skip to main | skip to sidebar

Sentuhan Hati

  • Home
    Home Sweet Home
  • Pages
    Browse Pages
    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit
  • Categories
    By Category
    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit
Subscribe

Sunday, September 20, 2009

eid mubarak 1430 H

1 sYaWaL 1430H

Eid mubarak ila kullu muslimin wa muslimat
kullu 'am wa antum bikhair
mohon maaf zahir dan batin

~tAqabalallahu minna wa minka~

Dari kami sekeluarga : Duduk atas ; ayah ( Ahmad) , mak (RashidaH) n mak tuk
Duduk bawah ; Dari kiri Ika, Nadrah, Nadirah, Nasihah dan Along.

Saya? yang ambil gambar =)
Posted by izyan at 10:27 PM 0 comments

Tuesday, September 15, 2009

Hatiku pula yang tersentuh

25 Ramadhan 1430 H

15 Sept 2009




‘Selamat Hari Lahir Angah Bulat’

Tertera tulisan itu di atas sebuah kek yang begitu indah di pandangan mata diri ini.

” Angah bulat?” saya bertanya sambil mengangkat kening.

“ Yela..sapa lagi..”jawab Along sambil ketawa besar.

Saya mencebik walau hati sungguh berbunga.Saat mata menatap kek yang sedemikian indah, hati diruntun rasa yang pelbagai




Terharu..

Tersentuh…

Gembira....








Along saya, Muhammad Farhan Ahmad menghadiahi saya sebuah kek yang sangat indah. Terakhir kek yang dibeli kepada saya adalah daripada emak tahun lepas. Waktu hari lahir saya. Saya yang minta kek. Sebab memang suka betul makan kek.he2.Dulu pun dapat kek daripada emak, gembira juga…tapi kali ini tentunya rasa itu sangat berbeza.
Mata saya menatap kek itu bersungguh.


~Along bila mengadap komputer~

Dalam riuh hingar suara adik saya Nadirah menyuruh meniup lilin, Along yang sedang mencari kameranya untuk mengambil gambar dan emak yang duduk di sisi sambil tersenyum…saya nyata sarat perasaan di hati….orang perempuan memang cepat tersentuh..


Along…along…

Macam tak percaya!


Hakikatnya, biarpun tulisan di atas kek itu nak menyakat diri ini…sedikit pun saya tidak terasa. Memang dari kecik dah selalu kena sakat debab..tembam…macam-macam…Kadang-kadang macam tak percaya betul ke debab sangat diri ini. Sebab bila tengok gambar-gambar masa kecil dulu tak la debab sangat pun( perasan..he2). Tetapi, sekarang memang dah comel pun.Konfiden comel =)


~ Debab cam nie ke?~

Apapun, hati seorang adik ini cukup tersentuh. Along yang garang beli kek. Dia bukan jenis garang sikit-sikit ye. Kalau ‘hangin’ tu, memang takut la. Puting beliung. Tsunami. Taufan Katrina. Semua kalah. Hehe..Menangis ? Tak usah cakapla berapa kali.. Jadi bila dia beli kek memang kejutan betul. Secret Recipe pulak tu! Wa…family kami memang tak pernah makan kek Secret Recipe ni sebab mahal. Tapi, dulu pernah la rasa time kawan-kawan bawak makan dulu. Air mata rasa nak mengalir…tapi mana boleh tunjuk depan Along....control…control…


Sungguh kami adik- beradik adalah antara golongan atau jenis adik-beradik yang sukar menunjuk rasa kasih sayang nie. Nak mengucap terima kasih sesame sendiri pun payah…Dulu kami kecik-kecik kuat gaduh. Maklumlah umur sangat rapat. Along dengan saya bezanya setahun cuma. Saya dan Ika pun beza setahun juga. Memang sakan menyakat sesame sendiri. Bila lebih-lebih sakat, memang yang kecik la yang kena dulu ‘debik’..Waktu kecik bergaduh, bertarik-tarik rambut. Bertumbuk pun ada.he2. Dasyat sungguh! Bila pikir-pikir semula..lucu juga.
~usrati fiddunya wal akhirah~
~saya tiada dalam gambar sebab ambil gambar~

Tapi, adik-beradik…ibarat air yang dicincang takkan putus.

