Friday, January 29, 2010
Official Result SRC Election 2009/2010
~ Dan amanah Allah itu lebih besar keutamaannya~
~You and I have the power ~Think good of one another ~ So stand up and take our places
~And do what we do better ~ Spend sometime to know ourselves ~ Help the other ~
ALLIED HEALTH SCIENCES CONSTITUENCY
Marlina Bt Mohd Zain - 144
Mohd Hakim B. Zakaria - 212
Nurhasnah Bt Mazalan - 101
NURSING CONSTITUENCY
Fauzan B. Mohamed - 87
Hakim B. Rahmat - 121
Siti Hajar Bt. Mohd - 64
PHARMACY CONSTITUENCY
Ahmad Mustaqim B. Ariffin - 95
Hanisah Bt Kamarudin - 68
Nur 'Atiqah Bt Hussin - 57
DENTISTRY CONSTITUENCY
Mohammad Badiuzzaman Tuan Ibrahim
MEDICINE CONSTITUENCY
Mohd Fahmi B. Nain - 177
Noor Idayu Bt. Ibrahim -196
Syazwani Bt. Sanusi - 221
SCIENCE CONSTITUENCY
Muhammad Aklil B. Ayob - 353
Nadzirah Bt . Redzuan - 132
Siti Khadijah Bt. Imam Supa'at - 272
INTERNATIONAL CONSTITUENCY
Anas Ismaiel
Faez Saleh Ahmad Batis
Tarik B. Alamgir
Yusuf Khidir Alkazimy
AIKOL CONSTITUENCY
Izyan Hazwani Bt. Ahmad
Muhammad Shauqi B. Suhaimi
ARCHITECTURE CONSTITUENCY
Muhammad Faris Ismail
Nur Atiqah Bt. Mohd Nissfu
ENM CONSTITUENCY
Abdul Aziz B. Abu Hasan - 352
Azharul Amin B. Ahmad Nazarudin - 586
Hafizul Ariri B. Rusmani - 411
Hidayatul Karimah Bt. Mohd Mahyuddin - 896
Muhammad Syazwan B. Suhaimi - 921
ICT CONSTITUENCY
Ahmad Rafiqi B. Rosli - 181
Khadijah Adibah Bt. Ahmad - 154
Muhammad Nurazim B. Azman - 161
Norazlina Bt. Mohd Nawi - 147
Nursyahidah Bt. Ahmad - 120
Nurul Zahidah Bt. Mohd Zan - 146
ENGINEERING CONSTITUENCY
Ahmad Khairul Azman Bin Mohd Salleh - 855
Muhammad B. Ahmad Kamal - 498
Muhammad Firwan Bin Norliza - 838
IRKHS CONSTITUENCY
Noor Yusri B Wahi Anuar - 1231
Nur Hafizah Bt Ahmad Puzi - 531
Siti Fairuz Bt Kadri - 1027
Zatil Arifah Mohd Amin - 1309
Tuesday, January 26, 2010
muhasabah cinta
muhasabahlah cinta kita kepada Allah..
dan bukan sekadar melafaz cinta yang bermain hanya di bibir..

Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
inspirasi kah?

