Raudhatus Sakinah. Secantik namanya. Taman syurga yang menenangkan. Damai. Itu kalimah pertama terlintas saat mata memandang rumah yang menempatkan hampir 26 anak-anak gadis remaja kita yang ingin berhijrah menuju ke jalan Allah. Perlahan-lahan, saya menanam niat saat kaki melangkah ke perkarangan rumah itu. Moga-moga saya di sini bukan untuk menghukum dan menilai kesilapan yang telah dilakukan sahabat-sahabat saya di Raudhatus Sakinah ini, tetapi untuk diri mengambil iktibar seberapa banyak yang mungkin di sini. Peluang ke Raudhatus Sakinah ini, saya kira satu ruang yang dibukakan Allah kepada saya untuk merenung perjalanan hidup aturan Allah terhadap diri saya. Alhamdulillah, jalan untuk saya mengambil iktibar atas ziarah di rumah ini telah Allah berikan kepada saya.
Hakikatnya, saya berdebar-debar saat mata menatap tiap-tiap wajah bening yang menyambut kehadiran rombongan kami. Rombongan kami terdiri daripada gabungan Sekretariat Pelajar Islam Negeri Sembilan (SPINS), Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Taman Tasik Jaya N.9 dan Nisa Negeri Sembilan. Saya yakin ahli-ahli rombongan yang lain juga mungkin berperasaan yang sedemikian. Kami bersalam-salaman dan berta'aruf serba sedikit untuk menambah mesra perkenalan awal antara kami. Menurut Umiroses yang menjadi pengurus rumah Raudhatus Sakinah ini, 90% daripada anak-anak gadis di sini adalah mereka yang terlanjur. Majoritinya juga adalah pelajar-pelajar daripada institusi-institusi pengajian tinggi. Jadi, di teratak damai inilah mereka mencari kembali arah perjalanan diri yang sebenar dan mengutip kembali sisa-sisa semangat yang berbaki untuk bangkit kembali mencari sebuah penghidupan yang baru. Saat diberitahu akan situasi sahabat-sahabat saya di sini, saya mohon benar kepada diri agar bicara saya tidak ada yang akan melukai atau menyinggung perasaan mereka.
Saya mula berbual-bual mesra dengan beberapa orang sahabat-sahabat di teratak damai ini. Dayah ( bukan nama sebenar ), antara gadis manis yang menarik perhatian saya di teratak itu. Usianya baru menjangkau 21 tahun. Tutur katanya manis dan sopan sekali. Dia bercerita serba sedikit tentang dirinya. Di universiti, dia mengambil jurusan Sains Kimia. Saya tidak bertanya dia dari universiti yang mana. Kiranya, itu mungkin sedikit sensitif untuk ditanya. Luahan katanya, rumah Raudhatus Sakinah itu memberi pengertian yang bukan sedikit kepada dirinya.
" Saya ada ilmu sebenarnya kak. Bukan saya tiada ilmu agama. Tetapi sebab saya tak memahami dan mengamalkannya..saya jadi begini" . Perlahan nada suaranya bercerita.
Saya mengangguk-angguk.
" Dah berapa lama Dayah di sini? 'Plan'nya lepas nie nak buat apa?" Saya lihat dia tunduk.
" Dah 7 bulan saya di sini. Di Raudhatus Sakinah, tempoh berada di sini ialah 13 bulan. InsyaAllah, lepas nie saya nak sambung belajar lagi kak..". Serba sedikit dia bercerita tentang masa depannya.
Saya mengangguk-angguk.
" Dah berapa lama Dayah di sini? 'Plan'nya lepas nie nak buat apa?" Saya lihat dia tunduk.
" Dah 7 bulan saya di sini. Di Raudhatus Sakinah, tempoh berada di sini ialah 13 bulan. InsyaAllah, lepas nie saya nak sambung belajar lagi kak..". Serba sedikit dia bercerita tentang masa depannya.