Geram kadang-kadang,

benci kadang-kadang

dan meluat kadang-kadang.

Tapi ,sayang la juga sesame sendiri..

Sayang bukan tak sayang..

Tapi malu nak tunjuk…

Jadi di blog saya ini, yang entah mungkin Along baca ke tak…perasan ke tak

Angah mengucapkan..he2..





Terima kasih!!!!!!!!

Hari lahir saya pada tarikh 14 Sept 2009 ini sesungguhnya yang termanis dalam ingatan!!












~Along n me~
Posted by izyan at 8:04 AM 0 comments

Sunday, September 13, 2009

salam ramadhan al mubarak




23 Ramadhan 1430 H.

Masya Allah cepat benar terasa berlalunya masa. Hampir Ramadhan ini kian ke penghujung. Sedang hati masih belum puas mencumbui RamadhanMu ya Allah.

Daripada semalam, perbualan saya dan teman-teman sekitar hadirnya malam lailatul qadar yang dinanti. Tak ketahuan bila dan saat nya akan berkunjung. Tapi janji Allah itu pasti. Lailatul qadar akan menyapa...cuma tak tahu hari apakah yang begitu bertuah itu.

Apapun, moga-moga kita di kalangan hamba-hambanNya yang takkan mensiakan Lailatul qadar tanpa berbuat apa.

Sedikit perkongsian ilmu yang diperoleh daripada seorang sahabat. Moga-moga ianya bermanfaat untuk semua.


~ Doa malam al-qadr: اَللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فاَعْفُ عَنَّا Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Engkau suka pada kemaafan maka maafkanlah kami~ berdasarkan hadith, kenapa di sebut "afwu" dan tidak "ghafur"? kenapa tidak " ghafurun kareem? tp afuwwun kareem?

~ kerana.... ghafur...keampunan itu andai ada dr Allah, dosa itu diampun, tp masih tertera pada kitab amalan... tetapi... andai maaf..afwu... maka Allah mengampunkan dosa itu, malah melupakannya dan menghapuskannya dr tertera nya dr kitab amalan.malah, Allah menjadikan hamba itu lupa akan dosanya bagai tidak pernah dilakukan oleh si hamba itu. Malah yang lebih takjub lagi... bukan setakat si hamba itu..tetapi para malaikat juga melupakannya.. seolah-olah hamba itu bersih daripada dosa dan kitab amalannya juga bersih daripada dosa..Subhanallah...sahabat-sahabat...Sungguh besar pengampunan Allah..



Marilah kita bersama-sama mencari Lailatu qadar itu. Biar jangan kempunan dan berasa sesal di kemudian hari kerana melepaskan satu ganjaran dan peluang yang maha hebat disediakan oleh Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang!

Posted by izyan at 5:17 AM 0 comments

Wednesday, August 5, 2009

cuba-cubaan...


# Berikut petikan tulisan saya dalam buletin Da'wah & Tarbiyyah yang akan diterbitkan tidak lama lagi..sekadar cuba- cubaan menghantar da'wah melalui penulisan..mudah-mudahan sukses! Amin




Assalammualaikum pembuka bicara buat pembaca- pembaca buletin At Tazkeerah yand diterbitkan oleh Sekretariat Da’wah & Tarbiyyah Law Students’ Society 2008/ 2009.



Pertama-tamanya, suka untuk saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah kerana dengan izinNya, maka lahirlah buletin ini yang bertujuan untuk memberi sedikit pengisian buat teman- teman pembaca Aikolians yang dihormati. Juga ucapan terima kasih saya hulurkan buat pihak Kulliyyah kerana sudi mengizinkan buletin ini diterbitkan. Tidak dilupakan juga kepada editor buletin , Saudara Ahmad Shauqi dan ‘team ‘nya kerana tanpa usaha mereka, tidak mungkin terhasil buletin untuk para pembaca ini.



