan seharian sepanjang bersekolah rendah di Sekolah Sg. Pelong, Sungai Buloh Selangor dulu. Seronok sakan. Tak ingat la apa.Hari minggu paling ditunggu-tunggu sebab memang akan termakub dalam jadual akan bermain saje.Dari celik mata, sampai tutup mata...main..main dan main
Jadi saya fikir, ilmu yang saya dapat..keputusan peperiksaan yang selalu nombor 1 tak pun 2 atau 3 je dalam kelas dulu, tentunya hanya dari pembelajaran dalam kelas. Betapa la ketika itu guru-guru saya mengajar mengenal pelbagai jenis bidang ilmu...nak sebut nama-nama cikgu sekolah rendah sg. Pelong dulu memang tak tersebut. Sebab sangat ramai yang begitu berjasa kepada diri ini. Yang paling diingati, Cikgu Rusdi,kesian cikgu ajar saya main rekoder nak lepas satu lagu pun payah. Saya tak berbakat sangat bab-bab alat muzik ni.Ust Che Lah, jazakallahukhairan..sangat besar jasanya pada saya dalam mengajar saya mengenal tajwid. Kini,ustaz telah tiada..moga-moga Allah menempatkan Ustaz di kalangan orang-orang beriman.Cikgu-cikgu SK Sg Pelong yang dikasihi...terima kasih atas jasa kalian...tanpa kalian saya tidak seperti hari ini..
Sk Dato Ahmad Manaf adalah sekolah rendah kedua saya. Masa bersekolah di sini, saya fikir pandangan saya pada dunia ini sudah semakin berbeza. Mencabar..itu yang saya fikirkan. Saya mula kenal apa itu tanggugjawab dan peranan diri saya. Saya selalu berfikir untuk menyumbang kepada sekolah saya. Saat itu saya belajar lebih serius dan tak perlu disuruh. Memang ketika itu hati bulat ingin mendapatkan 5A di dalam UPSR. Siang malam saya tak henti berdoa moga-moga impian saya tercapai. Tambahan, murid-murid di sekolah ini tak ramai, maka cikgu mengharapkan kepada pelajar-pelajar harapan untuk mengharumkan nama sekolah. Rasanya 3 nama penting ini takkan saya lupa seumur hidup saya. Cikgu Azmir, Cikgu Musfirah, dan Cikgu Zarina. Mereka adalah insan-insan yang melihat potensi saya dalam berpidato. Terima kasih cikgu...saya tak tahu saya boleh berpidato kalau bukan cikgu yang beritahu..Untuk guru-guru Sk Dato Ahmad Manaf, jasa cikgu-cikgu akan saya kenang ke akhir hayat
Alam sekolah menengah saya, saya kira cukup mematangkan diri. SMK Puteri...itulah nama sekolah saya.5 tahun saya menelaah ilmu di sini. Saya asalnya nak masuk sekolah agama. Sekolah impian saya SMAP Labu masa tu. Tapi, saya kira tak de rezeki saya agaknya. Lantas, di Puteri saya mencari ilmu untuk perjalanan masa depan saya. Ramai cikgu di sekolah ini yang memberi makna besar dalam hidup saya. Miss kok, Puan Robasyah, Pn Jameah dan ramai lagi..terlalu manis kenangan di sekolah ini.banyak pahit manis kehidupan yang telah saya lalui di sekolahh ini.Dear my all teachers in SMK Puteri , Seremban..i got no words to say how much i have appreciate all your sacrifices to make me a better person in my life. I love you all=)
>
UIAM...matrikulasi PJ atau di Gombak....Pensyarah-pensyarah dan pemberi ilmu kehidupan kepada saya..paling terutama Ustazah Maryam yang membuat saya jatuh cinta kepada Bahasa Arab yang tak pernah saya pelajari di alam persekolahan..terima kasih..jazakumullahukhairan kathira..saya tiada kata-kata melainkan jutaan doa dipanjatkan ke hadratNya untuk antum semua..
