skip to main | skip to sidebar

Sentuhan Hati

  • Home
    Home Sweet Home
  • Pages
    Browse Pages
    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit
  • Categories
    By Category
    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit
Subscribe

Tuesday, December 23, 2008

Semester Baru Yang Mencabar

salam ceria!

Kebelakangan ini sahabat-sahabat saya selalu memulai mesej dengan cara begini. saya rasa terhibur pula. mungkin banyak perkara yang perlu difikirkan apabila melangkah ke semester baru, jadi semangat –semangat sebegini sangat diperlukan agar kita tak terpengaruh dengan suasana yang sibuk sehingga wajah menjadi masam dan mencuka. Jadi ceria-ceria lah selalu biar bagaimana hari yang bakal anda tempuhi!


Alhamdulillah, semester lepas meskipun result exam tidak lah mencapai target tetapi masih di tahap yang baik. Hari-hari peperiksaan yang lalu saya kira antara hari-hari peperiksaan yang ter’letih’ kerana perlu berdepan satu2 kertas tanpa punya gap masa yang panjang. Pendek kata, ada beberapa’paper’ yang killer perlu dihadapi tanpa selang. Kalau tak silap semester lepas adalah berturut-turut kertas Usul Fiqh 1, Constitutional Law 1 dan Family Law 1. Walauapapun, peperiksaan itu sudah berakhir dan ‘result’nya juga sudah diterima. Makanya, melangkah ke semester baru ini, diri perlu bermuhasabah dan kembali menilai akan sejauh mana usaha telah habis diperah untuk meraih kejayaan. Untuk Along dan Ikah yang dapat Dean List, Congrats!! I am proud of you guys. Insya Allah diri tidak akan berpaling ke belakang dan akan terus mencabar diri untuk bersaing dengan kalian.


"KELEMAHAN KITA YANG PALING LEMAH IALAH PERCAYA KITA LEMAH SEBELEM TERBUKTI KITA BENAR-BENAR LEMAH"


Sengaja je bagi ayat di atas sebab kadang-kadang kita nie belum mencuba lagi, kita dah kata kita tak mampu. Semester ini saya memegang satu jawatan yang saya kira sangat penting di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,UIAM .Kalau pada sesetengah orang, jawatan apa lagi yang paling penting kan kalau bukan jawatan Presiden? Bukan jawatan Presiden.Cuma Chairperson Dakwah and Tarbiyyah. Tapi bagi yang memikul jawatan, meskipun hanya Exco untuk Lajnah/ Biro, itu dah kira amat mustahak dan berat amanhnya. Namanya pun amanah maka tentulah yang memikul yang merasai beratnya. Nak kata tentang amanah nie, Allah sendiri sebut dalam Al Quran bahawasanya apabila ditanya pada bukit adakah sanggup ia memikul amanah, jawab bukit ia sendiri tak sanggup kerana ia tahu betapa berat amanah itu dan betapa takut ia akan dipersoal kelak di akhirat seandainya gagal melaksanakan amanah Allah.

Makanya,manusia lah..kita yang mengaku mampu memikul amanah nie sebagai khalifah Allah memang berani habis. Sebab sanggup pikul amanah Allah untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini. Gunung dan bukit-bukit yang gagah itu pun tak mampu tapi kita mampu.Tapi nak kata apa, sebab Allah mencipta kita dengan sebaik-sebaik kejadian. Jelas termaktub dalam Al Quran, Allah berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” ( Surah At Tin: 4). Maka, apabila telah diberi amanah nak mengelak tak boleh lah. Jadi kufur pula nanti pada nikmat akal yang Allah beri nie. Sebab Allah dah beri kita akal untuk kita berfikir bagaimana untuk kita boleh memajukan ummah dan menyebarkan agama Allah di serata pelusuk dunia ini. Oleh yang demikian, haruslah atas kita menerima tanggungjawab apabila telah diberi peluang oleh Allah.


Saya teringat cerita yang saya pernah baca tentang Yusuf Islam. Yusuf Islam atau Steven Cat (nama asalnya ketika sebelum islamnya beliau) ini seorang yang sangat dihormati selepas pengislamannya. Sebab dia menjadikan muzik yang merupakan kerjayanya dulu menjadi medan dakwahnya kini untuk menyebarkan Islam. Siapa tak pernah dengar lagu-lagunya yang sangat menyentuh hati-hati manusia..Saya setiap kali mendengar lagu-lagunya memang syahdu dan tersentuh. Kerana nyanyiannya sangat ikhlas. Sangat-sangat dari hati. Sebab kalau bukan dari hati takkan mungkin ia sampai di hati saya. Yusuf Islam pernah bercerita perihal bagaimana dia menganut Islam. Satu ketika beliau pernah hampir lemas. Saya kurang pasti bagaimana kejadiannya sehingga beliau hampir lemas. Tetapi kata beliau saat-saat lemas itu, beliau berasa amat takut. Takut yang teramat sekali. Dan beliau tiada cara lain melainkan berdoa. Katanya,beliau berjanji pada Tuhan seandainya Tuhan memanjangkan umur beliau, beliau pasti akan berbakti pada Tuhan. Selepas berdoa demikian, beliau pengsan dan hanya kemudian apabila tersedar sudah diselamatkan orang. Begitulah janjinya dan sungguh beliau menepatinya. Selepas peristiwa itu, ia telah mendorong beliau memeluk Islam dan beliau memberi sepenuh komitmennya menyampaikan dakwah Allah kepada umat manusia. Ini kerana beliau telah menemui cahaya petunjuk penolongnya yang mendengar doa dan azamnya.


Saya selepas membaca kisah beliau meremang bulu roma saya. Bukan sebab takut hantu.tapi jadi terlalu takjub dengan kekuasaan Allah. Subhanallah. Allah begitu pengasih. ‘Berdoalah kepadaku nescaya kuperkenanankan doamu’ .Allah dah bagitahu kita. Mintalah doa pada Dia. Nescaya makbul! Dan itulah yang berlaku pada Yusuf Islam. Jadi nak dikisah kan di sini sebenar nya, bila Allah dah izin dan beri kita peluang berbakti kepada Nya untuk hidup kita yang masih tersisa nie..janganlah sia-siakan nya.


Alhamdulillah.moga-moga tulisan kali ini bermanafaat. Sebenarnya dari awal sudah rasa tulisan kali ini macam motivasi pun ada. Tak kiralah..sebenarnya nak motivasi diri..tapi andai anda membacanya juga..moga-moga ter’motivasi’ jua lah hendaknya.