Tazkeerah…begitulah nama yang ter’ilham’ di benak fikiran kami tatkala tercari-cari nama yang sesuai untuk buletin yang telah kami garap ini. Sesungguhnya, kami amat mengharapkan hadirnya pengisian tazkeerah yang ringkas dan mudah difahami ini dapat menyentuh hati- hati kita untuk barang walau sedikit duduk sejenak membaca, merenung dan menginsafi diri sebagai hamba-hambaNya. Manusia yang bersifat pelupa senantiasa harus sering diingatkan. Meskipun kita sudah tahu akan banyak perkara, tetapi iman kita itu tetap ada naik dan turunnya. Makanya, tazkeerah ini hadir untuk mengingatkan yang mana terlupa atau terlalai dengan sibuknya kita bersama dunia.



Dalam Al Quran , Allah telah berfirman dalam Surah Adzaariyaat ayat ke 55 yang mana bermaksud


“ Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang –orang beriman”



Hal ini jelas menunjukkan bahawasanya tazkeerah itu amat penting dalam kehidupan manusia hatta tidak boleh walau sehari kita tidak memperolehinya. Teman- teman yang dirahmati Allah, tazkeerah itu hakikatnya bukan semata-mata dapat diperolehi daripada kuliah-kuliah agama, buku-buku agama dan bahan- bahan ilmiah sahaja. Sebenarnya, apa sahaja di sekeliling kita adalah tazkeerah (peringatan ) daripada Allah. Kata-kata bualan yang bermanafaat bersama sahabat-sahabat juga merupakan tazkeerah yang paling mudah. Hatta memandang alam sekelililing iaitu bulan, bintang, langit, matahari dan sebagainya merupakan tazkeerah secara langsung daripada Allah. Sesungguhnya amatlah beruntung mereka yang dapat berfikir akan kebesaran Nya.



Sekretariat Da’wah & Tarbiyyah Law Students’ Society 2008/ 2009 sudah melepasi satu semester akhirnya. Satu lagi semester yang berbaki ini mendorong kami untuk sehabis baik mendatangkan input-input yang bermanafaat buat teman-teman. Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang program- program yang pernah dijalankan oleh Sekretariat DNT kali ini. Sejujurnya, kami memohon maaf andai kelemahan daripada pihak kami telah menyebabkan teman- teman kurang mendapat informasi tentang program-program yang telah dijalankan. Pada semester 2 2008/ 2009 yang lalu, Sekretariat DNT telah mengadakan beberapa program yang menarik iaitu Qur’an at Heart ( halaqah menghafaz al qur’an ), Beauty of Love Campaign dan Maulidurrasul Celebration ( talk on ‘Malu Rasanya Mengatakan Cinta, Pilihan Dai’e Kecil [ PILDACIL] dan Malam Amal Kerasulan bersama Dato’ Hassan Azhari ). Alhamdulillah, program-program tersebut telah berjaya dijalankan dengan sokongan dan kerja keras teman-teman ‘ committees ‘ DNT yang menjadi tonggak utama perjalanan da’wah dan tarbiyyah di Kuliyyah AIKOL ini.



Oleh yang demikian, kami mengharapkan lagi partisipasi seluruh teman- teman AIKOL yang dikasihi untuk program- program DNT yang bakal dianjurkan tidak lama lagi. Sesungguhnya, tanggungjawab yang diamanahkan Allah di atas pundak kami ini, mudah-mudahan senantiasa dibimbing Allah dengan ikhlas, istiqamah, redha dan syukur dariNya. Jika masih tidak terlambat, Ahlan Wasahlan adik-adik 1st year ke AIKOL yang penuh warna- warni kehidupan ini. Menjadi pelajar undang-undang tidak mudah adik- adik kerana kita berjuang untuk melihat Perundangan Syariah Allah diangkat martabatnya di bumi ini. Walauapapun, tidak dilupai juga buat teman-teman seperjuangan 2nd ,3rd ,4th dan 5th year, selamat belajar dan belajar! Akhir kalam, sebelum berpisah..sekadar renungan bersama..Ramadhan bakal menjenguk kita teman-teman. Bagaimana persediaan kita ?


