skip to main | skip to sidebar

Sentuhan Hati

  • Home
    Home Sweet Home
  • Pages
    Browse Pages
    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit
  • Categories
    By Category
    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit
Subscribe

Saturday, July 4, 2009

SAIDINA ALI B. ABI TALIB


Beliau dikenali sebagai mutiara ilmu islam kerana baginda pernah bersabda :

" Aku ( Nabi Muhammad ) adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya"

Terlalu banyak kata-kata hikmah beliau yang diungkapkan di dalam buku ini yang menghadirkan getar rasa yang sungguh luar biasa hebatnya. MasyaAllah, saya sungguh mengkagumi beliau.

Sungguhlah beliau seorang perwira agama yang sejati andai kalian sudah mengulit buku yang sungguh bermakna ini.

Sekadar perkongsian bersama, mungkin ramai di kalangan kita masih tidak tahu tentang sirah hidup Saidina Ali B. Abi Talib ini. Serba sedikit ringkasan keluarga Saidina Ali B. Abi Talib

Nama penuh beliau
Ali B Abi Talib B Abdul Mutalib B Hashim B Abdul Manaf B Qusai B Kilab B Marrah B Kaab B Lu'ai B Ghalib B Fihri B Malik B An Nadri B Kinanah.

Adik beradik beliau
Talib, Aqil, Jaafar, Ummu Hani, Jumarah dan Raitah

Isteri-isteri beliau
1. Fatimah bt Rasulullah
2. Khoulah bt Iyas
3. Laila bt Masud
4. Ummu Banin bt Hizam
5. Asma bt Umais
6. As sohbak Ummu Habib bt Rabiah
7. Umamah bt Abu Al As
8. Ummu Saad bt Urwa
9. Ummu Mahaiya bt Amri Al Qais

Anak-anak lelaki beliau
1. Hasan
2. Husin
3. Muhsin
4. Muhammad Al Akbar
5. Ubaidullah
6. Abu Bakar
7. Abbas
8. Uthman
9. Ja'afar
10. Abdullah
11. Muhammad Al Asghar
12. Yahya
13. Aun
14. Umar Al Akbar
15. Muhammad Al Ausat

Anak-anak perempuan beliau
1. Ummu Khalsum
2. Zainab
3. Fatimah
4. Ruqiyah
5. Ummu Hasan
6. Ramlah
7. Ummu Hani
8. Zainab Al Sughra
9. Khadijah
10. Ramlah As Sughra
11. Ummu Kalthum As Sughra
12. Umamah
13. Ummu Al Karim
14. Ummu Salamah
15. Ummu Jaafar
16. Jumanah
17. Nafisah

InsyaAllah, semoga menjadi perkongsian ilmu kita bersama.

Posted by izyan at 10:09 AM 0 comments

cenderahati buat diri


Usai sudah pembacaan buku "Kutemui Jalan Pulang" yang merupakan antologi kisah benar remaja puteri Raudhatus Sakinah. Buku tersebut adalah cenderamata yang diberi semasa pulang daripada ziarah mahabbah rombongan Sekretariat Pelajar Islam Negeri Sembilan ( SPINS ) bersama beberapa kumpulan atau persatuan yang lain.

Alhamdulillah, bermanafaat dan sungguh bermakna pembacaan saya sebab tak mudah ingin menerokai gelora hati anak-anak remaja dewasa ini.

Memiliki adik-adik yang masih hijau usianya serba sedikit mendatangkan rasa takut di hati saya. Doa saya moga adik-adik saya malah semua adik-adik remaja khususnya muslim agar senantiasa terpelihara daripada terjerumus ke lembah yang seperti itu.

Dapatkan buku terbitan JIMedia itu di pasaran!
Posted by izyan at 9:42 AM 0 comments

Monday, June 29, 2009

Kembara Kasih Raudhatus Sakinah




Raudhatus Sakinah. Secantik namanya. Taman syurga yang menenangkan. Damai. Itu kalimah pertama terlintas saat mata memandang rumah yang menempatkan hampir 26 anak-anak gadis remaja kita yang ingin berhijrah menuju ke jalan Allah. Perlahan-lahan, saya menanam niat saat kaki melangkah ke perkarangan rumah itu. Moga-moga saya di sini bukan untuk menghukum dan menilai kesilapan yang telah dilakukan sahabat-sahabat saya di Raudhatus Sakinah ini, tetapi untuk diri mengambil iktibar seberapa banyak yang mungkin di sini. Peluang ke Raudhatus Sakinah ini, saya kira satu ruang yang dibukakan Allah kepada saya untuk merenung perjalanan hidup aturan Allah terhadap diri saya. Alhamdulillah, jalan untuk saya mengambil iktibar atas ziarah di rumah ini telah Allah berikan kepada saya.