Salam.
Percaya tak sesuatu bahan bacaan yang kita baca menukar pandangan dan perspektif kita?
Misal kata, dulu kita tak suka mengembara. Sebab leceh, penat, kena 'spend' banyak duit n etc 'excuses' yang kita bagi. Puncanya sebab kita tak minat.
Tapi, suatu hari...kita membaca sebuah buku yang menceritakan kisah pengembaraan yang menakjubkan. Cantik latar tempat-tempat yang dikunjungi sang pengembara dan pengalaman 'adventure' sepanjang mengembara dikisahkan dengan begitu menarik sekali.
Maka,tentunya saat usai kita menghabisi buku tersebut, perspektif kita tentang 'lecehnya' pengembaraan pasti bertukar. Tak banyak..mungkin sedikit akan mempengaruhi kita. Tak begitu?
Jom tengok antara buku-buku yang telah menjadi menukar perspektif saya tentang hidup ini.
1. Badai Semalam karya Khadijah Hashim
Saya rasa banyak juga air mata mengalir baca novel ni. Best! Seorang gadis yang berkahwin dengan anak majikannya dan melalui penderitaan memeritkan sepanjang perkahwinan kerana didera oleh suaminya.
Apa yang mengubah perspektif saya? Pilih lah pasangan hidup kita bukan kerana ingin menjaga hati ibu bapa semata-mata. Berkahwinlah dengan seorang yang kita redhai agamanya
Buku ni buku ayah. Saya baca semasa darjah 6. Waktu-waktu lepas habis UPSR, ‘free time’ memang baca buku. ‘Complicated’ dan rumit hidup seorang baca dan cabarannya membesarkan anak-anak. Banyak watak yang saya kagumi dalam novel nie. Tapi kisah anak gadis kampung dalam cerita nie yang paling manis. Jatuh cinta kepada seorang cikgu muda yang baru datang mengajar di kampungnya. Cikgu muda meluahkan rasa cinta melalui pantunnya. Klasik ! sangat halus bahasa orang dulu-dulu.
Em..buku nie kalau baca akhirnya akan buat kita rasa untuk belajar memaafkan pasangan kita dan masa silamnya. Best sgt!
Ya Allah...trilogi 3 buah nie menakjubkan! Membawa kita kembali ke kurun ke 15. Laksamana Sunan, Ratu Sulaman, Haryani- kisah cinta tiga segi. Oleh kerana sangat terpengaruh dengan cerita nie..maka blog saya, saya namai mylaksamana=>
Saya tak ingat nama pengarangnya. Buku menceritakan latar tempat di bumi Afrika. Menyentap kemanusiaan kita, menyedarkan dunia betapa bobroknya Amerika yang melaung-laungkan suara demokrasi tetapi hakikatnya menindas manusia...Dan lahirnya seorang peguam yang sangat berwibawa. Great Book!
Dan banyak lagi....
Tetapi harus saya tegaskan....tiada buku yang mampu menjentik hati kita lebih hebat daripada Al Qur’an. Tetapi, membaca itu juga satu pengembaraan memuhasabahkan diri tentang kehebatan Allah.
Jadi, bacalah buku untuk mengubah perspektif hidupmu yang kamu rasa suram. Hakikatnya, hidup ini indah apabila kita bersyukur=>
M
Sunday, January 24, 2010
sgt la suka filem nie....kenapa ya?

Pernah menonton Laskar Pelangi? Sebuah filem dari Indonesia. Saya kira tentu sudah ramai yang pernah menonton filem yang begitu indah ini. Cuma saya, yang baru kesempatan menontonnya. Namun, fikir saya, meski terlewat sedikit menguliti filem itu, semangat yang terdukung di dalamnya adalah tidak pernah terlewat untuk dihayati.
Permulaan ceritanya sungguh indah. Suatu daerah yang namanya Belitung. Menurut cerita dalam filem tersebut, Belitung antara pulau tercantik dan terkaya dengan hasil alamnya di Indonesia. Masih desa dan menghijau bumi itu. Bermula sebuah kisah, anak-anak yang digelar Laskar Pelangi pada tahun 1979. Saat itu, rakyat Indonesia ramai yang masih jadi kuli di bumi sendiri. Mereka terpaksa bekerja melombong timah untuk bangsa penjajah. Ia, penjajah totok Indonesia itu adalah Belanda yang paling lama menjajah bumi Indonesia yang sangat kaya hasil bumi. Anak-anak Indonesia yang bapa mereka bekerja kuli untuk penjajah, sangat tidak punya ruang untuk belajar. Nyata, hanya anak-anak orang kaya Indonesia sahaja tika itu yang mampu menikmati sistem pembelajaran yang disediakan oleh pemerintah. Pemikiran rakyat bawahan Indonesia saat itu juga hanya seputar kerjalah apa jua pekerjaan untuk menampung kehidupan. Anak-anak juga tidak peduli untuk disekolahkan kerana mereka berfikiran apabila dewasa akan jadi kuli juga akhirnya.
Sekolah Agama Muhammadiah yang dikisahkan dalam filem itu merupakan permulaan hidup buat 10 orang anak miskin Belitung. Ikal, watak utama dalam filem itu bergandingan dengan seorang sahabatnya, Lintang merupakan dua orang pelajar yang paling cerdas mengaji di sekolah itu. Filem itu mengangkat watak anak kecil ,Lintang yang gigih ingin bersekolah meskipun terpaksa mengayuh basikal buruknya puluhan batunya jauh. Merentas hutan, melalui jalan yang menjadi lubuk buaya, sangat tinggi keinginannya terus berkayuh bagi mencicipi ilmu milik Allah. Pintar. Itulah Lintang dalam filem tersebut yang sangat suka membaca. Paling bagus dalam ilmu matematika. Pantas memberi jawapan dengan hanya mengira menggunakan mindanya. Harus seperti adik Adi Putra yang dikenali kanak-kanak genius matematik di bumi Malaysia. Sehingga dengan bakat yang sedemikian hebat telah membantu memenangkan sekolahnya dalam pertandingan kuiz matematik. Tetapi, Lintang berhenti sekolah selepas itu kerana ayahnya hilang di laut ribut sewaktu menjala ikan. Hanya dia anak lelaki tunggal dan sulong yang tinggal untuk menyara adik-adik perempuannya yang masih kecil. Lantas, kehilangannya di sekolah itu meruntun hati teman-teman seperjuangannya yang lain. Telah lima tahun mereka bersama di sekolah itu, Lintang yang pintar terpaksa meninggalkan sekolah itu. Ikal, sahabat baiknya sangat terkesan dengan pemergian Lintang. Di situ, Ikal berazam ingin cemerlang kerana melihat semangat Lintang yang kekal ingin belajar dan punya cita-cita tetapi harus melupakan hasrat itu akibat kesempitan hidup.

Begitu menyentuh. Setiap bicara, setiap gambar yang terpapar dalam filem ini bisa memberi pengajaran yang bukan sedikit buat penontonnya. Banyak sekali yang saya pelajari dan antara babak yang sungguh mengesankan adalah saat melihat anak-anak miskin itu di waktu senggang mereka menolong ibu bapa di laut, di lombong timah, di pasar-pasar dan di jalanan. Sedang, teman-teman mereka yang kaya, bermain-main di taman dan berlibur di kota-kota. Membanding kehidupan yang sedemikian dengan anak-anak di bumi Malaysia. Kita ini terlalu manja. Di Malaysia, tidak akan kita temui lagi sekolah-sekolah yang miskin. Adik- adik kita di sekolah rendah dan menengah lengkap berpakaian sekolah yang cantik dan baru serta memiliki buku mahal-mahal. Di universiti apatah lagi. Teman-teman seperjuangan saya ada yang bermotor dan berkereta ke kuliah. Saya pernah bertanyakan ayah untuk mendapatkan sebuah motor kerana letih berjalan kaki dari mahallah ke kuliah atau mahu ke meeting. Ayah tidak mengizinkan kerana kata ayah sungguh bahaya buat diri saya. Lantas, ayah menyuruh saja saya mengambil keretanya. Sedang ayah harus bermotor ke tempat kerja? Saya kembali berfikir selepas menonton filem ini. Betapa berani diri ini menyusahkan ayah sedang diri masih punya kudrat berjalan. Berjalanlah diri. Atau kalau perlu , berlari! Masih muda tetapi berjiwa manja. Malu benar. Saya kira hidup bersyukur itu perlu untuk tenang. Sepatah kata guru di dalam filem itu pada anak-anak Laskar Pelangi
– Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.
Hidup kita ini terlalu banyak menerima. Allah memberi nikmat hidup, udara, air ,cahaya, segala-galanya. Ayah ibu memberi duit belanja, duit sekolah, makan, pakaian, tempat tinggal, kasih sayang, pendidikan. Guru-guru memberi ilmu, semangat dan motivasi untuk kejayaan. Teman-teman sekeliking memberi dokongan, nasihat dan penghibur di kala keseorangan. Setiap perkara, orang dan apa jua di sisi kita memberi terlalu banyak pada diri kita. Lantas, apa kita hanya mahu menerima dan tidak pernah mahu memberi?

Filem Laskar Pelangi ini sebuah naskah yang mengangkat jiwa bangsa Melayu Islam yang kental. Kental pada kesusahan hidup. Cekal menggapai cita-cita. Dan tidak pernah menyerah kalah. Ada air mata, ada tawa, ada senyum, ada sendu, ada sebak, ada semangat yang bertamu di dalam dada saat menghabisi filem ini. Kaya pengajaran tentunya.
Masih belum menonton filem ini? Tontonlah! Ia sebuah filem yang sungguh cantik sinematografinya, cantik susunan ceritanya, asyik pada lagunya dan hebat pada tema yang mendukung filem ini. Saya lebih jatuh cinta padanya melebihi karya ‘Ayat-ayat cinta’. Syabas Laskar Pelangi!