Salam Ceria Untuk Semua!
Posted by izyan at 6:23 PM 0 comments

Wednesday, December 10, 2008

musim cuti beginilah

memang berhasrat nak menulis blog
tapi tak tahu bila semangat itu nak hadir
macam-macam gangguan anasir
berebut nak mengguna pc
walau apapun insya Allah akan menyusul jua artikel atau penulisan seterusnya
musim cuti nie banyak yang perlu diselesaikan
masanya ada cuma pengurusan diri kurang sempurna


Buat kak Nurul yang meraikan walimahnya hari ini ( 10 Disember 2008)
" Selamat Pengantin Baru kak"
moga kebahagiaaan dan berkah Allah senantiasa mengiringi akak
Jua Allah mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan daiman abadan abada



Buat abang sepupuku dan isteri selamat pengantin baru juga
" Allah yubarikuma aydhan"



Untuk sahabat seperjuangan, Nurul Nofus Bt Jaafar Sidek
" Selamat Meraikan Walimatul Urus anti"
moga tarikh 18 Disember 2008 menjadi saat manis buat kamu sahabatku
semoga semangat perjuangan kita dalam bidang syariah kan berkekalan hingga tertegaknya
hukum Allah di bumi ini



Ringkasnya, untuk teman2 yang mengakhiri zaman bujang masing2..dan memulai alam berkeluarga..doa saya buat kalian kekal senantiasa.


Salam Eid Adha jua buat seluruh umat islam.kullu 'am waantum bikhair
Posted by izyan at 2:04 AM 0 comments

Thursday, October 23, 2008

Exam la YAN!


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

'Fatrah Imtihan'
Tatkala melihat exam slip yg di'print' baru2 ini, tersentak sikit diri ini. "Eh, dah nak exam aku rupanya". Begitulah pantasnya masa berlalu untuk diri semester ini. Saya kira sahabat-sahabat pun merasai perkara yang sama. Seingat diri masih terasa berada di tahun pertama. Kenangan sewaktu mula-mula melangkahkan kaki di bumi UIA ini masih segar dalam ingatan. Saat diri terpinga-pinga memandang bangunan kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim dan tercangak-cangak mencari kelas jua masih terasa terlalu baru berlalu. Hampir dua tahun saya kira bergelar pelajar di universiti, pelbagai perkara suka duka dilalui. Terlalu banyak perkara yang saya pelajari. Andai saya bukan di bumi UIA, saya juga tidak tahu apa yang saya lakukan saat ini.


'
Syukran ya Rabbi'
Alhamdulillah..wa syukran lillah...berada di bumi UIA ini membuat saya kenal betapa kerdilnya diri. Ramai orang-orang hebat di sini. Ustaz.-ustaz dan ustazah-ustaz ah ramai...tak kira tua atau muda..hehe. Memang tak terfikir di zaman persekolahan saya untuk saya kenal insan-insan hebat sebegini. Maklumlah, sekolah kolonial inggeris dulu. Figur-figur yang saya kagumi dulu kebanyakan hampir tiada yang berfikrah islam. Boleh kata..fikrah islam itu sendiri juga tak pernah difahami diri.


'Khairul Ummah'
"Allah apabila menghendaki hambanya kepada kebaikan, Dia mendekatkan kita kepada ilmu agama" begitu antara lebih kurang satu makna ayat yang termaktub di dalam Al Quran. Segala puji bagi Allah yang merancang penghidupan manusia. Andai Allah mahu memuliakan manusia, Dia mengangkat manusia itu sekehendakNya. Andai Allah ingin menghinakan manusia, walau apa jua ikhtiar manusia itu, Allah akan berbuat mengikut kehendakNya.


'
Ya muqallibal qulub, tsabit qulubi ala dinik'
Saya kira Allah terlalu pengasih pada diri ini. Musim-musim 'imtihan' begini' memang mengundang resah dan gelisah di kalangan kita. Kadang-kadang rasa 'mood' nak belajar itu cepat sahaja mati..itu belum masuk lagi godaan-godaan halus yang melalaikan. Kawan-kawan duk tenguk 'movie', orang sembang sana sini..macam-macam..tapi selalu saya diperingatkan..Setiap kali diri melihat sesuatu perkara saya akan sentiasa mengaitkannya dengan diri. Betapa Allah itu hadir pada setiap pandangan hati supaya kita memandang dunia ini dengan hikmah. Bukan dengan pandangan kosong semata-mata.


'
Ibrah min Allah'
Saya sering melihat mak cik-makcik yang berkerja menyapu sampah. Hingga terlintas di sudut hati kecil saya.."Takkan mak cik-mak cik nie tak pernah bosan dengan kerja-kerja nie..berpuluh-puluh tahun buat kerja yang sama..takkan tak bosan?" Begitu hati kecil saya berkata-kata. Tapi bila difikirkan semula, tentu ada sebab mereka masih sibuk bekerja. Tentunya punya anak-anak di rumah untuk diberi makan, ada anak yang harus disekolahkan dan terlalu banyak keperluan keluarga yang perlu ditunaikan. Akhirnya, amat jelas menunjukkan bertapa segalanya itu bermula dari tanggungjawab.


'
Nahnu ibadullah abadan"
Kita ini adalah hamba Allah selamanya. Yakni andai kita tak berasa diri ini bertanggungjawab terhadap amanah Allah iaitu menuntut ilmu..maka tidak layaklah diri ini bergelar hambaNya. Oleh kerana betapa bersungguh-sungguhnya mak cik-makcik itu bekerja kerana ingin melaksanakan amanah Allah yang terpikul di bahu mereka, maka mereka tak pernah kenal erti jemu dan putus asa. Andai ibu bapa saya tidak memikul amanah Allah dengan cemerlang, saya sudah pasti tidak berada pada tahap saya ketika ini. Sekali lagi, mengenang itu semua, tidak layaklah diri ini berputus asa.


'
Al waktu ka as saif'
Masa ketika ini sangat singkat untuk diri bersiap berperang menghadapi peperiksaan. Tapi diri tidak boleh lalai dan mengalah. Biarpun sesingkat mana waktu yang tersisa..mudah-mudahan diri dapat memanfaatkan sepenuhnya dengan sebaik mungkin. Doaku untuk teman- teman seperjuangan 'binnajah wa taufiq fil imtihan'. Doa kalian jua kudambakan..ampun maaf salah dan silap..mudah-mudahan Allah permudahkan setiap urusan.

Rabbi yassir wa la tu 'assir ya Kareem..ameen
Posted by izyan at 11:13 AM 0 comments

Monday, October 20, 2008

Apa kata anda..

Keberanian Ulama Pengajaran Bermakna Untuk Semua

Artikel Ustaz Asri bertajuk ‘Agama Bukan Mengkhayalkan Orang Miskin’ yang disiarkan majalah I Bil 72 keluaran Oktober 2008 saya kira satu pandangan yang cukup tegas dan berani. Adalah sesuatu yang bukan mudah untuk kita sebagai rakyat biasa atau golongan marhaen menyampaikan sesuatu teguran yang begitu sensitif kepada kepimpinan Negara kerana dikhuatiri akan dikenakan sebarang tindakan yang boleh menggugat kedudukan dan jawatan yang dipegang. Namun, keberanian beliau mewakili golongan ulama menyuarakan isu pembaziran di kalangan orang-orang atasan adalah sesuatu yang wajar untuk diberi pujian.