"
" Ya Allah..ampuni dosa-dosa guru-guruku..dan berikan sejuta kedamaian hati kepada insan-insan ini yang memberi pengertian besar kehidupan kepadaku...Ameen.
Thursday, May 14, 2009
Menteri Besar Perak is Nizar!
Salam everybody!
It has been already 4 days since Nizar has been announced by the Federal Court as the right Menteri Besar for Perak
But somehow, after the appeal made by Zambry, currently Zambry is still been said as the Menteri Besar for Perak
Perak's issue is something really unpredictable situation.
At one point, you gonna be very confused of what is really happening in Perak.
I believe that Law is something that have to be respected by all people. But, if the one who governed have manipulated the Law, then it's gonna be the worst than ever.
I am very sure that the Law is on Nizar'side. Just, hopefully..he still remains patient to ensure Perak gonna be in his hand back.
Very best of luck to u!
It has been already 4 days since Nizar has been announced by the Federal Court as the right Menteri Besar for Perak
But somehow, after the appeal made by Zambry, currently Zambry is still been said as the Menteri Besar for Perak
Perak's issue is something really unpredictable situation.
At one point, you gonna be very confused of what is really happening in Perak.
I believe that Law is something that have to be respected by all people. But, if the one who governed have manipulated the Law, then it's gonna be the worst than ever.
I am very sure that the Law is on Nizar'side. Just, hopefully..he still remains patient to ensure Perak gonna be in his hand back.
Very best of luck to u!
Tuesday, May 12, 2009
Menteri Besar Perak is Nizar!
Salam everybody!
It is Tuesday today.Lovely tuesday i think...hm..so it was decided by the Federal Court
Thursday, May 7, 2009
Siapa sebenarnya Menteri Besar Perak?
Sakit kepala saya sejak akhir-akhir ini apabila menonton berita-berita yang dipaparkan di media massa. macam-macam...berbelit-belit...isu Perak yang paling hangat saat ini..
Baru sebentar tadi menonton berita pergaduhan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN)Perak. 6 Jam kecoh!Perlantikan Datuk s.Ganesan dari parti Barisan Nasional sebagai speaker baru menggantikan Sivakumar telah mencetuskan perbalahan di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak.
Betul la Barisan Nasional nie dah kurang betul pemahaman undang-undang mereka. Sewenang-wenangnya melantik Ganesan sebagai Speaker Dewan sedangkan Sivakumar masih sah di sisi undang-undang sebagai speaker DUN Perak.
Isnin ini, 11 Mei 2009, Mahkamah akan memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang terbaru..saya khuatir sebenarnya..amat-amat khuatir sekiranya undang-undang negara ini terpaksa tunduk kepada kuasa politik pemimpin negara. Maka, akan bersifat retoriklah bidang yang sedang saya pelajari ini..
Undang-undang mesti..wajib..dan hendak atau tidak bersifat saksama dan adil kepada setiap rakyat di bumi Malaysia ini. Itu jelas terkandung dalam 9th Schedule of Constitutional Law.Namun, seandainya undang-undang dilaksanakan oleh orang yang salah..beginilah akibatnya...
Sepatah kata ayah saya..ahli-ahli DUN yang membelakangi Undang-undang di Perak dan sesuka hati melantik diri nie lupa agaknya bahawa gaji mereka dibayar rakyat.Bukan Barisan Nasional! Jadi, apabila Pilihan Raya Umum pada 8 Mac lalu di Perak dimenangi pakatan pembangkang yang dipilih rakyat...sedarkah 'orang-orang' ini bahawa mereka tidak diterima di bumi Perak? Sudah demikian, pandai-pandai pula melantik diri sendiri!!
Apapun, kita tunggu sama-sama..apa yang akan diputuskan mahkamah siapa sebenarnya Menteri Besar Perak
Sudah-sudahlah wahai yang berhormat..kurangkanlah kontroversi dan tingkatkanlah prestasi!
