skip to main | skip to sidebar

Sentuhan Hati

  • Home
    Home Sweet Home
  • Pages
    Browse Pages
    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit
  • Categories
    By Category
    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit
Subscribe

Wednesday, August 5, 2009

cuba-cubaan...


# Berikut petikan tulisan saya dalam buletin Da'wah & Tarbiyyah yang akan diterbitkan tidak lama lagi..sekadar cuba- cubaan menghantar da'wah melalui penulisan..mudah-mudahan sukses! Amin




Assalammualaikum pembuka bicara buat pembaca- pembaca buletin At Tazkeerah yand diterbitkan oleh Sekretariat Da’wah & Tarbiyyah Law Students’ Society 2008/ 2009.



Pertama-tamanya, suka untuk saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah kerana dengan izinNya, maka lahirlah buletin ini yang bertujuan untuk memberi sedikit pengisian buat teman- teman pembaca Aikolians yang dihormati. Juga ucapan terima kasih saya hulurkan buat pihak Kulliyyah kerana sudi mengizinkan buletin ini diterbitkan. Tidak dilupakan juga kepada editor buletin , Saudara Ahmad Shauqi dan ‘team ‘nya kerana tanpa usaha mereka, tidak mungkin terhasil buletin untuk para pembaca ini.



Tazkeerah…begitulah nama yang ter’ilham’ di benak fikiran kami tatkala tercari-cari nama yang sesuai untuk buletin yang telah kami garap ini. Sesungguhnya, kami amat mengharapkan hadirnya pengisian tazkeerah yang ringkas dan mudah difahami ini dapat menyentuh hati- hati kita untuk barang walau sedikit duduk sejenak membaca, merenung dan menginsafi diri sebagai hamba-hambaNya. Manusia yang bersifat pelupa senantiasa harus sering diingatkan. Meskipun kita sudah tahu akan banyak perkara, tetapi iman kita itu tetap ada naik dan turunnya. Makanya, tazkeerah ini hadir untuk mengingatkan yang mana terlupa atau terlalai dengan sibuknya kita bersama dunia.



Dalam Al Quran , Allah telah berfirman dalam Surah Adzaariyaat ayat ke 55 yang mana bermaksud


“ Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang –orang beriman”



Hal ini jelas menunjukkan bahawasanya tazkeerah itu amat penting dalam kehidupan manusia hatta tidak boleh walau sehari kita tidak memperolehinya. Teman- teman yang dirahmati Allah, tazkeerah itu hakikatnya bukan semata-mata dapat diperolehi daripada kuliah-kuliah agama, buku-buku agama dan bahan- bahan ilmiah sahaja. Sebenarnya, apa sahaja di sekeliling kita adalah tazkeerah (peringatan ) daripada Allah. Kata-kata bualan yang bermanafaat bersama sahabat-sahabat juga merupakan tazkeerah yang paling mudah. Hatta memandang alam sekelililing iaitu bulan, bintang, langit, matahari dan sebagainya merupakan tazkeerah secara langsung daripada Allah. Sesungguhnya amatlah beruntung mereka yang dapat berfikir akan kebesaran Nya.



Sekretariat Da’wah & Tarbiyyah Law Students’ Society 2008/ 2009 sudah melepasi satu semester akhirnya. Satu lagi semester yang berbaki ini mendorong kami untuk sehabis baik mendatangkan input-input yang bermanafaat buat teman-teman. Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang program- program yang pernah dijalankan oleh Sekretariat DNT kali ini. Sejujurnya, kami memohon maaf andai kelemahan daripada pihak kami telah menyebabkan teman- teman kurang mendapat informasi tentang program-program yang telah dijalankan. Pada semester 2 2008/ 2009 yang lalu, Sekretariat DNT telah mengadakan beberapa program yang menarik iaitu Qur’an at Heart ( halaqah menghafaz al qur’an ), Beauty of Love Campaign dan Maulidurrasul Celebration ( talk on ‘Malu Rasanya Mengatakan Cinta, Pilihan Dai’e Kecil [ PILDACIL] dan Malam Amal Kerasulan bersama Dato’ Hassan Azhari ). Alhamdulillah, program-program tersebut telah berjaya dijalankan dengan sokongan dan kerja keras teman-teman ‘ committees ‘ DNT yang menjadi tonggak utama perjalanan da’wah dan tarbiyyah di Kuliyyah AIKOL ini.



Oleh yang demikian, kami mengharapkan lagi partisipasi seluruh teman- teman AIKOL yang dikasihi untuk program- program DNT yang bakal dianjurkan tidak lama lagi. Sesungguhnya, tanggungjawab yang diamanahkan Allah di atas pundak kami ini, mudah-mudahan senantiasa dibimbing Allah dengan ikhlas, istiqamah, redha dan syukur dariNya. Jika masih tidak terlambat, Ahlan Wasahlan adik-adik 1st year ke AIKOL yang penuh warna- warni kehidupan ini. Menjadi pelajar undang-undang tidak mudah adik- adik kerana kita berjuang untuk melihat Perundangan Syariah Allah diangkat martabatnya di bumi ini. Walauapapun, tidak dilupai juga buat teman-teman seperjuangan 2nd ,3rd ,4th dan 5th year, selamat belajar dan belajar! Akhir kalam, sebelum berpisah..sekadar renungan bersama..Ramadhan bakal menjenguk kita teman-teman. Bagaimana persediaan kita ?