Posted by izyan at 7:55 PM 0 comments

Forum Hak Dan Kebajikan Anak Dalam Memeluk Agama Islam

Caknakah kita ? Antum tidak perlu menjadi pelajar undang-undang untuk berbicara tentang isu ini . Tetapi untuk isu ini, setiap umat islam harus berasa mahu untuk cakna dan berbuat sesuatu!
AIKOL , UIAM 16 Julai 2009 –Satu forum yang menarik telah dianjurkan oleh Unit Undang-undang Keluarga & Etika Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim bertempat di Auditorium Perpustakaan UIAM, Gombak Kuala Lumpur. Forum tersebut bertemakan satu tajuk yang begitu hangat diperkatakan dalam isu perundangan di negara kita kebelakangan ini iaitu ‘ Hak dan kebajikan anak dalam isu memeluk Islam ‘. Forum yang hangat ini juga turut menjemput empat orang ahli panel yang tidak asing lagi di kalangan mahasiswa AIKOL dan setiap ahli panel juga telah membentangkan kertas kerja mereka tentang tajuk forum ini daripada aspek yang berbeza- beza.

Ahli panel yang pertama adalah Datuk Hashim Yahya, Fellow Akademik AIKOL UIAM yang membentangkan kertas kerja beliau yang bertajuk “ Hak dan kebajikan anak- daripada perspektif hukum syarak” . Sementara ahli panel yang kedua iaitu Dr Normi Abdul Malek, Penolong Profesor AIKOL , UIAM pula membawakan tajuk “ Hak dan kebajikan anak- di bawah Undang-undang Keluarga Islam. Dr. Farid Sufian B. Shuib , Penolong Profesor AIKOL, UIAM yang juga merupakan ahli panel yang ketiga telah membentangkan kertas kerja beliau yang bertajuk ‘Hak dan kebajikan anak- di bawah Undang- undang Perlembagaan ‘. Manakala ahli panel yang terakhir pula adalah Tuan Haji Zainul Rijal Abu Bakar, Peguam Syarie telah membicarakan tajuk beliau iaitu “ Hak dan kebajikan anak – amalan di Malaysia.

Forum yang mendapat sambutan menggalakkan daripada mahasiswa AIKOL ini juga mencetus pelbagai persoalan menarik dalam sesi soal jawab apabila pelbagai isu disebalik isu diketengahkan kepada pengetahuan mahasiswa. Menurut Saudari Busra, pelajar tahun 3 AIKOL, beliau berasa amat bertuah kerana telah mengikuti satu forum yang telah membuka mata mahasiswa untuk tidak sekadar belajar mengenai undang-undang di bilik-bilik kuliah tetapi sebaliknya mahasiswa harus tahu dan cakna dengan perkembagan isu perundangan semasa khususnya berkaitan perundangan yang melibatkan kepentingan islam dan penganutnya yang semakin mendapat tekanan daripada NGO bukan islam dan beberapa pihak yang tertentu.
Adalah amat diharapkan semoga isu-isu seperti ini terus diketengahkan lagi dalam masyarakat mahasiswa supaya mahasiswa tidak terus- terusan lalai dan tidak cakna kepada apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Posted by izyan at 7:40 PM 0 comments

Saturday, July 4, 2009

SAIDINA ALI B. ABI TALIB


Beliau dikenali sebagai mutiara ilmu islam kerana baginda pernah bersabda :

" Aku ( Nabi Muhammad ) adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya"

Terlalu banyak kata-kata hikmah beliau yang diungkapkan di dalam buku ini yang menghadirkan getar rasa yang sungguh luar biasa hebatnya. MasyaAllah, saya sungguh mengkagumi beliau.

Sungguhlah beliau seorang perwira agama yang sejati andai kalian sudah mengulit buku yang sungguh bermakna ini.

