skip to main | skip to sidebar

Sentuhan Hati

  • Home
    Home Sweet Home
  • Pages
    Browse Pages
    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit
  • Categories
    By Category
    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit
Subscribe

Tuesday, December 23, 2008

Semester Baru Yang Mencabar

salam ceria!

Kebelakangan ini sahabat-sahabat saya selalu memulai mesej dengan cara begini. saya rasa terhibur pula. mungkin banyak perkara yang perlu difikirkan apabila melangkah ke semester baru, jadi semangat –semangat sebegini sangat diperlukan agar kita tak terpengaruh dengan suasana yang sibuk sehingga wajah menjadi masam dan mencuka. Jadi ceria-ceria lah selalu biar bagaimana hari yang bakal anda tempuhi!


Alhamdulillah, semester lepas meskipun result exam tidak lah mencapai target tetapi masih di tahap yang baik. Hari-hari peperiksaan yang lalu saya kira antara hari-hari peperiksaan yang ter’letih’ kerana perlu berdepan satu2 kertas tanpa punya gap masa yang panjang. Pendek kata, ada beberapa’paper’ yang killer perlu dihadapi tanpa selang. Kalau tak silap semester lepas adalah berturut-turut kertas Usul Fiqh 1, Constitutional Law 1 dan Family Law 1. Walauapapun, peperiksaan itu sudah berakhir dan ‘result’nya juga sudah diterima. Makanya, melangkah ke semester baru ini, diri perlu bermuhasabah dan kembali menilai akan sejauh mana usaha telah habis diperah untuk meraih kejayaan. Untuk Along dan Ikah yang dapat Dean List, Congrats!! I am proud of you guys. Insya Allah diri tidak akan berpaling ke belakang dan akan terus mencabar diri untuk bersaing dengan kalian.


"KELEMAHAN KITA YANG PALING LEMAH IALAH PERCAYA KITA LEMAH SEBELEM TERBUKTI KITA BENAR-BENAR LEMAH"


Sengaja je bagi ayat di atas sebab kadang-kadang kita nie belum mencuba lagi, kita dah kata kita tak mampu. Semester ini saya memegang satu jawatan yang saya kira sangat penting di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,UIAM .Kalau pada sesetengah orang, jawatan apa lagi yang paling penting kan kalau bukan jawatan Presiden? Bukan jawatan Presiden.Cuma Chairperson Dakwah and Tarbiyyah. Tapi bagi yang memikul jawatan, meskipun hanya Exco untuk Lajnah/ Biro, itu dah kira amat mustahak dan berat amanhnya. Namanya pun amanah maka tentulah yang memikul yang merasai beratnya. Nak kata tentang amanah nie, Allah sendiri sebut dalam Al Quran bahawasanya apabila ditanya pada bukit adakah sanggup ia memikul amanah, jawab bukit ia sendiri tak sanggup kerana ia tahu betapa berat amanah itu dan betapa takut ia akan dipersoal kelak di akhirat seandainya gagal melaksanakan amanah Allah.

Makanya,manusia lah..kita yang mengaku mampu memikul amanah nie sebagai khalifah Allah memang berani habis. Sebab sanggup pikul amanah Allah untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini. Gunung dan bukit-bukit yang gagah itu pun tak mampu tapi kita mampu.Tapi nak kata apa, sebab Allah mencipta kita dengan sebaik-sebaik kejadian. Jelas termaktub dalam Al Quran, Allah berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” ( Surah At Tin: 4). Maka, apabila telah diberi amanah nak mengelak tak boleh lah. Jadi kufur pula nanti pada nikmat akal yang Allah beri nie. Sebab Allah dah beri kita akal untuk kita berfikir bagaimana untuk kita boleh memajukan ummah dan menyebarkan agama Allah di serata pelusuk dunia ini. Oleh yang demikian, haruslah atas kita menerima tanggungjawab apabila telah diberi peluang oleh Allah.