Posted by izyan at 7:55 PM 0 comments

Forum Hak Dan Kebajikan Anak Dalam Memeluk Agama Islam

Caknakah kita ? Antum tidak perlu menjadi pelajar undang-undang untuk berbicara tentang isu ini . Tetapi untuk isu ini, setiap umat islam harus berasa mahu untuk cakna dan berbuat sesuatu!
AIKOL , UIAM 16 Julai 2009 –Satu forum yang menarik telah dianjurkan oleh Unit Undang-undang Keluarga & Etika Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim bertempat di Auditorium Perpustakaan UIAM, Gombak Kuala Lumpur. Forum tersebut bertemakan satu tajuk yang begitu hangat diperkatakan dalam isu perundangan di negara kita kebelakangan ini iaitu ‘ Hak dan kebajikan anak dalam isu memeluk Islam ‘. Forum yang hangat ini juga turut menjemput empat orang ahli panel yang tidak asing lagi di kalangan mahasiswa AIKOL dan setiap ahli panel juga telah membentangkan kertas kerja mereka tentang tajuk forum ini daripada aspek yang berbeza- beza.

Ahli panel yang pertama adalah Datuk Hashim Yahya, Fellow Akademik AIKOL UIAM yang membentangkan kertas kerja beliau yang bertajuk “ Hak dan kebajikan anak- daripada perspektif hukum syarak” . Sementara ahli panel yang kedua iaitu Dr Normi Abdul Malek, Penolong Profesor AIKOL , UIAM pula membawakan tajuk “ Hak dan kebajikan anak- di bawah Undang-undang Keluarga Islam. Dr. Farid Sufian B. Shuib , Penolong Profesor AIKOL, UIAM yang juga merupakan ahli panel yang ketiga telah membentangkan kertas kerja beliau yang bertajuk ‘Hak dan kebajikan anak- di bawah Undang- undang Perlembagaan ‘. Manakala ahli panel yang terakhir pula adalah Tuan Haji Zainul Rijal Abu Bakar, Peguam Syarie telah membicarakan tajuk beliau iaitu “ Hak dan kebajikan anak – amalan di Malaysia.

Forum yang mendapat sambutan menggalakkan daripada mahasiswa AIKOL ini juga mencetus pelbagai persoalan menarik dalam sesi soal jawab apabila pelbagai isu disebalik isu diketengahkan kepada pengetahuan mahasiswa. Menurut Saudari Busra, pelajar tahun 3 AIKOL, beliau berasa amat bertuah kerana telah mengikuti satu forum yang telah membuka mata mahasiswa untuk tidak sekadar belajar mengenai undang-undang di bilik-bilik kuliah tetapi sebaliknya mahasiswa harus tahu dan cakna dengan perkembagan isu perundangan semasa khususnya berkaitan perundangan yang melibatkan kepentingan islam dan penganutnya yang semakin mendapat tekanan daripada NGO bukan islam dan beberapa pihak yang tertentu.
Adalah amat diharapkan semoga isu-isu seperti ini terus diketengahkan lagi dalam masyarakat mahasiswa supaya mahasiswa tidak terus- terusan lalai dan tidak cakna kepada apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Posted by izyan at 7:40 PM 0 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors

Free Counters
HSN Shopping Network

My Profile

My Profile
Izyan Hazwani Bt Ahmad

Merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan . Pelajar tahun 3 jurusan undang-undang dan syariah (LLBS) di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws (AIKOL) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) . Sekarang memegang amanah daripada Allah S.W.T sebagai Chairperson of Welfare Secretariat , Students' Representative Council (SRC) 09/10 , IIUM .

Followers

Blog Archive

  • ►  2011 (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2010 (8)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (6)
  • ▼  2009 (27)
    • ►  December (3)
    • ►  September (3)
    • ▼  August (2)
      • cuba-cubaan...
      • Forum Hak Dan Kebajikan Anak Dalam Memeluk Agama I...
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (5)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2008 (17)
    • ►  December (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  May (5)

Discussion

Facebook Badge

Izyan Hazwani

Create Your Badge

Special Links

  • SRC.IIUM
    DONATION FOR ROHINGYA
    12 years ago
  • Students' Representative Council [IIUM Kuantan]

SRC Members

  • JEBAT
    ‘SINCERE GIVING’
    12 years ago
  • Pena Unggul
    Secebis Pengalaman Untuk
    13 years ago
 
Copyright © Sentuhan Hati. All rights reserved.
Blogger templates created by Templates Block | Wordpress theme by Tipografo