Baru sebentar tadi menonton berita pergaduhan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN)Perak. 6 Jam kecoh!Perlantikan Datuk s.Ganesan dari parti Barisan Nasional sebagai speaker baru menggantikan Sivakumar telah mencetuskan perbalahan di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak.
Betul la Barisan Nasional nie dah kurang betul pemahaman undang-undang mereka. Sewenang-wenangnya melantik Ganesan sebagai Speaker Dewan sedangkan Sivakumar masih sah di sisi undang-undang sebagai speaker DUN Perak.
Isnin ini, 11 Mei 2009, Mahkamah akan memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang terbaru..saya khuatir sebenarnya..amat-amat khuatir sekiranya undang-undang negara ini terpaksa tunduk kepada kuasa politik pemimpin negara. Maka, akan bersifat retoriklah bidang yang sedang saya pelajari ini..
Undang-undang mesti..wajib..dan hendak atau tidak bersifat saksama dan adil kepada setiap rakyat di bumi Malaysia ini. Itu jelas terkandung dalam 9th Schedule of Constitutional Law.Namun, seandainya undang-undang dilaksanakan oleh orang yang salah..beginilah akibatnya...
Sepatah kata ayah saya..ahli-ahli DUN yang membelakangi Undang-undang di Perak dan sesuka hati melantik diri nie lupa agaknya bahawa gaji mereka dibayar rakyat.Bukan Barisan Nasional! Jadi, apabila Pilihan Raya Umum pada 8 Mac lalu di Perak dimenangi pakatan pembangkang yang dipilih rakyat...sedarkah 'orang-orang' ini bahawa mereka tidak diterima di bumi Perak? Sudah demikian, pandai-pandai pula melantik diri sendiri!!
Apapun, kita tunggu sama-sama..apa yang akan diputuskan mahkamah siapa sebenarnya Menteri Besar Perak
Sudah-sudahlah wahai yang berhormat..kurangkanlah kontroversi dan tingkatkanlah prestasi!
Monday, May 4, 2009
Buku apa yang saya baca?
NAGUIB MAHFOUZ
Pemenang Hadiah Nobel bagi kesusasteraan 1988
Bermula dan berakhir
Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka 1993
Buku bermula dan berakhir ini ialah terjemahan daripada buku The Beginning and the End oleh Naguib Mahfouz dan diterbitkan oleh The American University in Cairo Press, 113 Sharia Kasr el Aini, Cairo , Egypt. Buku ini juga tersenarai di dunia antara 1001 of books that you must read before you die!
Naguib Mahfouz seorang penulis yang tidak asing di bumi Mesir. Karya-karyanya begitu jelas memperlihatkan pemerhatiannya yang mendalam terhadap kehidupan golongan pertengahan Mesir yang sangat mementingkan kesejahteraan kebendaan, kebimbangan tentang masa depan mereka, kepatuhan terhadap sistem dan keengganan mereka mencabar pihak yang berkuasa atau pihak yang berwibawa pada masa itu
.
Beliau yang juga penuntut dalam bidang Falsafah di Universiti sekular di Kaherah telah mengkritik beberapa dasar kerajaan di bawah pimpinan Ismail Sidki melalui penulisannya.
