Saturday, February 14, 2009
Solat Subuh : Sebuah Ujian
Sehening paginya alam
Suara takbir memanggil
Bicara Allah menggamit
Namun betapa sukar
Hambanya ingin bangkit
dari tidur canda
dan mimpi indahnya.....
Solat Subuh..berapa ramai yang mampu bangkit dan bersolat tepat pada waktunya?
Ustaz saya menyoal ketika kelas 'At Tashriq Al Jinai'e' petang itu. Masing2 dalam kelas saya terdiam. Ada juga yang tersengih2 malu2. Saya juga terdiam. Merenung ibadat harian yang penuh kekurangan..Begitu ramai muslim yang lewat subuhnya. Hatta segelinir muslim yang pada siang hari berdegar-degar bercakap tntang perjuangan Islam juga ada yang tak tersolat subuh di pagi harinya lantaran tidur lewat dek kerana kesibukan berjuang alasannya..
Abdullah Ibn Mas'ud pernah bertanya kepada Rasulullah."Wahai Rasulullah, amal-amal apakah yang paling dicintai Allah?
Baginda menjawab " Amal yang paling dicintai Allah Ta'ala adalah shalat ( tepat) pada waktunya"
Abdullah kemudian bertanya "Kemudian apa lagi ya Rasulullah?"
Baginda menjawab "Berbuat baik kepada ibu bapa"
Abdullah bertanya lagi "Lalu apalagi ya Rasulullah?"
Rasulullah memjawab " Jihad FIsabilillah.."
Selanjutnya, amat jelas dapat kita perhatikan bagaimana Rasulullah bgitu mendahulukan Solat pada waktunya daripada berbuat baik kepada ibu bapa yang bgitu besar pahalanya...dan bagaimana baginda lebih mendahulukan solat pada waktunya atas jihad fisabilillah yang merupakan puncaknya Islam...
Subhanallah, Alhadulillah..Allahuakbar
Astaghafirullahalazim...
Mudah2an Allah mengampuni kita atas lalainya diri dalam beribadat kepadanya
Aduhai wanita muslimah...

Petang jumaat 13 Februari 2009, saya pulang ke rumah di Nilai, Negeri Sembilan. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 2 jam mengikut perkiraan saya tetapi sebaliknya menjadi 3 jam..Mengikut perkiraan saya setiap kali pulang ke rumah menaiki komuter, memang 2 jam selalunya saya akan mengambil masa untuk sampai ke rumah. Tetapi 2 jam itu biasanya akan terjadi sekiranya orang tidak begitu ramai dan bukan pada waktu puncak.
Saya tiba di KL Sentral lebih kurang jam 5.30 petang selepas menaiki LRT Putra di Stesen Putra, Gombak Dalam fikiran saya, adalah lebih baik saya bersolat Asar kerana jika saya terus menunggu keretapi, saya mungkin takkan sempat sampai awal sebelum waktu Asar berakhir. Usai bersolat Asar, kaki saya melangkah menuju ke kaunter tiket dan membeli tiket berharga RM 4.70. Destinasi saya tentulah Nilai, teratak halaman saya semenjak di usia 11 tahun.
.Sesampainya saya di kawasan menunggu komuter, saya lihat lautan manusia bersesak2 menunggu komuter yang menuju ke Seremban. Khabarnya sudah hampir setengah jam keretapi terkandas untuk sampai. Mungkin kerana perkhidmatan komuter yang perlahan menyebabkan penumpang- penumpang berebut-rebut tak ingin melepaskan peluang menaiki tren yang akan tiba.
Hati saya jadi tidak sedap saat mata menyorot pemandangan lautan manusia yang pelbagai ragam dan warna menanti ketibaan tren. 'Boleh ke aku lepas dapat tren 1st nie?' bisikdiriku perlahan. 'Mudah-mudahan Allah permudahkan...Rabbi yassir wala tu 'assir ya Karim...."doa saya di dalam hati. Sebaik tren pertama sampai, lautan manusia mulai bergelombang menyerbu tren yang baru tiba. Saya cuba menyelit- nyelit tetapi nyata usaha saya tidak berhasil. Maka sebaik tren pertama penuh, saya berundur. 'Astaghafirullahalazim...'berkali2 saya menyebut melihat tren penuh seperti sardin di dalam tin.. Sabarlah wahai
hati...saya memujuk diri moga2 cepatlah tibanya tren yang ke dua
Jam 6.30 petang, tren ke dua tiba di KL Sentral.Saya bingkas bangun dan berdiri menunggu di kalangan lautan manusia yang kelihatan tidak sabar2 untuk masuk ke dalam tren. Saya berazam benar2 moga kali ini dapatlah kiranya saya menyelit di kalangan manusia ini untuk pulang ke rumah.
Alhamdulillah, berkat pertolongan dan izin Allah, saya dapat juga menyeli-nyelit di dalam tren yang ke-2. Cumanya, yang menjadi tidak keruan hati, apabila tubuh saya dirempuh orang dari belakang..Saat kaki saya melangkah ke dalam tren, saya begitu terkejut kerana sekumpulan warga Bangladesh telah berdiri mengepuni tubuh saya. Ya Allah...bisik saya....tolonglah pelihara maruahku Ya Allah....
Ketika dihimpit-himpit begitu, tak semena2 hati saya berasa sangat sedih sekali. Mujur ada seorang pakcik Indonesia yang memberi ruang untuk saya.berdiri di bahagian tepi tren komuter. Kalau tidak, tak tahulah bagaimana rasa ingin menghadapi wajah-wajah lelaki asing yang berdiri mengerumuni saya. Sebentar tadi, saat tubuh-tubuh lelaki bergesel2 bahu sahaja membuat hati rasa begitu sedih. Aduhai...bukan mudah menjaga diri.Kalau di universiti dan di mana-mana tempat,begitu sekali kita menjaga agar tak mudah bersentuhan yang bukan mahram hatta walau sedikitpun. Bercakap dengan orang lelaki juga jaraknya hampir sedepa, tetapi untuk keadaan sebegini, mudah2 sahaja orang2 lelaki menghimpit2 wanita muslimah kita....
Terfikir2 begitu, sepanjang perjalanan yang dipenuhi lautan manusia itu, tak semena2 air mata berrgenang...dan entah bagaimana laju pula bercucuran mengalir di pipi. Saya sedar betapa ramainya mata memandang..tapi biarkanlah....Sungguh diri tidak meredhai situasi sedemikian berulang lagi...