Saya teringat cerita yang saya pernah baca tentang Yusuf Islam. Yusuf Islam atau Steven Cat (nama asalnya ketika sebelum islamnya beliau) ini seorang yang sangat dihormati selepas pengislamannya. Sebab dia menjadikan muzik yang merupakan kerjayanya dulu menjadi medan dakwahnya kini untuk menyebarkan Islam. Siapa tak pernah dengar lagu-lagunya yang sangat menyentuh hati-hati manusia..Saya setiap kali mendengar lagu-lagunya memang syahdu dan tersentuh. Kerana nyanyiannya sangat ikhlas. Sangat-sangat dari hati. Sebab kalau bukan dari hati takkan mungkin ia sampai di hati saya. Yusuf Islam pernah bercerita perihal bagaimana dia menganut Islam. Satu ketika beliau pernah hampir lemas. Saya kurang pasti bagaimana kejadiannya sehingga beliau hampir lemas. Tetapi kata beliau saat-saat lemas itu, beliau berasa amat takut. Takut yang teramat sekali. Dan beliau tiada cara lain melainkan berdoa. Katanya,beliau berjanji pada Tuhan seandainya Tuhan memanjangkan umur beliau, beliau pasti akan berbakti pada Tuhan. Selepas berdoa demikian, beliau pengsan dan hanya kemudian apabila tersedar sudah diselamatkan orang. Begitulah janjinya dan sungguh beliau menepatinya. Selepas peristiwa itu, ia telah mendorong beliau memeluk Islam dan beliau memberi sepenuh komitmennya menyampaikan dakwah Allah kepada umat manusia. Ini kerana beliau telah menemui cahaya petunjuk penolongnya yang mendengar doa dan azamnya.


Saya selepas membaca kisah beliau meremang bulu roma saya. Bukan sebab takut hantu.tapi jadi terlalu takjub dengan kekuasaan Allah. Subhanallah. Allah begitu pengasih. ‘Berdoalah kepadaku nescaya kuperkenanankan doamu’ .Allah dah bagitahu kita. Mintalah doa pada Dia. Nescaya makbul! Dan itulah yang berlaku pada Yusuf Islam. Jadi nak dikisah kan di sini sebenar nya, bila Allah dah izin dan beri kita peluang berbakti kepada Nya untuk hidup kita yang masih tersisa nie..janganlah sia-siakan nya.


Alhamdulillah.moga-moga tulisan kali ini bermanafaat. Sebenarnya dari awal sudah rasa tulisan kali ini macam motivasi pun ada. Tak kiralah..sebenarnya nak motivasi diri..tapi andai anda membacanya juga..moga-moga ter’motivasi’ jua lah hendaknya.


Salam Ceria Untuk Semua!
Posted by izyan at 6:23 PM 0 comments

Wednesday, December 10, 2008

musim cuti beginilah

memang berhasrat nak menulis blog
tapi tak tahu bila semangat itu nak hadir
macam-macam gangguan anasir
berebut nak mengguna pc
walau apapun insya Allah akan menyusul jua artikel atau penulisan seterusnya
musim cuti nie banyak yang perlu diselesaikan
masanya ada cuma pengurusan diri kurang sempurna


Buat kak Nurul yang meraikan walimahnya hari ini ( 10 Disember 2008)
" Selamat Pengantin Baru kak"
moga kebahagiaaan dan berkah Allah senantiasa mengiringi akak
Jua Allah mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan daiman abadan abada



Buat abang sepupuku dan isteri selamat pengantin baru juga
" Allah yubarikuma aydhan"



Untuk sahabat seperjuangan, Nurul Nofus Bt Jaafar Sidek
" Selamat Meraikan Walimatul Urus anti"
moga tarikh 18 Disember 2008 menjadi saat manis buat kamu sahabatku
semoga semangat perjuangan kita dalam bidang syariah kan berkekalan hingga tertegaknya
hukum Allah di bumi ini



Ringkasnya, untuk teman2 yang mengakhiri zaman bujang masing2..dan memulai alam berkeluarga..doa saya buat kalian kekal senantiasa.


Salam Eid Adha jua buat seluruh umat islam.kullu 'am waantum bikhair
Posted by izyan at 2:04 AM 0 comments

Thursday, October 23, 2008

Exam la YAN!