Saya kira pembaziran harta rakyat ini bukan sahaja sudah membarah di kalangan golongan pemimpin atasan tetapi sudah mula merebak ke institusi-institusi lain seperti pendidikan misalnya. Di sekolah-sekolah atau universiti-universiti, pihak-pihak atasan sekolah atau universiti sering diraikan dalam jamuan-jamuan besar yang jelas perbelanjaannya datang daripada duit yang seharusnya dimanfaatkan untuk golongan pelajar. Walhal, sebenarnya ada di kalangan pelajar yang terpaksa mengikat perut menahan lapar kerana tidak cukup wang pinjaman PTPTN dan wang saku yang diberikan ibu bapa. Di sini, saya memuji pentadbiran UIAM yang sentiasa peka terhadap golongan pelajar apabila terdapat majlis keraian seperti jamuan berbuka puasa, para pelajar akan turut sama diraikan. Ini wajar dijadikan contoh kepada mana-mana institusi pendidikan lain.

Walaubagaimanapun, budaya memberi saguhati yang memakan belanja besar bergantung kepada status VIP yang hadir ke program-program sekolah atau universiti wajar dihapuskan. Jikalau para VIP ini hadir sekadar ingin memberi ucapan sepatah dua kata, mengapalah persiapan penyediaan saguhati dan jamuan makan untuknya terlalu besar perbelanjaannya. Kerenah birokrasi untuk pengagihan wang zakat juga dilihat sesuatu yang amat menyedihkan. Ada di kalangan pelajar yang memohon berasa kecewa dengan kerenah birokrasi untuk mendapatkan bantuan zakat atau pinjaman kerana dipandang sinis segelintir pihak atasan.

Seandainya budaya ini dibiarkan merebak dan tiada suara untuk menegur, maka penggunaan harta rakyat dan Negara akan terus digunakan untuk kemanfaatan dan keselesaan sesetengah pihak yang berkepentingan sahaja. Saya seikhlas hati menyeru kepada semua lapisan masyarakat supaya bersikap tegas dan berani untuk menyuarakan teguran walau dengan apa jua cara khususnya melalui hak anda sebagai rakyat di dalam pilihanraya kepada kepimpinan atasan supaya pembaziran harta Negara tidak berlaku dengan sewenang-wenangnya.

Posted by izyan at 12:00 AM 0 comments

Wednesday, October 1, 2008

hari raya..hari raya..

salam aidilfitri kutujui buat insan2 tersyg..keluarga,sanak saudara,guru2,dan sahabat2..

raya kat rumah je
tapi alhamdulillah...moga2 berkat
blog nie nak kena berubah seiring azam baru hadirnya syawal
Abang sya kata buat blog tue...cuba beri fikrah atau buah fikiran yang boleh menjana pemikiran org laen
boleh buat org berfikir
beri idea2 yang bernas
dan jadilah antara perempuan yg boleh mnyumbang fikrah pada bangsa
katanya lagi..susah nak jumpa blog org perempuan yg mantap
jadi haruslah berubah menyahut cabaran..
moga2 boleh menjadi yang lebih baik

eid mubarak..kullu am wa antum bikhair=)

Posted by izyan at 3:52 AM 0 comments

Thursday, September 4, 2008

suka berdemo?

salam ramadhan al mubarak kepada hati-hati yang mencari cinta dan kasih Illahi.


sejak kebelakangan nie..tulisan2 sy dalam blog nie kelihatan berbeza daripada tulisan2 sy sebelum ini.tak begitu? dan tentunya anda rasa ada sesuatu yang ingin sekali sy sampaikan melalui tulisan sy sekarang nie.berbeza tentunya dari 'content' tulisan sy yang sedikit sebanyak berbaur ke'aktivitis'an.

Jujurnya..anda suka berdemonstrasi? pernah berdemonstrasi? atau anda rasa berdemo ini tak mengikut sunnah Nabi atau tidak syarie?

saya..pada awal dahulu berfikir..saya amat tidak bersetuju dengan demonstrasi. Ada 3 sebab.Pertamanya, saya rasa tak mengikut sunnah nabi.tak pernah dalam sirah nabi sahabat2 nabi atau nabi sendiri berdemonstrasi dalam menegakkan islam. Kedua, akan berlaku banyak ikhtilat (pergaulan) antara lelaki dan perempuan. Maklumlah, bila demo2 nie..tak tersentuh tue..sikit2 akan kena juga.sbb keadaan yang sesak dan ramai. Yang ketiga, menampakkan org islam itu macam ganas dan sukakan huru hara..

itu fikrah saya dahulu.sekarang saya sedikit neutral.atau lebih mudah kata menentang demo pun tidak, begitu bersetuju untk berdemo pun tidak. Beberapa org sahabat saya menjelaskan isu2 yang saya timbulkan itu dengan begitu cantik. tapi hati sy belum begitu beryakin menerimanya kerana sy tak masih merasakna berdemo bukan cara terbaik untuk memperjuangkan islam.

Ust. Ismail dalam kuliahnya 'Demonstrasi dari kacamata islam' menjelaskan dengan baik akn 3 isu yang timbul. Kata beliau, tidak boleh utk kita mengatakan berdemo itu tidak sunnah kerana tidak semestinya perkara yg nabi tak buat atau sahabat2 baginda tak buat, kita tidak boleh melakukannya. Adalah lebih penting utk kita melihat kepada waqiq (tempat) atau suasana yg memerlukan kita untuk berbuat demkian.

Kisah nabi Ibrahim ketika peristiwa penyembelihan anaknya nabi ismail yang diganggu oleh syaitan menghasut baginda supaya tidak mengikut arahan Allah juga diutarakan. Dalam peristiwa tersebut, Baginda melontar batu2 ke arah syaitan kerana melahirkan rasa marahnya diganggu oleh syaitan. maka, bermula dari peristiwa itulah wujudnya ibadat melontar jamrah di Aqabah.Ust juga menjelaskan peristiwa ini menunjukkan kita boleh meluahkan kemarahan kita kepada org2 yang mengkhianati hukum2 Allah dengan melempar batu atau melantangkan suara.

Isu Iktilat (pergaulan) antara lelaki dan perempuan dijawab dengan satu kaedah fiqh yang maksud lebih kurang begini ' Apabila bertembung antaranya 2 perkara yang mudharat, maka perkara yang lebih aula' (penting) wajib diutamakan daripada mudharat yang lebih ringan. Berdemo untuk memperjuangkan agama Allah adalah lebih aula' untuk kita lakukan berbanding ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Misal yang diberikan ust, demonstrasi yang dibuat menentang forum "memeluk islam" yang diadakan oleh BAR Council adalah lebih utama kerana ia melibatkan kepentingan islam yang telah sewenang2nya dicerobohi.

Isu huru hara ketika berdemo, menurut ust berlaku kerana halangan yang dilakukan oleh pihak kerajaan. kalau kerajaan dengan mudahnya memberi permit, sudah pasti sebarang rapat umum, perhimpunan berdemontrasi akan berlangsung dengan aman dan tenang tanpa sedikit pun mewujudkan kacau bilau atau huru hara di dalam negara.

Melihat hujahan2 ust, tidak boleh utk sy menolak demontrasi andai ianya merupakn satu2nya jalan menyampaikan hasrat rakyat kepada kerajaan. Walau bagaimanapun, sy percaya adalah amat baik untuk setiap org islam itu memahami isu2 tertentu dengan lebih jelas sebelum sewenang2nya berdemonstrasi kerana ikut-ikutan.

