skip to main | skip to sidebar

Sentuhan Hati

  • Home
    Home Sweet Home
  • Pages
    Browse Pages
    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit
  • Categories
    By Category
    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit
Subscribe

Wednesday, August 5, 2009

cuba-cubaan...


# Berikut petikan tulisan saya dalam buletin Da'wah & Tarbiyyah yang akan diterbitkan tidak lama lagi..sekadar cuba- cubaan menghantar da'wah melalui penulisan..mudah-mudahan sukses! Amin




Assalammualaikum pembuka bicara buat pembaca- pembaca buletin At Tazkeerah yand diterbitkan oleh Sekretariat Da’wah & Tarbiyyah Law Students’ Society 2008/ 2009.



Pertama-tamanya, suka untuk saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah kerana dengan izinNya, maka lahirlah buletin ini yang bertujuan untuk memberi sedikit pengisian buat teman- teman pembaca Aikolians yang dihormati. Juga ucapan terima kasih saya hulurkan buat pihak Kulliyyah kerana sudi mengizinkan buletin ini diterbitkan. Tidak dilupakan juga kepada editor buletin , Saudara Ahmad Shauqi dan ‘team ‘nya kerana tanpa usaha mereka, tidak mungkin terhasil buletin untuk para pembaca ini.



Tazkeerah…begitulah nama yang ter’ilham’ di benak fikiran kami tatkala tercari-cari nama yang sesuai untuk buletin yang telah kami garap ini. Sesungguhnya, kami amat mengharapkan hadirnya pengisian tazkeerah yang ringkas dan mudah difahami ini dapat menyentuh hati- hati kita untuk barang walau sedikit duduk sejenak membaca, merenung dan menginsafi diri sebagai hamba-hambaNya. Manusia yang bersifat pelupa senantiasa harus sering diingatkan. Meskipun kita sudah tahu akan banyak perkara, tetapi iman kita itu tetap ada naik dan turunnya. Makanya, tazkeerah ini hadir untuk mengingatkan yang mana terlupa atau terlalai dengan sibuknya kita bersama dunia.



Dalam Al Quran , Allah telah berfirman dalam Surah Adzaariyaat ayat ke 55 yang mana bermaksud


“ Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang –orang beriman”



Hal ini jelas menunjukkan bahawasanya tazkeerah itu amat penting dalam kehidupan manusia hatta tidak boleh walau sehari kita tidak memperolehinya. Teman- teman yang dirahmati Allah, tazkeerah itu hakikatnya bukan semata-mata dapat diperolehi daripada kuliah-kuliah agama, buku-buku agama dan bahan- bahan ilmiah sahaja. Sebenarnya, apa sahaja di sekeliling kita adalah tazkeerah (peringatan ) daripada Allah. Kata-kata bualan yang bermanafaat bersama sahabat-sahabat juga merupakan tazkeerah yang paling mudah. Hatta memandang alam sekelililing iaitu bulan, bintang, langit, matahari dan sebagainya merupakan tazkeerah secara langsung daripada Allah. Sesungguhnya amatlah beruntung mereka yang dapat berfikir akan kebesaran Nya.



Sekretariat Da’wah & Tarbiyyah Law Students’ Society 2008/ 2009 sudah melepasi satu semester akhirnya. Satu lagi semester yang berbaki ini mendorong kami untuk sehabis baik mendatangkan input-input yang bermanafaat buat teman-teman. Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang program- program yang pernah dijalankan oleh Sekretariat DNT kali ini. Sejujurnya, kami memohon maaf andai kelemahan daripada pihak kami telah menyebabkan teman- teman kurang mendapat informasi tentang program-program yang telah dijalankan. Pada semester 2 2008/ 2009 yang lalu, Sekretariat DNT telah mengadakan beberapa program yang menarik iaitu Qur’an at Heart ( halaqah menghafaz al qur’an ), Beauty of Love Campaign dan Maulidurrasul Celebration ( talk on ‘Malu Rasanya Mengatakan Cinta, Pilihan Dai’e Kecil [ PILDACIL] dan Malam Amal Kerasulan bersama Dato’ Hassan Azhari ). Alhamdulillah, program-program tersebut telah berjaya dijalankan dengan sokongan dan kerja keras teman-teman ‘ committees ‘ DNT yang menjadi tonggak utama perjalanan da’wah dan tarbiyyah di Kuliyyah AIKOL ini.



Oleh yang demikian, kami mengharapkan lagi partisipasi seluruh teman- teman AIKOL yang dikasihi untuk program- program DNT yang bakal dianjurkan tidak lama lagi. Sesungguhnya, tanggungjawab yang diamanahkan Allah di atas pundak kami ini, mudah-mudahan senantiasa dibimbing Allah dengan ikhlas, istiqamah, redha dan syukur dariNya. Jika masih tidak terlambat, Ahlan Wasahlan adik-adik 1st year ke AIKOL yang penuh warna- warni kehidupan ini. Menjadi pelajar undang-undang tidak mudah adik- adik kerana kita berjuang untuk melihat Perundangan Syariah Allah diangkat martabatnya di bumi ini. Walauapapun, tidak dilupai juga buat teman-teman seperjuangan 2nd ,3rd ,4th dan 5th year, selamat belajar dan belajar! Akhir kalam, sebelum berpisah..sekadar renungan bersama..Ramadhan bakal menjenguk kita teman-teman. Bagaimana persediaan kita ?


Posted by izyan at 7:55 PM

0 comments:

Post a Comment

Newer Post » « Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Visitors

Free Counters
HSN Shopping Network

My Profile

My Profile
Izyan Hazwani Bt Ahmad

Merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan . Pelajar tahun 3 jurusan undang-undang dan syariah (LLBS) di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws (AIKOL) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) . Sekarang memegang amanah daripada Allah S.W.T sebagai Chairperson of Welfare Secretariat , Students' Representative Council (SRC) 09/10 , IIUM .

Followers

Blog Archive

  • ►  2011 (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2010 (8)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (6)
  • ▼  2009 (27)
    • ►  December (3)
    • ►  September (3)
    • ▼  August (2)
      • cuba-cubaan...
      • Forum Hak Dan Kebajikan Anak Dalam Memeluk Agama I...
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (5)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2008 (17)
    • ►  December (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  May (5)

Discussion

Facebook Badge

Izyan Hazwani

Create Your Badge

Special Links

  • SRC.IIUM
    DONATION FOR ROHINGYA
    12 years ago
  • Students' Representative Council [IIUM Kuantan]

SRC Members

  • JEBAT
    ‘SINCERE GIVING’
    12 years ago
  • Pena Unggul
    Secebis Pengalaman Untuk
    13 years ago
 
Copyright © Sentuhan Hati. All rights reserved.
Blogger templates created by Templates Block | Wordpress theme by Tipografo