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

'Fatrah Imtihan'
Tatkala melihat exam slip yg di'print' baru2 ini, tersentak sikit diri ini. "Eh, dah nak exam aku rupanya". Begitulah pantasnya masa berlalu untuk diri semester ini. Saya kira sahabat-sahabat pun merasai perkara yang sama. Seingat diri masih terasa berada di tahun pertama. Kenangan sewaktu mula-mula melangkahkan kaki di bumi UIA ini masih segar dalam ingatan. Saat diri terpinga-pinga memandang bangunan kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim dan tercangak-cangak mencari kelas jua masih terasa terlalu baru berlalu. Hampir dua tahun saya kira bergelar pelajar di universiti, pelbagai perkara suka duka dilalui. Terlalu banyak perkara yang saya pelajari. Andai saya bukan di bumi UIA, saya juga tidak tahu apa yang saya lakukan saat ini.


'
Syukran ya Rabbi'
Alhamdulillah..wa syukran lillah...berada di bumi UIA ini membuat saya kenal betapa kerdilnya diri. Ramai orang-orang hebat di sini. Ustaz.-ustaz dan ustazah-ustaz ah ramai...tak kira tua atau muda..hehe. Memang tak terfikir di zaman persekolahan saya untuk saya kenal insan-insan hebat sebegini. Maklumlah, sekolah kolonial inggeris dulu. Figur-figur yang saya kagumi dulu kebanyakan hampir tiada yang berfikrah islam. Boleh kata..fikrah islam itu sendiri juga tak pernah difahami diri.


'Khairul Ummah'
"Allah apabila menghendaki hambanya kepada kebaikan, Dia mendekatkan kita kepada ilmu agama" begitu antara lebih kurang satu makna ayat yang termaktub di dalam Al Quran. Segala puji bagi Allah yang merancang penghidupan manusia. Andai Allah mahu memuliakan manusia, Dia mengangkat manusia itu sekehendakNya. Andai Allah ingin menghinakan manusia, walau apa jua ikhtiar manusia itu, Allah akan berbuat mengikut kehendakNya.


'
Ya muqallibal qulub, tsabit qulubi ala dinik'
Saya kira Allah terlalu pengasih pada diri ini. Musim-musim 'imtihan' begini' memang mengundang resah dan gelisah di kalangan kita. Kadang-kadang rasa 'mood' nak belajar itu cepat sahaja mati..itu belum masuk lagi godaan-godaan halus yang melalaikan. Kawan-kawan duk tenguk 'movie', orang sembang sana sini..macam-macam..tapi selalu saya diperingatkan..Setiap kali diri melihat sesuatu perkara saya akan sentiasa mengaitkannya dengan diri. Betapa Allah itu hadir pada setiap pandangan hati supaya kita memandang dunia ini dengan hikmah. Bukan dengan pandangan kosong semata-mata.


'
Ibrah min Allah'
Saya sering melihat mak cik-makcik yang berkerja menyapu sampah. Hingga terlintas di sudut hati kecil saya.."Takkan mak cik-mak cik nie tak pernah bosan dengan kerja-kerja nie..berpuluh-puluh tahun buat kerja yang sama..takkan tak bosan?" Begitu hati kecil saya berkata-kata. Tapi bila difikirkan semula, tentu ada sebab mereka masih sibuk bekerja. Tentunya punya anak-anak di rumah untuk diberi makan, ada anak yang harus disekolahkan dan terlalu banyak keperluan keluarga yang perlu ditunaikan. Akhirnya, amat jelas menunjukkan bertapa segalanya itu bermula dari tanggungjawab.


'
Nahnu ibadullah abadan"
Kita ini adalah hamba Allah selamanya. Yakni andai kita tak berasa diri ini bertanggungjawab terhadap amanah Allah iaitu menuntut ilmu..maka tidak layaklah diri ini bergelar hambaNya. Oleh kerana betapa bersungguh-sungguhnya mak cik-makcik itu bekerja kerana ingin melaksanakan amanah Allah yang terpikul di bahu mereka, maka mereka tak pernah kenal erti jemu dan putus asa. Andai ibu bapa saya tidak memikul amanah Allah dengan cemerlang, saya sudah pasti tidak berada pada tahap saya ketika ini. Sekali lagi, mengenang itu semua, tidak layaklah diri ini berputus asa.


'
Al waktu ka as saif'
Masa ketika ini sangat singkat untuk diri bersiap berperang menghadapi peperiksaan. Tapi diri tidak boleh lalai dan mengalah. Biarpun sesingkat mana waktu yang tersisa..mudah-mudahan diri dapat memanfaatkan sepenuhnya dengan sebaik mungkin. Doaku untuk teman- teman seperjuangan 'binnajah wa taufiq fil imtihan'. Doa kalian jua kudambakan..ampun maaf salah dan silap..mudah-mudahan Allah permudahkan setiap urusan.

Rabbi yassir wa la tu 'assir ya Kareem..ameen
Posted by izyan at 11:13 AM 0 comments

Monday, October 20, 2008

Apa kata anda..

Keberanian Ulama Pengajaran Bermakna Untuk Semua

Artikel Ustaz Asri bertajuk ‘Agama Bukan Mengkhayalkan Orang Miskin’ yang disiarkan majalah I Bil 72 keluaran Oktober 2008 saya kira satu pandangan yang cukup tegas dan berani. Adalah sesuatu yang bukan mudah untuk kita sebagai rakyat biasa atau golongan marhaen menyampaikan sesuatu teguran yang begitu sensitif kepada kepimpinan Negara kerana dikhuatiri akan dikenakan sebarang tindakan yang boleh menggugat kedudukan dan jawatan yang dipegang. Namun, keberanian beliau mewakili golongan ulama menyuarakan isu pembaziran di kalangan orang-orang atasan adalah sesuatu yang wajar untuk diberi pujian.

Saya kira pembaziran harta rakyat ini bukan sahaja sudah membarah di kalangan golongan pemimpin atasan tetapi sudah mula merebak ke institusi-institusi lain seperti pendidikan misalnya. Di sekolah-sekolah atau universiti-universiti, pihak-pihak atasan sekolah atau universiti sering diraikan dalam jamuan-jamuan besar yang jelas perbelanjaannya datang daripada duit yang seharusnya dimanfaatkan untuk golongan pelajar. Walhal, sebenarnya ada di kalangan pelajar yang terpaksa mengikat perut menahan lapar kerana tidak cukup wang pinjaman PTPTN dan wang saku yang diberikan ibu bapa. Di sini, saya memuji pentadbiran UIAM yang sentiasa peka terhadap golongan pelajar apabila terdapat majlis keraian seperti jamuan berbuka puasa, para pelajar akan turut sama diraikan. Ini wajar dijadikan contoh kepada mana-mana institusi pendidikan lain.

Walaubagaimanapun, budaya memberi saguhati yang memakan belanja besar bergantung kepada status VIP yang hadir ke program-program sekolah atau universiti wajar dihapuskan. Jikalau para VIP ini hadir sekadar ingin memberi ucapan sepatah dua kata, mengapalah persiapan penyediaan saguhati dan jamuan makan untuknya terlalu besar perbelanjaannya. Kerenah birokrasi untuk pengagihan wang zakat juga dilihat sesuatu yang amat menyedihkan. Ada di kalangan pelajar yang memohon berasa kecewa dengan kerenah birokrasi untuk mendapatkan bantuan zakat atau pinjaman kerana dipandang sinis segelintir pihak atasan.

Seandainya budaya ini dibiarkan merebak dan tiada suara untuk menegur, maka penggunaan harta rakyat dan Negara akan terus digunakan untuk kemanfaatan dan keselesaan sesetengah pihak yang berkepentingan sahaja. Saya seikhlas hati menyeru kepada semua lapisan masyarakat supaya bersikap tegas dan berani untuk menyuarakan teguran walau dengan apa jua cara khususnya melalui hak anda sebagai rakyat di dalam pilihanraya kepada kepimpinan atasan supaya pembaziran harta Negara tidak berlaku dengan sewenang-wenangnya.

Posted by izyan at 12:00 AM 0 comments

Wednesday, October 1, 2008

hari raya..hari raya..

salam aidilfitri kutujui buat insan2 tersyg..keluarga,sanak saudara,guru2,dan sahabat2..

raya kat rumah je
tapi alhamdulillah...moga2 berkat
blog nie nak kena berubah seiring azam baru hadirnya syawal
Abang sya kata buat blog tue...cuba beri fikrah atau buah fikiran yang boleh menjana pemikiran org laen
boleh buat org berfikir
beri idea2 yang bernas
dan jadilah antara perempuan yg boleh mnyumbang fikrah pada bangsa
katanya lagi..susah nak jumpa blog org perempuan yg mantap
jadi haruslah berubah menyahut cabaran..
moga2 boleh menjadi yang lebih baik

eid mubarak..kullu am wa antum bikhair=)

Posted by izyan at 3:52 AM 0 comments

Thursday, September 4, 2008

suka berdemo?

salam ramadhan al mubarak kepada hati-hati yang mencari cinta dan kasih Illahi.


sejak kebelakangan nie..tulisan2 sy dalam blog nie kelihatan berbeza daripada tulisan2 sy sebelum ini.tak begitu? dan tentunya anda rasa ada sesuatu yang ingin sekali sy sampaikan melalui tulisan sy sekarang nie.berbeza tentunya dari 'content' tulisan sy yang sedikit sebanyak berbaur ke'aktivitis'an.