Akhir sekali, saya merasakan adalah amat baik utk org islam menguasai dan menjadi pakar dalam bidang yang dipelajarinya supaya dia berkemampuan utk berdialog atau berbahas dalam isu-isu tertentu dengan kerajaan, NGO-NGO atau mana-mana pihak yang cuba merosakkan islam.Hal ini amat penting supaya islam itu sendiri tidak dipandang rendah krn pengikutnya yang hanya tahu melaung-laungkan suara dengan keras tetapi hakikatnya tidak jelas akan matlamat dan kepentingan sesuatu isu dibangkitkan demi Islam.

Begitulah sy berfikir..dan saya masih terus mencari dan berfikir supaya pendirian sy tentang tajuk "suka berdemo" ini lebih jelas. Menerima buah fikir org secara bulat2 adalah kesilapan yang sgt biasa dilakukan.Walaupun begitu, menolak sepenuhnya pandangan org adalah sifat bongkak yang dimiliki oleh syaitan. Berlapang dadalah dalam isu2 ya g sangat subjektif sebegini. Anda rasa bagaimana?

Posted by izyan at 12:46 AM 2 comments

Friday, August 22, 2008

Aktivis di kampus?

assalammualaikum...

salam bulan syaaban..bulan penuh barakah..bulan Rasulullah

em..membuat tajuk yang saya kira sangat subjektif kalau nak dikupas isunya dengan lebih mendalam..tapi sejak akhir2 ini dilema itulah yang sedang membuat sy sering berfikir
menjadi sekadar seorg pelajar biasa atau menjadi aktivis pelajar di kampus.apa pilihan anda?

tentu yang cakna tentang isu semasa, yang ambil tahu sejarah kampus dan yang sukakan sesuatu yang mencbar pernah kenal aktivis2 pelajar era 80an dan 90an dulu

dr. mahathir, anwar ibrahim, shabery chik, salehuddin ayub dan ramai lagi..dulunya mmg terkenal sebagai aktivis pelajar di kampus.dan sekarang memang dieorang hangat menjadi ahli politik dan pernah memimpin negara

jadi..yang bagaimana sebenarnya seorg aktivis pelajar ini berfikir? benar2 ingin menjadi aktivis kerana ingin menyertai politik sesudah graduasi atau sekadar ikut-ikutan?

tapi sy tak nafikan mereka yg aktif sebagai aktivis di kampus nie, adalah dari kalangan mereka yang bersemangat waja. mana mungkin berhati kecil jika ingin menjadi aktivis. mehnah, tribulasi dan pelbagai lagi adalah rencah sepanjang jalan aktivis yang bakal dilalui.

Maka sengaja sy bertanya pada diri.dan anda juga mungkin ingin bertanya kpd hati.bersiapkah aku menjdi aktivis di kampus dan mewakafkan diri di jalan Allah? bersama berfikir merenung kemampuan diri..Allah yaftah 'alaina al hidayah wa taufiq. ameen
Posted by izyan at 10:26 AM 0 comments

Thursday, July 31, 2008

Sekeping Hati

Wahai hati
Jangan mudah menyerah
Pada bisikan dan rayuan cinta
Kerna duri panahan arjuna
Bisa menyusur sukma
Mengundang bejana rasa
Saat tutur halusnya memikat
Saat pandangan matanya menikam
Harus kau payungi kolam rasa
Dengan rimbunan iman dan taqwa
Agar jiwa tak gusar
Agar hati tak gundah
~Moga Allah memayungi hati tiap wanita agar hanya Dia dan cuma Dia kekasih hati selamanya~

Posted by izyan at 7:58 PM 0 comments

Tuesday, July 29, 2008

warkah CINTA buat mereka



KELUHURAN
KESANTUNAN
MENGHANTAR RASA KASIH YANG PALING DALAM

SUKAR DITAFSIR
SUKAR DIMENGERTI
PAYAH DILUPAI

MESKI SEMENTARA
SAAT MATA DAN HATI MENGENAL
SUDAH TERPAUT JIWA
PADA DAMAINYA SENTUHAN RASA

PADA HALUSNYA UNGKAPAN BICARA
TERLALU SINGKAT
PERTALIAN YANG TERSIMPUL
KERNA TAKDIRNYA MEREKA
BUKAN MILIKKU

TAPI AIR CINTA YANG MENGALIR
SEDINGIN EMBUN YANG MENITIS
GERIMIS MEMBASAHI
AKAN HATI YANG TELAH TERPAUT
PADA BUDI YANG MELAUT

SAAT CANTUMAN KASIH MULAI BERPUTIK
HARUS DIRI PERGI
KERANA MEREKA HANYA SEMENTARA

DARI MUARA SUNGAI CINTAKU
WARKAH RINDU KUUTUS
TANDA RASA BERBUDI
PADA TANGAN YANG MENGHULUR

MOGA KALIAN DALAM RAHMAT
DAN KASIH SAYANG TUHAN SEMESTA ALAM


*buat mak minah, kak Ayu, Abang Nazar, Irfan Nizar, Diyana, Dina dan Fahim Nizar..terima kasih selautan syukur kerana menjadi sebahagian dari kenangan manis dalam hidupku*




~Bukit Kapar dalam ingatan~




Posted by izyan at 7:57 PM 0 comments

Tuesday, July 22, 2008

BERDIRI DI BUMI YANG SAMA TAPI BERPIJAK DI DUNIA YANG BERBEZA

ASSALAMMUALAIKUM..

hm..berbunga ke tajuk di atas? sebenarnya sekadar mengungkap rasa hati tentang dunia politik yang semakin sukar difahami masa kini. Malaysia saya kira sudah bergerak menuju ke arah kematangan dalam dunia politik. tapi mmg kita kena sedar bila yang namanya politik, segala yang busuk-busuk dan kotor-kotor akan keluar. saya sebelum nie tak pernah sentuh tentang politik. tapi tiba-tiba terasa sedikit berminat dengan isu politik sejak malaysia dilanda tsunami politik lepas pilihanraya 8 mac baru-baru nie. sebenarnya, selalu juga politik nie jadi isu perbualan seharian saya dengan teman-teman. tengok yang mana satu 'line' lah. Remaja jarang cakap pasal politik. Ada orang kata politik nie untuk orang-orang tua je..padahal saya fikir orang-orang muda lah patut tau pasal politik sebab dieorang lah yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara. Yang ada sekarang nie sudah pasti akan berundur jua kerana lumrah hidup, yang tua akan lebih dekat kepada kematian.

Apapun, kes Anwar tentunya isu yang paling hangat saat ini. Saya dengan kawan-kawan rapat ada jugaklah buat beberapa analisis kami sendiri tentang kes Anwar nie. Bukan nak kata kami nie ke arah pembangkang, tapi logik kata hati sewaktu Anwar ditahan untuk disoal siasat, kenapalah nak pakai puluhan komando bertopeng pergi tahan dia? penjenayah bersirikah? pembunuh kejam kah? yang sampai sebegitu sekali dia ditahan? Saya rasa masyarakat boleh tengok dan bijak membaca dan menilai. Saya tak kata Anwar betul..dan tak kata dia salah. Sebab yang tahu siapa liwat siapa, siapa fitnah siapa, siapa tuduh siapa..jelas empunya orang yang terlibat dan Allah jua yang mengetahui.