Hakikatnya, saya berdebar-debar saat mata menatap tiap-tiap wajah bening yang menyambut kehadiran rombongan kami. Rombongan kami terdiri daripada gabungan Sekretariat Pelajar Islam Negeri Sembilan (SPINS), Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Taman Tasik Jaya N.9 dan Nisa Negeri Sembilan. Saya yakin ahli-ahli rombongan yang lain juga mungkin berperasaan yang sedemikian. Kami bersalam-salaman dan berta'aruf serba sedikit untuk menambah mesra perkenalan awal antara kami. Menurut Umiroses yang menjadi pengurus rumah Raudhatus Sakinah ini, 90% daripada anak-anak gadis di sini adalah mereka yang terlanjur. Majoritinya juga adalah pelajar-pelajar daripada institusi-institusi pengajian tinggi. Jadi, di teratak damai inilah mereka mencari kembali arah perjalanan diri yang sebenar dan mengutip kembali sisa-sisa semangat yang berbaki untuk bangkit kembali mencari sebuah penghidupan yang baru. Saat diberitahu akan situasi sahabat-sahabat saya di sini, saya mohon benar kepada diri agar bicara saya tidak ada yang akan melukai atau menyinggung perasaan mereka.


Saya mula berbual-bual mesra dengan beberapa orang sahabat-sahabat di teratak damai ini. Dayah ( bukan nama sebenar ), antara gadis manis yang menarik perhatian saya di teratak itu. Usianya baru menjangkau 21 tahun. Tutur katanya manis dan sopan sekali. Dia bercerita serba sedikit tentang dirinya. Di universiti, dia mengambil jurusan Sains Kimia. Saya tidak bertanya dia dari universiti yang mana. Kiranya, itu mungkin sedikit sensitif untuk ditanya. Luahan katanya, rumah Raudhatus Sakinah itu memberi pengertian yang bukan sedikit kepada dirinya.

" Saya ada ilmu sebenarnya kak. Bukan saya tiada ilmu agama. Tetapi sebab saya tak memahami dan mengamalkannya..saya jadi begini" . Perlahan nada suaranya bercerita.
Saya mengangguk-angguk.

"
Dah berapa lama Dayah di sini? 'Plan'nya lepas nie nak buat apa?" Saya lihat dia tunduk.

"
Dah 7 bulan saya di sini. Di Raudhatus Sakinah, tempoh berada di sini ialah 13 bulan. InsyaAllah, lepas nie saya nak sambung belajar lagi kak..". Serba sedikit dia bercerita tentang masa depannya.




Dalam hati saya mengucapkan syukur. Selepas itu, sedikit motivasi saya hulurkan kepadanya dan doa saya moga- moga dia istiqamah dalam meng'islah' dirinya yang pernah tersungkur kerana mengikut hawa nafsu. Semoga dia kembali menjadi muslimah yang terbaik. Sesungguhnya, latar belakang agama yang kita miliki belum tentu menjamin kita untuk terus terpelihara daripada terjerumus ke lembah maksiat. Memiliki 'title' seorang ustaz atau ustazah tidak memungkinkan kita selamaya berasa selamat daripada godaan iblis dan syaitan. Iblis dan syaitan akan terus menggoda anak Adam sehingga hari kiamat.


Mai (bukan nama sebenar) yang saya kenali di teratak itu juga meninggalkan satu rasa yang hebat di dalam hati. Sayu. Itu rasa hati saya. Usianya juga 21 tahun. Menurut Kak Atriza, salah seorang petugas di teratak ini, penghuni teratak ini yang termuda pernah berada di sini adalah seorang anak gadis berusia 12 tahun. Saya terkesima. Terbayang di ruang mata wajah- wajah adik-adik kembar tiga saya yang kini semuanya berusia 16 tahun. Saya tak dapat membayangkan bagaimana sedihnya rasa hati ibu bapa dan keluarga jika anak-anak gadis pada usia belasan tahun ini telah dinodai oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.


"
Ya Allah, lindungilah kami daripada godaan iblis dan syaitan. Peliharalah kami daripada maksiat dan perkara-perkara yang Kau murkai" Doa saya di dalam hati.


Saat mata menatap wajah Mai yang jernih dan bersih, saya tahu tidak mudah untuk dia mengharungi hari-harinya ketika ini. Tambahan, dia sedang mengandung anak sulungnya seorang diri. Dalam hati saya, timbul rasa amarah kepada sang lelaki yang telah membuat janji untuk sehidup semati dengan si gadis tetapi akhirnya hanya si gadis yang bersusah payah mengandungkan zuriat mereka tanpa tali ikatan yang sah?. Saya memeluk tubuh yang sudah sarat itu. Hati menggaru-garu ingin tahu akan anak yang dikandungnya. Mai merenung saya tanda mengerti gelodak hati saya yang ingin tahu kisah hidupnya.


"
7 bulan dah kak.." Akhirnya Mai bersuara tanpa dipinta. Saya senyum. Tak tahu kata apa yang patut diucap.

"
Dah tahu lelaki atau perempuan?" Soal saya.

"
Belum lagi kak. Saya pergi hospital baru sekali. Doktor kata mungkin 'pregnancy' saya ini ada masalah sikit. Sekarang ini pun doktor kata dah ada kencing manis dan darah tinggi.." