skip to main | skip to sidebar

Sentuhan Hati

  • Home
    Home Sweet Home
  • Pages
    Browse Pages
    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit
  • Categories
    By Category
    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit
Subscribe

Thursday, October 23, 2008

Exam la YAN!


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

'Fatrah Imtihan'
Tatkala melihat exam slip yg di'print' baru2 ini, tersentak sikit diri ini. "Eh, dah nak exam aku rupanya". Begitulah pantasnya masa berlalu untuk diri semester ini. Saya kira sahabat-sahabat pun merasai perkara yang sama. Seingat diri masih terasa berada di tahun pertama. Kenangan sewaktu mula-mula melangkahkan kaki di bumi UIA ini masih segar dalam ingatan. Saat diri terpinga-pinga memandang bangunan kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim dan tercangak-cangak mencari kelas jua masih terasa terlalu baru berlalu. Hampir dua tahun saya kira bergelar pelajar di universiti, pelbagai perkara suka duka dilalui. Terlalu banyak perkara yang saya pelajari. Andai saya bukan di bumi UIA, saya juga tidak tahu apa yang saya lakukan saat ini.


'
Syukran ya Rabbi'
Alhamdulillah..wa syukran lillah...berada di bumi UIA ini membuat saya kenal betapa kerdilnya diri. Ramai orang-orang hebat di sini. Ustaz.-ustaz dan ustazah-ustaz ah ramai...tak kira tua atau muda..hehe. Memang tak terfikir di zaman persekolahan saya untuk saya kenal insan-insan hebat sebegini. Maklumlah, sekolah kolonial inggeris dulu. Figur-figur yang saya kagumi dulu kebanyakan hampir tiada yang berfikrah islam. Boleh kata..fikrah islam itu sendiri juga tak pernah difahami diri.


'Khairul Ummah'
"Allah apabila menghendaki hambanya kepada kebaikan, Dia mendekatkan kita kepada ilmu agama" begitu antara lebih kurang satu makna ayat yang termaktub di dalam Al Quran. Segala puji bagi Allah yang merancang penghidupan manusia. Andai Allah mahu memuliakan manusia, Dia mengangkat manusia itu sekehendakNya. Andai Allah ingin menghinakan manusia, walau apa jua ikhtiar manusia itu, Allah akan berbuat mengikut kehendakNya.


'
Ya muqallibal qulub, tsabit qulubi ala dinik'
Saya kira Allah terlalu pengasih pada diri ini. Musim-musim 'imtihan' begini' memang mengundang resah dan gelisah di kalangan kita. Kadang-kadang rasa 'mood' nak belajar itu cepat sahaja mati..itu belum masuk lagi godaan-godaan halus yang melalaikan. Kawan-kawan duk tenguk 'movie', orang sembang sana sini..macam-macam..tapi selalu saya diperingatkan..Setiap kali diri melihat sesuatu perkara saya akan sentiasa mengaitkannya dengan diri. Betapa Allah itu hadir pada setiap pandangan hati supaya kita memandang dunia ini dengan hikmah. Bukan dengan pandangan kosong semata-mata.


'
Ibrah min Allah'
Saya sering melihat mak cik-makcik yang berkerja menyapu sampah. Hingga terlintas di sudut hati kecil saya.."Takkan mak cik-mak cik nie tak pernah bosan dengan kerja-kerja nie..berpuluh-puluh tahun buat kerja yang sama..takkan tak bosan?" Begitu hati kecil saya berkata-kata. Tapi bila difikirkan semula, tentu ada sebab mereka masih sibuk bekerja. Tentunya punya anak-anak di rumah untuk diberi makan, ada anak yang harus disekolahkan dan terlalu banyak keperluan keluarga yang perlu ditunaikan. Akhirnya, amat jelas menunjukkan bertapa segalanya itu bermula dari tanggungjawab.


'
Nahnu ibadullah abadan"
Kita ini adalah hamba Allah selamanya. Yakni andai kita tak berasa diri ini bertanggungjawab terhadap amanah Allah iaitu menuntut ilmu..maka tidak layaklah diri ini bergelar hambaNya. Oleh kerana betapa bersungguh-sungguhnya mak cik-makcik itu bekerja kerana ingin melaksanakan amanah Allah yang terpikul di bahu mereka, maka mereka tak pernah kenal erti jemu dan putus asa. Andai ibu bapa saya tidak memikul amanah Allah dengan cemerlang, saya sudah pasti tidak berada pada tahap saya ketika ini. Sekali lagi, mengenang itu semua, tidak layaklah diri ini berputus asa.


'
Al waktu ka as saif'
Masa ketika ini sangat singkat untuk diri bersiap berperang menghadapi peperiksaan. Tapi diri tidak boleh lalai dan mengalah. Biarpun sesingkat mana waktu yang tersisa..mudah-mudahan diri dapat memanfaatkan sepenuhnya dengan sebaik mungkin. Doaku untuk teman- teman seperjuangan 'binnajah wa taufiq fil imtihan'. Doa kalian jua kudambakan..ampun maaf salah dan silap..mudah-mudahan Allah permudahkan setiap urusan.

Rabbi yassir wa la tu 'assir ya Kareem..ameen
Posted by izyan at 11:13 AM 0 comments

Monday, October 20, 2008

Apa kata anda..

Keberanian Ulama Pengajaran Bermakna Untuk Semua

Artikel Ustaz Asri bertajuk ‘Agama Bukan Mengkhayalkan Orang Miskin’ yang disiarkan majalah I Bil 72 keluaran Oktober 2008 saya kira satu pandangan yang cukup tegas dan berani. Adalah sesuatu yang bukan mudah untuk kita sebagai rakyat biasa atau golongan marhaen menyampaikan sesuatu teguran yang begitu sensitif kepada kepimpinan Negara kerana dikhuatiri akan dikenakan sebarang tindakan yang boleh menggugat kedudukan dan jawatan yang dipegang. Namun, keberanian beliau mewakili golongan ulama menyuarakan isu pembaziran di kalangan orang-orang atasan adalah sesuatu yang wajar untuk diberi pujian.

Saya kira pembaziran harta rakyat ini bukan sahaja sudah membarah di kalangan golongan pemimpin atasan tetapi sudah mula merebak ke institusi-institusi lain seperti pendidikan misalnya. Di sekolah-sekolah atau universiti-universiti, pihak-pihak atasan sekolah atau universiti sering diraikan dalam jamuan-jamuan besar yang jelas perbelanjaannya datang daripada duit yang seharusnya dimanfaatkan untuk golongan pelajar. Walhal, sebenarnya ada di kalangan pelajar yang terpaksa mengikat perut menahan lapar kerana tidak cukup wang pinjaman PTPTN dan wang saku yang diberikan ibu bapa. Di sini, saya memuji pentadbiran UIAM yang sentiasa peka terhadap golongan pelajar apabila terdapat majlis keraian seperti jamuan berbuka puasa, para pelajar akan turut sama diraikan. Ini wajar dijadikan contoh kepada mana-mana institusi pendidikan lain.

Walaubagaimanapun, budaya memberi saguhati yang memakan belanja besar bergantung kepada status VIP yang hadir ke program-program sekolah atau universiti wajar dihapuskan. Jikalau para VIP ini hadir sekadar ingin memberi ucapan sepatah dua kata, mengapalah persiapan penyediaan saguhati dan jamuan makan untuknya terlalu besar perbelanjaannya. Kerenah birokrasi untuk pengagihan wang zakat juga dilihat sesuatu yang amat menyedihkan. Ada di kalangan pelajar yang memohon berasa kecewa dengan kerenah birokrasi untuk mendapatkan bantuan zakat atau pinjaman kerana dipandang sinis segelintir pihak atasan.

Seandainya budaya ini dibiarkan merebak dan tiada suara untuk menegur, maka penggunaan harta rakyat dan Negara akan terus digunakan untuk kemanfaatan dan keselesaan sesetengah pihak yang berkepentingan sahaja. Saya seikhlas hati menyeru kepada semua lapisan masyarakat supaya bersikap tegas dan berani untuk menyuarakan teguran walau dengan apa jua cara khususnya melalui hak anda sebagai rakyat di dalam pilihanraya kepada kepimpinan atasan supaya pembaziran harta Negara tidak berlaku dengan sewenang-wenangnya.

Posted by izyan at 12:00 AM 0 comments

Wednesday, October 1, 2008

hari raya..hari raya..

salam aidilfitri kutujui buat insan2 tersyg..keluarga,sanak saudara,guru2,dan sahabat2..

raya kat rumah je
tapi alhamdulillah...moga2 berkat
blog nie nak kena berubah seiring azam baru hadirnya syawal
Abang sya kata buat blog tue...cuba beri fikrah atau buah fikiran yang boleh menjana pemikiran org laen
boleh buat org berfikir
beri idea2 yang bernas
dan jadilah antara perempuan yg boleh mnyumbang fikrah pada bangsa
katanya lagi..susah nak jumpa blog org perempuan yg mantap
jadi haruslah berubah menyahut cabaran..
moga2 boleh menjadi yang lebih baik

eid mubarak..kullu am wa antum bikhair=)

Posted by izyan at 3:52 AM 0 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors

Free Counters
HSN Shopping Network

My Profile

My Profile
Izyan Hazwani Bt Ahmad

Merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan . Pelajar tahun 3 jurusan undang-undang dan syariah (LLBS) di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws (AIKOL) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) . Sekarang memegang amanah daripada Allah S.W.T sebagai Chairperson of Welfare Secretariat , Students' Representative Council (SRC) 09/10 , IIUM .

Followers

Blog Archive

  • ►  2011 (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2010 (8)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2009 (27)
    • ►  December (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (5)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2008 (17)
    • ►  December (2)
    • ▼  October (3)
      • Exam la YAN!
      • Apa kata anda..
      • hari raya..hari raya..
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  May (5)

Discussion

Facebook Badge

Izyan Hazwani

Create Your Badge

Special Links

  • SRC.IIUM
    DONATION FOR ROHINGYA
    13 years ago
  • Students' Representative Council [IIUM Kuantan]

SRC Members

  • JEBAT
    ‘SINCERE GIVING’
    13 years ago
  • Pena Unggul
    Secebis Pengalaman Untuk
    14 years ago
 
Copyright © Sentuhan Hati. All rights reserved.
Blogger templates created by Templates Block | Wordpress theme by Tipografo