Saya tak nak cakap panjang-panjang isu politik nie. Cukuplah 'off record' analisis saya dan rakan-rakan. Dan lagi jujurnya, tak larat dah nak baca 'paper' sejak akhir-akhir nie. Dah tak tau siape yang ingin dipercayai. Saya belajar undang-undang, tapi saya kena bagitau yang sistem perundangan yang kita ada sekarang nie memang saya sendiri pun ragui. Jadi, apa kerja yang saya nak buat kalau saya sendiri pun tak dapat nak percaya undang-undang yang saya belajar sekarang nie?

Saya tau undang-undang tue tak salah. The one who manipulated the law is supposed to be blamed. Tapi itulah hakikatnya..who are those people yang memanipulasi undang-undang tue pun kita tak dapat nak bawa ke muka pengadilan sebab mereka yang yang memanipulasi itulah yang menguasai pengadilan.hm..enough till here.bak kata Nabil Juara Raja Lawak yang saya memang selalu akan gelak dengan lawak die..'Fikir-fikirlah sendiri!' wassalam
Posted by izyan at 12:55 AM 0 comments

Sunday, July 20, 2008

Puteri-puteri dalam hidupku

salam..
1.15 tengahari waktu saat ini. Hati sedang tak keruan kerana hasrat hati yang
berkehendak tidak kesampaian. apa boleh buat..saat ada waktu lapang telah gagal
memanfaatkan. Sekarang ketika waktu semakin sukar diperolehi,barulah terkejar- kejar mencari dulu yang tidak dikehendaki. apapun, masih punya waktu..dan diri harus berlari mengejarnya. Saidina Ali Karamallahuwajhah pernah berkata " Waktu itu ibarat pedang. siapa yang terlewat, ia akan mencantasnya". Allah juga telah berfirman dalam surah Al'Asr : " Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan saling mengingatkan..". Itulah..Allah dah peringatkan..nabi juga dah sebut tentang masa ( as-saat)..sejarah juga menceritakannnya..moga-moga diri ini dan rakan2 turut mengambil ikhtibar.
Alhamdulillah..kesempatan masa yang sangat singkat ini ingin saya perkenalkan suri-suri dalam hati yang paling saya kasihi. Siapa lagi kalau bukan adik-adik kembar saya yang hadir dalam hidup keluaraga kami sebagai satu rahmat. Hendak rasanya bercerita panjang, tetapi cukuplah sekadar hati dapat meluahkan rasa syukur pada Allah akan kurniaNya yang paling manis ini. Dianugerahi adik-adik yang manis, solehah dan menghormati ibu bapa, abang dan kakak..tiada apa yang lebih bermakna dari itu..
Nadrah,Nadirah dan Nasihah empunya nama diberi. Tanggal 22 Julai 1993, mereka lahir sebagai penyeri kepada kehidupan kami sekeluarga. Nadrah yang lasak, aktif dan bertanggungjawab bercita-cita ingin menjadi seorang doktor. Nadirah pula seorang gadis yang manis lembut dalam senyuman tetapi sangat sensitif pada beberapa perkara. Nasihah gadis yang kuat semangat dan bekerja keras untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran. Mereka kebanggaan kami..kebanggaan mak ayah..kebanggaan abang dan kakak-kakak. Doa angah,moga di hari kelahiran kalian esok, puteri-puteri dalam hidupku ini membesar menjadi gadis yang solehah dan kekal dalam rahmat Allah selalu..
Selamat Hari Lahir Puteri-puteri dalam hidupku..
Posted by izyan at 11:09 PM 0 comments

Wednesday, July 2, 2008

Baktisiswaku dalam ingatan



Salam seharum kedamaian perkongsian hati-hati milik Tuhan











Lama rasanya diri tak menulis di blog ini..hm..baktisiswaku dalam ingatan.baca je tentu dah boleh agak hala tuju cerita saya bukan. beginilah, kelmarin baru saja saya tamat program baktisiswa di felda bukit damar, lanchang, temerloh , Pahang. Rasa rindu pada keluaraga angkat, teman-teman baru di sana memang masih berbekas lagi. Bukan sahaja masih berbekas....indahnya kenangan masih menggamit hati..

Manusia memang mudah terpaut pada budi. Walau cuma 4 hari bersama keluarga angkat..budi baik mereka terkenang-kenang dalam fikiran. Ibu angkat saya, Ibu Tina namanya. Masih manis dipandang biar usia sudah mencecah 50-an. Macam mak saya, walau pun dah hampir 49 tahun..saya rasa mak saya adalah mak yang paling comel di dunia. Anda tak rasa ibu anda adalah orang paling cantik dalam hidup anda? Kalau anda tak rasa begitu renung-renungkan kembali...fikir-fikirlah semula..Bayang-bayangkanlah wajah mulus ibu anda dalam kasih dan tulus hatinya membelai dan menjaga kita..

Berbalik kepada cerita Ibu Tina..saya sangat mengaguminya.Seorang ibu tunggal yang kehilangan tempat bergantung seawal usia 42tahun..ia tentu bukan sesuatu yang mudah untuk semua wanita. Dalam 5tahun selepas pemergian arwah suaminya, dia gigih mengerah kudrat dan tenaga berniaga gerai makan. Saya tengok gerai makan tempat dia menjual nasi lemaknya pada setiap pagi..daif.. tapi itulah punca rezeki...masih kadang saya tak mengerti..biarpun kurang berkemampuan, dia masih mahu mendapat anak angkat..kata ibu.."Biarlah..ibu memang suka rumah ibu ada ramai orang,meriah sikit..kalau tak ibu sunyi..tapi ibu mintak maaflah tak mampu sediakan yang terbaik untk keselesaan kamu semua.." Waktu kata-kata itu terluah dari bibirnya,hati saya dipagut kesayuan yang mendalam. "Tak pelah bu, tak selesa pun tak pe..dapat hiburkan hati ibu pun dah cukup menggembirakan hati kami.."Saya membalas perlahan..cuba mengambil hati ibu

4 hari bersama Ibu Tina, Rosma, Jaja dan Mija mengajar saya erti bersyukur akan kehidupan pemberian Tuhan..alhamdulillah..saya kira hidup saya masih jauh lebih baik dan mencukupi.Punya Ayah emak dan adik beradik..rumah yang selesa..saya rasa Allah sudah terlalu pemurah dalam pemberian rahmat dan kasih sayangNya..4hari berlalu terasa seperti 4 saat cuma. Tawa riang bersama Ibu saat bersantai di anjung dapur makan tengahari bercerita kisah-kisah manisnya saat dulu...benar-benar buat diri berjanji untuk tidak melupai keluarga ini..

Dan sudah tentu yang paling manis untuk dikenang .....saat bermain bergurau senda bersama cucu ibu..Jaja yangberusia 2 tahun. Saya memang tak dapat nak gambarkan keletah manja dan nakalnya yang menghibur suasana. Mujur ada Jaja..taklah ibu sunyi sangat. Saya lihat pada Jaja lah kasih Ibu tertumpah. Anak kecil itu dibelai dan dimanja bagai menatang minyak yang penuh..Cuma saya khuatir anak yang membesar tanpa tegasnya seorang ayah dan lembutnya nasihat ibu, akan menjadi terlalu pasif berdepan kehidupan pada masa hadapan. Walaupun begitu, buat adik Jaja yang k. Yan kasihi...akak mendoakan yang terbaik buatmu dik..moga kau membesar menjadi anak yang solehah, terdidik dengan akhlak yang mahmudah dan menjadi mujahadah untuk agama Allah

Sepantas roda berputar....sepantas itu jua hari-hari berlalu menandakan berakhirnya Baktisiswa saya di Felda Bukit Damar. Moga-moga aktiviti yang dilakukan anak-anak persatuan mahasiswa undang-undang UIAM memberi kenangan yang manis kepada penduduk warga Felda Bukit Damar. Saya berharap dapat hadir lagi di Felda ini menyumbang bakti!


Posted by izyan at 6:40 PM 0 comments

Saturday, May 17, 2008

Ayat-ayat Cinta


....setiap orang punya jodoh masing-masing.... ..aku fikir sungai nil dan mesir ini jodoh....

kelmarin sy menonton filem Ayat-ayat Cinta...
pernah menonton filem itu?
saya menontonnya dngan hati yang sukar dimengertikan..
kerana apa?kerana sy tak tahu adakah sy suka pada filem itu atau tidak...
pertamanya, saya adalah antara jutaan penonton yang membaca novel Ayat-ayat Cinta sebelum menonton filem itu..


dan sudah tentulah sy akan membandingkan cerita itu dalam novel yang sy baca dan
dalam filem yang sy tonton
jujurnya sy terksan lagi dgn novel karya habiburahman el-shirazy itu
dalam novelnya rasa cinta sy pada Khaliq yang mencipta hadir bagai hujan yang turun membasahi bumi..lebat, dingin tapi begitu mendamaikan..
berbeza sekali ketika menonton filemnya
filemnya hebat..barisan pelakonnya cantik2 dan kacak2 namun ada lompong yang tak terubat
mungkin kerana dalam filem,ia lebih memfokus soal cinta
tapi dalam novelnya..sarat sekali penceritaan tntg perjuangan seorg pelajar di bumi anbia..
tentang sifat syukur dalam pencarian ilmu
tentang persahabatan..
dan macam2 lagi
walauapapun..masih ada pengisian dalam filem Ayat-ayat cinta yang menyentuh sekeping hati ini..
seperti ungkapan yg sy tulis di atas..
setiap orang punya jodoh masing2.. dan kata2 maria sebelum sampai ajalnya "...fahri,ajarin aku solat.." itu sudah cukup membuatair mata sy menitis.. aduhai..alangkah bahagianya seorg manusia yang dulu gelap hatinya.. sebelum berjumpa TuhanNya.. dia diberi cahaya dalam hidupnya benarlah hidayah itu hak Allah...
sungguh..sy belajar sesuatu dari karya yang hebat ini..

Apakah yang lebih halus dari perasaan? perasaan mencintai dan mengasihi Tuhan dan perasaan dicintai dan dikasihi Tuhan.




Posted by izyan at 10:08 AM 0 comments

Hari Bersejarah Seorang Teman

"Yan..apa khabar?sedang bt apa?dah lama tak dgr kabar berita.Dalila nak bgtau satu perkara nie...
dtglah rumah 18hb 5, Dalila bt kenduri....kenduri kawin kita"

begitu msg yang baru sy baca sebentar td.terkedu seketika.18hb 5? esok lah 18hb 5..ya Allah punyalah tak perasaan msg teman sy dlm inbox friendster sy.tak perasan langsung..apepun, alhamdulillah...sahabat sy bertemu jodoh sudah.cepat dia mengakhiri zaman anak daranya. dalam terkedu sy mendapat kabar berita tue..hati berkira2 nak pergi esok kenduri die..tapi tuelah,lamer tak berhubung melalui fon..jadi tak tahulah akan smpai ke kenduri dalila atau tidak..sbb alamt rumahnya jg sy tak simpan

walau apapun,doa sy pasti akan bersama dalila selalu.seketika tersenyum sy mengenang zaman persahabatan kami dulu. dalila sy knal masa sekolah rendah.sy pernah cerita sy bersekolah di sek keb dato' ahmad manaf kan? itulah sekolah yang mempertemukan kami. masa dalam darjah 6, sy duduk di kerusi belakang dalila.mmg kami kuat menyembang..maklumlah cikgu keluar kelas je..dalila pusing belakang dan kami mulalah bt mesyuarat tingkap..he2..lucu btul..terkenang2 sy dibuatnya.

dalila peminat siti nurhaliza.bkn minat sikit2..minat sungguh2 la..jadi tak boleh sapa2 mengutuk siti di dpn die..sy kdag2 layan jg lagu siti.zaman kecik2 dulu..tahun 1999 memang siti tgh 'famous'..jadi ramailah bdk2 sekolah minat.sekarang nie..dah tentu pendirian sy tentang dunia hiburan berbeza. hiburan tak boleh diterima sewenang2nya..perlu tahu menapis.hm, nak berceita tntg dunia hiburan dari perspektif islam mmg pnjg huraiannya.

jadi berbalik pada cerita Dalila, teman sekolah sy..sy mmg tak sgka die akan berkahwin awal. sbb dulu kat sekolah, dalila agak tomboi.tapi tup..tup..dia dulu menemui jodoh.begitulah Allah mentakdirkan, manusia sekadar merancang. walaupun dah jarang berhubung, danbersua muka selepas memasuki sekolah menengah pn tak pernah..tapi sy rindu kan dia...

buat Dalila..esok adalah hari bersejarah btmu...dari jauh,Yan mendoakan, moga pertalian yang terikat antara 2 hati menuju taqwa..membwa kebahagiaan dan sentiasa dalam rhmat Allah...selamat pengantin baru teman!
Posted by izyan at 9:42 AM 0 comments

Friday, May 16, 2008

Guru ibarat lilin yang membakar diri

salam hari guru.