Jujurnya..anda suka berdemonstrasi? pernah berdemonstrasi? atau anda rasa berdemo ini tak mengikut sunnah Nabi atau tidak syarie?

saya..pada awal dahulu berfikir..saya amat tidak bersetuju dengan demonstrasi. Ada 3 sebab.Pertamanya, saya rasa tak mengikut sunnah nabi.tak pernah dalam sirah nabi sahabat2 nabi atau nabi sendiri berdemonstrasi dalam menegakkan islam. Kedua, akan berlaku banyak ikhtilat (pergaulan) antara lelaki dan perempuan. Maklumlah, bila demo2 nie..tak tersentuh tue..sikit2 akan kena juga.sbb keadaan yang sesak dan ramai. Yang ketiga, menampakkan org islam itu macam ganas dan sukakan huru hara..

itu fikrah saya dahulu.sekarang saya sedikit neutral.atau lebih mudah kata menentang demo pun tidak, begitu bersetuju untk berdemo pun tidak. Beberapa org sahabat saya menjelaskan isu2 yang saya timbulkan itu dengan begitu cantik. tapi hati sy belum begitu beryakin menerimanya kerana sy tak masih merasakna berdemo bukan cara terbaik untuk memperjuangkan islam.

Ust. Ismail dalam kuliahnya 'Demonstrasi dari kacamata islam' menjelaskan dengan baik akn 3 isu yang timbul. Kata beliau, tidak boleh utk kita mengatakan berdemo itu tidak sunnah kerana tidak semestinya perkara yg nabi tak buat atau sahabat2 baginda tak buat, kita tidak boleh melakukannya. Adalah lebih penting utk kita melihat kepada waqiq (tempat) atau suasana yg memerlukan kita untuk berbuat demkian.

Kisah nabi Ibrahim ketika peristiwa penyembelihan anaknya nabi ismail yang diganggu oleh syaitan menghasut baginda supaya tidak mengikut arahan Allah juga diutarakan. Dalam peristiwa tersebut, Baginda melontar batu2 ke arah syaitan kerana melahirkan rasa marahnya diganggu oleh syaitan. maka, bermula dari peristiwa itulah wujudnya ibadat melontar jamrah di Aqabah.Ust juga menjelaskan peristiwa ini menunjukkan kita boleh meluahkan kemarahan kita kepada org2 yang mengkhianati hukum2 Allah dengan melempar batu atau melantangkan suara.

Isu Iktilat (pergaulan) antara lelaki dan perempuan dijawab dengan satu kaedah fiqh yang maksud lebih kurang begini ' Apabila bertembung antaranya 2 perkara yang mudharat, maka perkara yang lebih aula' (penting) wajib diutamakan daripada mudharat yang lebih ringan. Berdemo untuk memperjuangkan agama Allah adalah lebih aula' untuk kita lakukan berbanding ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Misal yang diberikan ust, demonstrasi yang dibuat menentang forum "memeluk islam" yang diadakan oleh BAR Council adalah lebih utama kerana ia melibatkan kepentingan islam yang telah sewenang2nya dicerobohi.

Isu huru hara ketika berdemo, menurut ust berlaku kerana halangan yang dilakukan oleh pihak kerajaan. kalau kerajaan dengan mudahnya memberi permit, sudah pasti sebarang rapat umum, perhimpunan berdemontrasi akan berlangsung dengan aman dan tenang tanpa sedikit pun mewujudkan kacau bilau atau huru hara di dalam negara.

Melihat hujahan2 ust, tidak boleh utk sy menolak demontrasi andai ianya merupakn satu2nya jalan menyampaikan hasrat rakyat kepada kerajaan. Walau bagaimanapun, sy percaya adalah amat baik untuk setiap org islam itu memahami isu2 tertentu dengan lebih jelas sebelum sewenang2nya berdemonstrasi kerana ikut-ikutan.