Sekadar perkongsian bersama, mungkin ramai di kalangan kita masih tidak tahu tentang sirah hidup Saidina Ali B. Abi Talib ini. Serba sedikit ringkasan keluarga Saidina Ali B. Abi Talib

Nama penuh beliau
Ali B Abi Talib B Abdul Mutalib B Hashim B Abdul Manaf B Qusai B Kilab B Marrah B Kaab B Lu'ai B Ghalib B Fihri B Malik B An Nadri B Kinanah.

Adik beradik beliau
Talib, Aqil, Jaafar, Ummu Hani, Jumarah dan Raitah

Isteri-isteri beliau
1. Fatimah bt Rasulullah
2. Khoulah bt Iyas
3. Laila bt Masud
4. Ummu Banin bt Hizam
5. Asma bt Umais
6. As sohbak Ummu Habib bt Rabiah
7. Umamah bt Abu Al As
8. Ummu Saad bt Urwa
9. Ummu Mahaiya bt Amri Al Qais

Anak-anak lelaki beliau
1. Hasan
2. Husin
3. Muhsin
4. Muhammad Al Akbar
5. Ubaidullah
6. Abu Bakar
7. Abbas
8. Uthman
9. Ja'afar
10. Abdullah
11. Muhammad Al Asghar
12. Yahya
13. Aun
14. Umar Al Akbar
15. Muhammad Al Ausat

Anak-anak perempuan beliau
1. Ummu Khalsum
2. Zainab
3. Fatimah
4. Ruqiyah
5. Ummu Hasan
6. Ramlah
7. Ummu Hani
8. Zainab Al Sughra
9. Khadijah
10. Ramlah As Sughra
11. Ummu Kalthum As Sughra
12. Umamah
13. Ummu Al Karim
14. Ummu Salamah
15. Ummu Jaafar
16. Jumanah
17. Nafisah

InsyaAllah, semoga menjadi perkongsian ilmu kita bersama.

Posted by izyan at 10:09 AM 0 comments

cenderahati buat diri


Usai sudah pembacaan buku "Kutemui Jalan Pulang" yang merupakan antologi kisah benar remaja puteri Raudhatus Sakinah. Buku tersebut adalah cenderamata yang diberi semasa pulang daripada ziarah mahabbah rombongan Sekretariat Pelajar Islam Negeri Sembilan ( SPINS ) bersama beberapa kumpulan atau persatuan yang lain.

Alhamdulillah, bermanafaat dan sungguh bermakna pembacaan saya sebab tak mudah ingin menerokai gelora hati anak-anak remaja dewasa ini.

Memiliki adik-adik yang masih hijau usianya serba sedikit mendatangkan rasa takut di hati saya. Doa saya moga adik-adik saya malah semua adik-adik remaja khususnya muslim agar senantiasa terpelihara daripada terjerumus ke lembah yang seperti itu.

Dapatkan buku terbitan JIMedia itu di pasaran!
Posted by izyan at 9:42 AM 0 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors

Free Counters
HSN Shopping Network

My Profile

My Profile
Izyan Hazwani Bt Ahmad

Merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan . Pelajar tahun 3 jurusan undang-undang dan syariah (LLBS) di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws (AIKOL) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) . Sekarang memegang amanah daripada Allah S.W.T sebagai Chairperson of Welfare Secretariat , Students' Representative Council (SRC) 09/10 , IIUM .

Followers

Blog Archive

  • ▼  2011 (1)
    • ▼  November (1)
      • hidup yg menuntut pilihan
  • ►  2010 (8)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2009 (27)
    • ►  December (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (5)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2008 (17)
    • ►  December (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  May (5)

Discussion

Facebook Badge

Izyan Hazwani

Create Your Badge

Special Links

  • SRC.IIUM
    DONATION FOR ROHINGYA
    14 years ago
  • Students' Representative Council [IIUM Kuantan]

SRC Members

  • JEBAT
    ‘SINCERE GIVING’
    14 years ago
  • Pena Unggul
    Secebis Pengalaman Untuk
    15 years ago
 
Copyright © Sentuhan Hati. All rights reserved.
Blogger templates created by Templates Block | Wordpress theme by Tipografo