alhamdulillah..hari nie brkesempatan tulis blog.masih ingat apa yg sy tulis sblumnya? tntg hati yg terluka..tntg sahabat sy..ingat lagi?lucunya,sahabat sy membaca tulisan itu.subhanallah..sahabat sy dapat kesan tulisan itu tertuju btnya..sy sendiri yang rasa terharu bila shbt sy memohon kemaafan..ya Allah..sy ini kdg2 tak bersyukur dapat sahabat sebaik itu..apepun, sy insaf..diri ini jelas harus diperbaiki..kena sentiasa memaafkan dalam persahabatan..insyaAllah, moga2 sy istiqamah

hari ini 16 mei..sambutan hari guru yang selalu diadakan di sekolah2..sy terlupa betul..sahabat sy yang mengingatkan..dan kebetulan sewaktu dalam kuliah tadi, pensyarah ada sebut tntg adab2 dalam belajar..tntg pentingnya menghormati ilmu yang dicurahkan cikgu2..tntg beryukurnya Allah hadirkan pendidik2 yang terbaik dalam kehidupan kita...jadi kuliah hari ini sgt trkesan di hati sy..ada rasa syahdu mengenamg jasa guru2 yang mengajar sy tanpa lelah dan jemu

sy mengenal membaca seingat sy ayah dan emak yang mengajar.rumi atau jawi..A B C H hingga z..alif ba ta hingga ya..mmg ibu bapa dah didik sy sebelum kaki melangkah ke dunia persekolahan.tapi tanpa cikgu2 yang berterusan mendidik..tak mungkin sy mahir sebg2..hingga kini boleh membca dan menulis dgn baik

masa di sekolah rendah, sy bersekolah di sekolah rendah keb sg .pelong.kat sg.buloh kalau sapa2 pernah smpai di situ..sekolah kampung je masa tue..tapi sgt teratur dan cemerlang pengurusannya.ramai pelajar2 cemerlang sekolah tue dulu.dulu antara cikgu yang paling garang..cikgu farahwahida namanya..kalau tak silap..cubitan die aduhai sakitnya.sy pernah kena tarik kat pipi..merah2..sakit betul.maser tue mmg sakit hati..tapi sekarang kerana cubitan tuelah..dah boleh membaca dalam bahasa inggeris.cikgu..sy tak tau cikgu kt mana sekarang..tapi sy takkan lupa apa yang cikgu pernah ajar sy..t.ksh ckgu.hm..di sekolah tue sy tak lame..sampai darjah 5 sahaja..

seterusnya sy smbung darjah 5 sampai habis zaman sekolah rendah sy di sek keb dato' ahmad manaf,nilai, n.sembilan.sekolah nie..walaupun 2thn cuma..besar peranan sekolah tue dalam tangga perubahan hidup sy.kat sekolah nie..sy belajar berpidato..belajar macam2 yang lebih dari sekadar pembelajaran di dlm sebuah kelas.sekolah nie lagilah..setiap darjah cuma ada satu kelas.murid2 tak ramai jadi hubungan antara anak murid dan cikgu2 sgt rapat.sy igt lg..masa msuk pertandingan pidato smpai peringkat negeri..cikgu2 sgt ambil berat.kalau boleh mcm semua ckgu kat sekolah nak pergi bg sokongan.ckgu musfirah dan cikgu azmir tak putus2 bagi galakan..

baju untuk pergi pertandingan pn ckgu belikan..tak taulah nak ckp apa..wajah bangga mereka mmg terpancar..alhamdulillah,meski tak mendapat johan dpat tempat kedua pn dah cukup beerti pada sy.cikgu musfirah, ckgu azmir,teacher..ckgu saadon..ustaz hasbi..semua ckgu2..tak terungkap penghargaan ini...t.ksh ckgu..

zaman sekolah menengah sy lebih manis.'girl school'lah katakan..tak bercampur dgn lelaki.jadi dunia seputar kami adalah kelas, pelajaran, cikgu2..itu sajelah..ckgu yang paling sy rapat wk2 di sekolah menengah agak ramai.maklumlah 5 thn jadi warga smk puteri seremban..tntu sy rapat dgb bbp org ckgu.ada stu waktu di mana sy pernah sgt2 sukar dan hampir berputus asa...ckgu2 inilah yang tak pernah berhenti mmberi galakan.antara ckgu 'favourate" sy dulu miss kok namanya.ckgu add math sy.

miss kok yg sy kenal sgt tegas orgnya.mase sekolah dulu ramai jg pelajar anti miss kok..maklumlah ckgu displin..muka pn jarang senyum.tapi sy tak tau apa yg bt sy selalu terigt kt die.mgkin sbb dedikasi die dalam mengajar..tak pernah lewat masuk kelas dan kalau boleh mcm tak nak keluar kelas.nak mengajr smpai kiteorang faham..."izyan..talak paham2 lg ka?"dalam pelat cinanya selalu menegur sy.mana taknya waktu mngajar add math jer..berkerut2 dahi sy nak memahamnya.tapi die tak pernah mengeluh..mengulang2 mengajar benda yg sama sampai kami faham.meski berlainan agama..sy sentiasa mengagumi kesungguhan miss kok ketika mengajar..thank you teacher..you've inspired me a lots!

sebenarnya nak menyebut semua ckgu2 sy di sini..tentu tak cukup.jasa mereka shj tak terungkapkan..apatah lagi penghargaan sy ini tentunya tak seberapa.walau apapun..di mana jua ckgu2 sy berada,,sy takkan melupai mendoakn keselamatan dan kegembiraan mereka. pada Allah, tak terucap rsa syukur kerana menghadirkan pendidik2 yang terbaik dalam hidup sy..untuk guru2 terima ksih yang tak terhingga dari lubuk hati sy yang paling dalam.


apakah yang lebih bererti
memiliki cahaya lilin
yang sanggup membakar diri
tanpa gentar menerangi
memberi cahaya
pada seorang insan
yang kabur dalam menongkah perjalanan
syukran ya mua'alim!
Posted by izyan at 6:35 AM 0 comments

Tuesday, May 13, 2008

teman? sahabat? rakan seperjuangan?

semalam aku berlari
aku melihat ada dia
yang damai dalam senyum dan tawa
menyejuk rasa menghindar gundah

kelmarin aku berjalan
aku melihat ada dia
yang halus dalam tuturnya
membangkit semangat melangkah dunia

hari ini aku berhenti
tapi tiada dia aku melihat
yang kudamba pujuk kata
akan hati berbalut luka

akan siapa lebih mengerti
pinta, harapan dan impian diri
cumanya sahaja aku mengharap
yang mencipta sekeping hati

Tuhan aku hamba yang khilaf
noda dosa palitan masa
mencumbu aku tiada noktah
mengejar aku tiada henti

teman, sahabat,kekasihku..
tiada lain
hanya satu
Allah,jangan pergi meninggal daku!


..salam..

hari ini sy terluka sebenarnya.entah atas sebab apa.entah atas tujuan apa.entah harus pada siapa.begitulah manusia, khilaf dalam menilai hati.cepat benar menilai seseorang.saya yang bersalah hakikatnya.sedang sahabat itu tak tahu saya berkecil hati.mengapa berkecil hati pada seorang kawan? sedang bukan dalam persahabatan, kita sewajarnya saling memaafkan? ada pujangga mengatakan, dalam bersahabat tiada perkataan maaf..benarkah? andai tiada perkataan maaf ..bagaimana ingin kita ketahui sahabat kita terluka dengan laku dan perbuatan kita?