Naguib Mahfouz menyedari bahawa penentangan secara terbuka terhadap kuasa autokrasi adalah sia-sia sahaja, beliau telah berjaya mencipta suatu kaedah bercerita yang dapat membayangkan kecaman terhadap sistem pemerintahan itu tanpa membahayakan kepentingan atau kemungkinan menghadapi risiko menentang pihak yang berkuasa
Novel setebal 662 mukasurat ini pada fikiran saya mempunyai satu jatidiri dan matlamat sebenar penulis sebenarnya yang ingin mengheret kita untuk turut sama berfikir dan merenung perihal masyarakat pertengahan yang hidup dengan kesulitan, ancaman dan kecaman terhadap kemiskinan yang menghantui mereka
Novel ini punyai beberapa watak yang saya kira cukup menarik dan punya ciri-ciri serta karakter mereka yang tersendiri. Dalam novel ini, penulis menceritakan tentang perubahan kehidupan yang terpaksa dihadapi oleh sebuah keluarga yang telah kematian ayah mereka. Kematian ayah mereka yang juga merupakan pegawai kerajaan ibarat suatu kehilangan yang tak terkira buat mereka. Mereka merasakan seolah-olah telah hilang dahan tempat berteduh dan yang tersisa adalah ranting-ranting tua untuk mereka menumpang hidup.
Dalam kehidupan masyarakat Mesir sekitar tahun 40an, sesebuah keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang berpangkat pegawai kerajaan dikira cukup berstatus dan amat dihormati masyarakat. Kehidupan keluarga itu boleh dikatakan mewah dan senang berbanding keluarga yang lain.
Samirah, Hasan, Nafisah,Hussin, dan Hassanein telah kehilangan tonggak hidup mereka iaitu Kamal Effendi Ali. Samirah , seorang isteri berasakan betapa peritnya untuk meneruskan kehidupan kerana di atas pundaknya kini tergalas tanggugjawab dan harapan besar untuk dia membesarkan anak-anaknya. Meskipun Hasan sudah besar dan selayaknya menggantikan tempat ayahnya memikul tanggugjawab sebagai ketua keluarga, sayangnya Samirah tidak dapat bergantung harap padanya kerana Hasan adalah anak yang digelar 'kambing hitam' di dalam keluarganya. Hasan anak yang pemalas akibat terlalu dimanjai oleh bapanya sewaktu bapanya masih hidup. Hidup sebagai kutu jalan, merompak, berjudi, bergaduh dengan samseng-samseng jalanan dan kaki perempuan, Samirah tambah menderita kerana anak sulongnya merupakan beban yang menyedihkan buatnya.
Nafisah anak gadisnya yang kedua diceritakan penulis sebagai gadis yang tidak cantik dan tidak berpendidikan. Sebaik sahaja kesusahan mendatangi mereka, Nafisah terpaksa membantu menyara keluarganya dengan bekerja sebagai tukang jahit. Meskipun, pada zaman kita pekerjaan sebagai tukang jahit adalah pekerjaan yang masih baik di mata masyarakat Malaysia, di Mesir, tukang jahit merupakan suatu pekerjaan yang amat memalukan. Samirah berasa sangat gundah andai dia tidak mampu mengahwikan Nafisah dengan mana-mana lelaki kerana status keluarga mereka yang kini hidup seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Nafisah yang berasa putus asa dengan kekurangan rupa paras dan pendidikannya begitu sedih memikirkan dirinya yang tidak dicintai mana-mana lelaki. Lantas, dia mengambil keputusan menerima cinta Soliman yang berminat terhadapnya. Soliman yang bekerja kedai hakikatnya hanya ingin bermain cinta dengan Nafisah dan akhirnya berjaya membuatkan Nafisah menyerahkan jiwa raganya kepada Soliman. Soliman berkahwin dengan seorang gadis lain dan tinggallah Nafisah dalam rundung hati dan jiwa yang kacau dek kebodohannya membiarkan diri terjerumus dalam dosa.
Saat merasakan diri sudah tiada nilainya, Nafisah membiarkan gelora nafsu menguasai diri dan terus bergelumang dalam dosa dengan mana-mana lelaki yang menghampirinya.
Kehidupan Nafisah yang sedemikian adalah di luar pengetahuan Samirah. Samirah begitu bertungkus lumus bekerja untuk memastikan anak-anak harapannya Hussin dan Hassenein berjaya mendapatkan ijazah masing-masing. Hussin merupakan watak yang amat saya sukai kerana karakternya begitu mengkagumkan seperti yang diceritakan penulis. Pemuda yang tenang, baik hati, bersungguh-sungguh dalam pelajaran, amat kasih kepada ibu dan adik beradiknya, dan amat memahami penderitaan ibunya ini merupakan pelajar yang pintar dan aktif di universitinya. Tidak seperti adiknya Hassanein, Hussin amat pemalu dengan wanita dan amat berhati-hati dalam pergaulan sehariannya.
Hussin menyukai Bahia, jirannya tetapi adiknya Hassanein telah mendahuluinya kerana dia terlalu malu hatta untuk memandang gadis itu. Usai tamat pengajian universitinya, dia telah mengorbankan cita-citanya untuk meyambung pelajaran dan hanya bekerja sebagai kerani demi untuk membantu ibunya dan melihat hassanein melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Menariknya Hussin ini, di mana-mana jua dia berada, akhlaknya cepat memikat hati manusia. Walaupun dirinya dipinang oleh Encik Hassan Affendi untuk anak gadisnya, Hussin terpaksa menolak kerana khuatir perkahwinannnya kelak akan menyebabkan dia terbeban lebih-lebih lagi dia bertanggugjawab kini untuk menampung hidup ibu dan adik-beradiknya. Tambahan pula, dia mahukan Hassenain berkahwin dengan Bahia kerana mereka berdua telah ditunangkan oleh kedua-dua buah keluarga.
Hassanein, pemuda kacak seperti abangnya. Saya kira dia adalah watak utama kerana hampir pada keseluruhan cerita mencirikan karakternya dengan begitu terperinci sekali. Pintar, berani, manis mulut dengan wanita, degil untuk memastikan hasratnya dipenuhi, bercita-cita besar, benci kepada kemiskinan...watak Hassanein sebenarnya mencerminkan majoriti masyarakat di zaman kita yang begitu mengkagumi kemegahan, kemewahan, pangkat dan status hidup yang tinggi. Hassanein amat meyintai Bahia meskipun telah merentangi adat dan budaya masyarakat Islam Mesir ketika itu dengan menyatakan cintanya kepada Bahia secara terang-terangan dan meminang Bahia daripada tangan Farid Effendi sendiri,ayah Bahia.
Lamaran cinta Hassanein bagaimanapun amat disenangi Bahia kerana pada fikir gadis itu, Hassanein cukup meyintainya. Namun begitu, apa yang paling saya kagumi pada sifat Bahia adalah pada sifat malunya dan berpegang teguh pada prinsip hidupnya untuk menyerahkan jiwa dan raganya hanya untuk seseorang lelaki selepas berkahwin sahaja. Pada zaman masyarakat Mesir tika itu yang kian dipengaruhi cara hidup barat, berkasih antara teruna dan dara juga telah melangkaui adat dan prinsip agama. Pergaulan dan trend remaja yang berkasih tika itu ibarat trend remaja kita pada masa kini yang tidak segan silu seperti pasangan suami isteri lagaknya.
Hassanein yang begitu terpengaruh dengan cara hidup yang demikian amat kecewa dengan prinsip hidup Bahia yang tidak boleh di'sentuh' meskipun mereka sudah bertunang. Hassanein dalam kekecewaanya masih mengasihi Bahia. Namun, setelah dia berjaya keluar dari Maktab Tentera dan menjadi pegawai tentera, hatinya mulai tawar dengan Bahia dan mulai berkehendak untuk hidup bersama gadis yang moden dan berstatus tinggi seperti anak gadis Tuan Ahmad Bey, seorang hartawan Mesir yang juga kawan baik ayahnya.Jiwa Hassanein untuk keluar dari kepompong hidup lamanya kian membara.