Akhir sekali, saya merasakan adalah amat baik utk org islam menguasai dan menjadi pakar dalam bidang yang dipelajarinya supaya dia berkemampuan utk berdialog atau berbahas dalam isu-isu tertentu dengan kerajaan, NGO-NGO atau mana-mana pihak yang cuba merosakkan islam.Hal ini amat penting supaya islam itu sendiri tidak dipandang rendah krn pengikutnya yang hanya tahu melaung-laungkan suara dengan keras tetapi hakikatnya tidak jelas akan matlamat dan kepentingan sesuatu isu dibangkitkan demi Islam.

Begitulah sy berfikir..dan saya masih terus mencari dan berfikir supaya pendirian sy tentang tajuk "suka berdemo" ini lebih jelas. Menerima buah fikir org secara bulat2 adalah kesilapan yang sgt biasa dilakukan.Walaupun begitu, menolak sepenuhnya pandangan org adalah sifat bongkak yang dimiliki oleh syaitan. Berlapang dadalah dalam isu2 ya g sangat subjektif sebegini. Anda rasa bagaimana?

Posted by izyan at 12:46 AM 2 comments

Friday, August 22, 2008

Aktivis di kampus?

assalammualaikum...

salam bulan syaaban..bulan penuh barakah..bulan Rasulullah

em..membuat tajuk yang saya kira sangat subjektif kalau nak dikupas isunya dengan lebih mendalam..tapi sejak akhir2 ini dilema itulah yang sedang membuat sy sering berfikir
menjadi sekadar seorg pelajar biasa atau menjadi aktivis pelajar di kampus.apa pilihan anda?

tentu yang cakna tentang isu semasa, yang ambil tahu sejarah kampus dan yang sukakan sesuatu yang mencbar pernah kenal aktivis2 pelajar era 80an dan 90an dulu

dr. mahathir, anwar ibrahim, shabery chik, salehuddin ayub dan ramai lagi..dulunya mmg terkenal sebagai aktivis pelajar di kampus.dan sekarang memang dieorang hangat menjadi ahli politik dan pernah memimpin negara

jadi..yang bagaimana sebenarnya seorg aktivis pelajar ini berfikir? benar2 ingin menjadi aktivis kerana ingin menyertai politik sesudah graduasi atau sekadar ikut-ikutan?

tapi sy tak nafikan mereka yg aktif sebagai aktivis di kampus nie, adalah dari kalangan mereka yang bersemangat waja. mana mungkin berhati kecil jika ingin menjadi aktivis. mehnah, tribulasi dan pelbagai lagi adalah rencah sepanjang jalan aktivis yang bakal dilalui.

Maka sengaja sy bertanya pada diri.dan anda juga mungkin ingin bertanya kpd hati.bersiapkah aku menjdi aktivis di kampus dan mewakafkan diri di jalan Allah? bersama berfikir merenung kemampuan diri..Allah yaftah 'alaina al hidayah wa taufiq. ameen
Posted by izyan at 10:26 AM 0 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Visitors

Free Counters
HSN Shopping Network

My Profile

My Profile
Izyan Hazwani Bt Ahmad

Merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan . Pelajar tahun 3 jurusan undang-undang dan syariah (LLBS) di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws (AIKOL) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) . Sekarang memegang amanah daripada Allah S.W.T sebagai Chairperson of Welfare Secretariat , Students' Representative Council (SRC) 09/10 , IIUM .

Followers

Blog Archive

  • ▼  2011 (1)
    • ▼  November (1)
      • hidup yg menuntut pilihan
  • ►  2010 (8)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2009 (27)
    • ►  December (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (5)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2008 (17)
    • ►  December (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  May (5)

Discussion

Facebook Badge

Izyan Hazwani

Create Your Badge

Special Links

  • SRC.IIUM
    DONATION FOR ROHINGYA
    13 years ago
  • Students' Representative Council [IIUM Kuantan]

SRC Members

  • JEBAT
    ‘SINCERE GIVING’
    13 years ago
  • Pena Unggul
    Secebis Pengalaman Untuk
    14 years ago
 
Copyright © Sentuhan Hati. All rights reserved.
Blogger templates created by Templates Block | Wordpress theme by Tipografo