"tidak sempurna iman seseorang hamba selagi dia tidak kasih kepada temannya sebagaimana dia mengasihi dirinya.." itu baginda Rasulullah sudah mengajar umatnya.kena cinta sahabat macam kita cinta diri. kalau cinta diri, kita jaga akhlak kita.jadi nak cinta sahabat, kita juga kena jaga akhlak dia. kalau cinta diri,kita jaga hati kita supaya tenang senantiasa. jadi kalau nak cinta sahabat macam cinta diri, kena jaga hati sahabat supaya dia tenang selalu..

mungkinkah saya terluka kerana saya sayang padanya? yalah, kalau orang yang kita tak sayang melukai kita..apa kita nak rasa sangat.tapi kalau orang yang kita sayang melukai kita..tentu sedih rasa hati sangat-sangat. ada satu kata-kata saya pernah baca.."orang yang paling kita sayang, yang paling kita banyak kita berkorban adalah orang yang paling banyak melukai hati kita.." benarkah? seorang ibu atau ayah sangat cinta pada anaknya tapi anaknya boleh jadi orang yang paling banyak melukai hatinya.

begitu juga seorang isteri yang sangat mencintai suaminya, boleh jadi suaminya adalah insan yang paling banyak melukai hatinya. pendek kata..kalau kita syg seseorang, bersedialah untuk terluka sedikit sebanyak..walauapapun..saya termangu memikir..Allah, Tuhan yang paling banyak memberi..paling syg dan kasih kepada hambanya..adalah paling banyak menerima kemungkaran hambaNya. selautan kasih tak terungkap cinta Allah pada kita, tapi kitalah paling banyak melukaiNya. Astaghafirullah..betapa kerdilnya diri ini.

andai Allah boleh memaafi..mengapa tidak kita.memaafkan lebih manis dari menyimpan rasa hati..ibarat air dingin yang disiram ke dalam takungan yang kontang..damainya tentu tak terungkapkan..

syukran ya ALLAH..dalam lelah, getir,payah,suka dan duka.Kau lah teman, sahabat, kekasih yang tak pernah meninggalkan diri ini..sesungguhnya damailah hati-hati yang sentiasa memaafkan dan mudah memohon kemaafan. maafkan saya teman....

Posted by izyan at 8:43 PM 0 comments

manusia macam2 ragam

salam perkongsian hati2 milik Tuhan dalam mencari sinar kehidupan.

hm..alhamdulillah dapat jg peluang tulis blog hari nie.bt pertama kalinya..nak cari masa tulis blog bkn mudah..dgn kesibukan classnya..dgn assignmetnya yang berlambak..dan aktiviti2 persatuan..nielah baru berkesempatan..

topik pertama sy..sebenarnya tak tau lah nak letak topik ape..cme letak tajuk manusia bermacam2 ragam..yang sy cbe nk smpaikan..manusia nie fikiran die berbeza2..ssh nak dapat semua org berfikir seperti apa yg kita fikirkan..samalah sukarnya untuk kita berfikiran sama dgn apa yang org lain fikirkan..jadi itulah hikmahnya Allah beri manusia akal..takkan nk semua org fikir y same jer..tak berkembanglah dunia nie jwbnya..

bkn ape..2minggu lepas sahabat sy dari kampus kuantan dtg jumpa sy.tumpang bermalam di kampus sy..itu bukan isunya..alhamdulillah..gembira jumpa dia..maklumlah nak dekat 2thn lebih jgklah kami tak jumpa lepas masing2 keluar matrik..sahabat sy tu dtg dihantar buah hatinya.sy tau dia dh bgtau mase dlm fon.so, ok lah tak der ape2..

sampai2 je berjumpa..berpelukan lah sy dgn sahabat sy nie..tapi dier tergamam.."er..dah pakai tudung labuh ke skrg?"air mukanya berubah.sy senyum.."kenapa?"soal sy balik."takderlah..mesti awak marah saya dtg sini dgn boyfriend kan?" lepas shbt sy ckp mcm tue sy pn tergelak kecil.dulu die tak kisah kalau sy tahu die ade buah hati.tapi ble jmpa sy dlm situasi skrg..die rasa segan pulak.kata shbt sy.."takutlah dgn awk sekarang..".bila dia ckp macam tue lagi byk lah sy berfikir.knp org yg berpakaian islamik ditakuti? para pendakwah nie sukar didekati ker.. panjang jgklah sy terangkan kt dier...yelah taknak bg dier raser tak selesa..
sbb dari air wajah dan tutur katanya dia takut dan segan yg mungkin sy fikir bukan2 tentang hubungan dier dan buah hatinya..

sy ckp..jgnlah segan dgn sy..sy bukan spe2..kalau btul segan..harus pada yang mencipta diri kita.tapi sy tegaskan sy takkan bersikap keras atau marah2 pada die..pada sy manusia ini macam2 ragam,macam2 fikrah,macam2lah senang kata..tak boleh kita nak paksa die ikut kata kita.jadi nasihat sekadar yang termampu.cumanya pada fikiran sy org y berdakwah harus ada sifat keterbukaan..tak boleh bersikap keras..nanti org lari..

begitulah...diri ini sendiri pada hakikatnya banyak yang ingin diperbetulkan..maklumlah iman turun naik..kejap2 ok..kejap2 luntur..sahabat2 yg banyak mengingatkan diri ini..itu jua anugerah hebat dari Illahi..ape2pun...manusia mmg macam2 ragam..tapi Allah tak pernah lupa memberi senantiasa meskipun hambanya bermacam ragam ,kerenah dan sifatnya. sekadar igt2kan org utk igt2kan diri..salam ukhwah =)
Posted by izyan at 12:21 AM 0 comments
Newer Posts » Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors

Free Counters
HSN Shopping Network

My Profile

My Profile
Izyan Hazwani Bt Ahmad

Merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan . Pelajar tahun 3 jurusan undang-undang dan syariah (LLBS) di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws (AIKOL) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) . Sekarang memegang amanah daripada Allah S.W.T sebagai Chairperson of Welfare Secretariat , Students' Representative Council (SRC) 09/10 , IIUM .

Followers

Blog Archive

  • ►  2011 (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2010 (8)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2009 (27)
    • ►  December (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (5)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2008 (17)
    • ▼  December (2)
      • Semester Baru Yang Mencabar
      • musim cuti beginilah
    • ►  October (3)
      • Exam la YAN!
      • Apa kata anda..
      • hari raya..hari raya..
    • ►  September (1)
      • suka berdemo?
    • ►  August (1)
      • Aktivis di kampus?
    • ►  July (5)
      • Sekeping Hati
      • warkah CINTA buat mereka
      • BERDIRI DI BUMI YANG SAMA TAPI BERPIJAK DI DUNIA Y...
      • Puteri-puteri dalam hidupku
      • Baktisiswaku dalam ingatan
    • ►  May (5)
      • Ayat-ayat Cinta
      • Hari Bersejarah Seorang Teman
      • Guru ibarat lilin yang membakar diri
      • teman? sahabat? rakan seperjuangan?
      • manusia macam2 ragam

Discussion

Facebook Badge

Izyan Hazwani

Create Your Badge

Special Links

  • SRC.IIUM
    DONATION FOR ROHINGYA
    12 years ago
  • Students' Representative Council [IIUM Kuantan]

SRC Members

  • JEBAT
    ‘SINCERE GIVING’
    12 years ago
  • Pena Unggul
    Secebis Pengalaman Untuk
    13 years ago
 
Copyright © Sentuhan Hati. All rights reserved.
Blogger templates created by Templates Block | Wordpress theme by Tipografo