Dalam hati saya mengucapkan syukur. Selepas itu, sedikit motivasi saya hulurkan kepadanya dan doa saya moga- moga dia istiqamah dalam meng'islah' dirinya yang pernah tersungkur kerana mengikut hawa nafsu. Semoga dia kembali menjadi muslimah yang terbaik. Sesungguhnya, latar belakang agama yang kita miliki belum tentu menjamin kita untuk terus terpelihara daripada terjerumus ke lembah maksiat. Memiliki 'title' seorang ustaz atau ustazah tidak memungkinkan kita selamaya berasa selamat daripada godaan iblis dan syaitan. Iblis dan syaitan akan terus menggoda anak Adam sehingga hari kiamat.
Mai (bukan nama sebenar) yang saya kenali di teratak itu juga meninggalkan satu rasa yang hebat di dalam hati. Sayu. Itu rasa hati saya. Usianya juga 21 tahun. Menurut Kak Atriza, salah seorang petugas di teratak ini, penghuni teratak ini yang termuda pernah berada di sini adalah seorang anak gadis berusia 12 tahun. Saya terkesima. Terbayang di ruang mata wajah- wajah adik-adik kembar tiga saya yang kini semuanya berusia 16 tahun. Saya tak dapat membayangkan bagaimana sedihnya rasa hati ibu bapa dan keluarga jika anak-anak gadis pada usia belasan tahun ini telah dinodai oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
" Ya Allah, lindungilah kami daripada godaan iblis dan syaitan. Peliharalah kami daripada maksiat dan perkara-perkara yang Kau murkai" Doa saya di dalam hati.
Saat mata menatap wajah Mai yang jernih dan bersih, saya tahu tidak mudah untuk dia mengharungi hari-harinya ketika ini. Tambahan, dia sedang mengandung anak sulungnya seorang diri. Dalam hati saya, timbul rasa amarah kepada sang lelaki yang telah membuat janji untuk sehidup semati dengan si gadis tetapi akhirnya hanya si gadis yang bersusah payah mengandungkan zuriat mereka tanpa tali ikatan yang sah?. Saya memeluk tubuh yang sudah sarat itu. Hati menggaru-garu ingin tahu akan anak yang dikandungnya. Mai merenung saya tanda mengerti gelodak hati saya yang ingin tahu kisah hidupnya.
" 7 bulan dah kak.." Akhirnya Mai bersuara tanpa dipinta. Saya senyum. Tak tahu kata apa yang patut diucap.
" Dah tahu lelaki atau perempuan?" Soal saya.
" Belum lagi kak. Saya pergi hospital baru sekali. Doktor kata mungkin 'pregnancy' saya ini ada masalah sikit. Sekarang ini pun doktor kata dah ada kencing manis dan darah tinggi.." Ramah bibirnya berbicara. Anggukan kepala saya perlahan.
" Nanti anak ini Mai akan jaga?" Tanya saya lagi.
" Tak, kak. Ikut selalu yang dibuat prosedur di sini. Selepas bersalin, ibu akan jaga sekejap anak itu di sini. Tetapi lepas itu, pengurusan Raudhatus Sakinah akan mencarikan keluarga untuk anak yang dilahirkan di sini" Terangnya lancar.
" Anak Mai akan bagi pada orang?" Kening saya sedikit berkerut tidak puas hati. Mai mengangguk.
" Bukan apa kak..dari segi psikologinya juga, mereka tak mahu kita masih teringat-ingat kisah lampau yang pernah kita buat. Mungkin juga nanti, akan ada ibu yang bila dah keluar dari sini akan salahkan bayi yang lahir tu kemudian hari. Lagipun, mak saya pun cakap. Dia tak nak anak ini." Matanya berkaca-kaca. Saya tersedu.
" Anak Mai akan bagi pada orang?" Kening saya sedikit berkerut tidak puas hati. Mai mengangguk.