Mereka sekeluarga telah berpindah ke rumah yang lebih baik. Hassanein melarang keras ibunya untuk tidak lagi kembali ke rumah lama mereka yang buruk dan tidak lagi berjumpa dengan sahabat-sahabat lama ibunya yang miskin. Nafisah juga telah disuruh berhenti kerja sebagai tukang jahit dan mereka memiliki pembantu rumah sendiri.
Hassanein akhirnya mengambil keputusan memutuskan pertunangannya dengan Bahia. Keluarganya begitu terkejut begitu juga keluarga Bahia sendiri. Hussin, abangnya begitu sakit hati mengetahui akan putusnya pertunangan adiknya mengambil keputusan menjadikan diri sebagai pengganti untuk mengambil Bahia sebagai isterinya. Saya merasakan betapa perancangan Allah itu begitu cantik sekali kerana sesungguhnya wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Meskipun Hussin pada asalnya telah beralah Bahia untuk adiknya, tetapi Allah kembali menakdirkan bahawa Bahia adalah untuknya.
Hassanein yang agak terkejut dengan apa yang dilakukan Hussin meneruskan cita-citanya meminang anak gadis Tuan Ahmad Bey tetapi peminangannya telah ditolak.Kekecewaan Hassanein bertambah parah apabila mengetahui peminangannya ditolak kerana Tuan Ahmad Bey telah mengetahui cara hidup abang sulongnya yang hidup membunuh orang dan menghisap ganja. Dan apa yang lebih memalukan dirinya apabila kakaknya, Nafisah ditangkap polis ketika sedang melacurkan diri!
Hassanein merasakan harapannya untuk melihat mereka sekeluarga dihormati masyarakat disekelilingnya telah musnah saat segala rahsia hodoh keluarganya telah sampai ke pengetahuan masyarakat dan kawan-kawan seangkatannya.
Atas rasa kecewa yang tak tertanggung dan harapan menggunungnya yang telah berkubur, dia telah menjadi penyebab kakaknya, Nafisah membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai Nil. Nafisah yang berasa malu dengan dasyat saat adiknya dikabarkan kerja 'aib' yang dilakukannya, berjanji untuk mengembalikan maruah adikya dengan membunuh diri.Hassanein berasa lega ketika kakaknya mengambil keputusan membunuh diri dan dia menjadi saksi dengan mata kepalanya sendiri saat kematian kakaknya tanpa menghalang perkara itu daripada berlaku .
Babak terakhir novel ini saya kira begitu menyakitkan hati kerana saat Hassanein tersedar dari khilafnya membiarkan jasad kakaknya menjadi mayat, dia menebus kesilapan dirinya dengan membunuh dirinya pula! Entah apa dalam kotak fikiran si Hassanein tetapi yang jelas dia telah berlaku zalim bukan sahaja kepada kakaknya tetapi kepada dirinya sendiri dan lebih teruk lagi dia berlaku zalim pada ibunya yang berkorban hidup untuk melihat kejayaanya.
Novel ini satu sindiran sinis pada masyarakat tipikal yang menggilai duniawi dan meninggalkan keyakinan kepada Allah swt. Dari pemimpin yang bobrok telah melahirkan masyarakat yang kurang percaya kepada ketentuan takdir...mereka tegar menyaksikan rakyat berhidup melarat dan mengizinkan rasuah dan kapitalis berleluasa.
Saya yakin cerita seperti ini bukan cerita dongengan. Malahan ia mungkin antara satu kisah dari jutaan kisah hidup masyarakat tidak kira samada di bumi mana. Hatta saya amat yakin di Malaysia jua, kisah seperti ini tidak asing sama sekali. Kisah malang keluarga ini mengheret saya ke dalam perjalanan emosi yang menyakitkan. Akan betapa peritnya untuk hidup dan betapa besarnya nikmat Allah kepada diri dan keluarga kerana masih punya rezki yang murah dan baik-baik sedang ada manusia yang diuji Allah dengan kelaparan dan kemelaratan hidup yang berpanjangan!
Subscribe to:
Posts (Atom)