" Bukan apa kak..dari segi psikologinya juga, mereka tak mahu kita masih teringat-ingat kisah lampau yang pernah kita buat. Mungkin juga nanti, akan ada ibu yang bila dah keluar dari sini akan salahkan bayi yang lahir tu kemudian hari. Lagipun, mak saya pun cakap. Dia tak nak anak ini." Matanya berkaca-kaca. Saya tersedu.
Perbualan kami berterusan lagi selepas itu. Dari cerita Mai, dia bernasib baik kerana kekasihnya dahulu ingin bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. InsyaAllah, selepas keluar dari Raudhatus Sakinah, mereka akan berkahwin. Alhamdulillah..ucap saya dalam hati. Pertemuan bersama sahabat-sahabat saya di teratak damai ini begitu besar maknanya kepada saya. Mereka di sini telah didisplinkan waktu untuk beribadah dan mengkoreksi kesilapan diri yang telah dilakukan.
Jadual mereka juga sangat padat setiap hari. Mereka bangun seawal 3 pagi untuk berbicara kepada Allah. Dua pertiga malam mereka dihiasi tadarus, solat-solat sunat, tahajud yang panjang dan berzikir. Siangnya juga mereka habiskan dengan bertadarus dan mengikuti kelas agama. Sekali-sekala mereka menghiburkan hati dengan beriadah sesama mereka. 13 bulan,dunia mereka adalah di teratak yang jauh daripada hiruk pikuk kotaraya ini. Hati saya jadi jadi kagum. Kita yang berada di luar, ibadat kita tidak sehebat mereka. Mungkin saat ini mereka lebih mulia di sisi Allah. Padanlah wajah mereka amat berseri-seri. Allah begitu pengasih dan penyayang. Dia sentiasa menerima taubat hamba-hambaNya. Allah sendiri pernah berfirman bahawasanya, Dia akan mengampunkan dosa-dosa hambaNya selain syirik kepadaNya meskipun dosa-dosa hambaNya itu seluas lautan. Allahukbar!
Dalam perjalanan pulang, di atas bas, saya merenung pemandangan di luar tingkap. Hiruk pikuk kota. Diselangi pohon-pohon hijau yang menyejukkan. Kendaraan yang bertali arus di atas jalan. Manusia yang sibuk dengan pelbagai urusan. Ya Allah. Ya Allah. Betapa besar nikmat yang telah Kau berikan kepadaku. Andai aku diuji dengan godaan nafsu duniawi ini, mampukah aku bertahan?
Terima kasih ya Allah. Kau anugerahi aku ibu dan ayah yang telah mendidik diri ini sebaik mungkin. Andai difikir-fikir, Bagaimana rasa dirimu sesalan di kemudian hari apabila telah di 'sentuh' yang bukan hak atas diri? Nauzubullah. Sepatah kata Kak Atriza, air mata mereka terlalu banyak.Terlalu banyak yang telah mengalir. Peliharalah kami. Peliharalah kami wahai Allah.
Terima kasih ya Allah. Kau anugerahi aku ibu dan ayah yang telah mendidik diri ini sebaik mungkin. Andai difikir-fikir, Bagaimana rasa dirimu sesalan di kemudian hari apabila telah di 'sentuh' yang bukan hak atas diri? Nauzubullah. Sepatah kata Kak Atriza, air mata mereka terlalu banyak.Terlalu banyak yang telah mengalir. Peliharalah kami. Peliharalah kami wahai Allah.
2 comments:
Kisah yang adik lakarkan terkesan bagi akak. Sempat sahabat akak membacanya.tersentuh juga hatinya..
Moga pentarbiyahan yang adik ukirkan buat tatapan pembaca menyentap dengan riuhnya agar suatu tika RS di dunia ini tiada kerna tiadanya maksiat itu.
Moga Raudhatus Sakinah di Akhirat sana kita terima kerana melalukan denai-denai tarbiyah bermakna buat sekaliannya, insya`allah. Amin Ya Rabal `alamin.
jazakillah kak mujahidah atas komentar yang sangat membina
Post a Comment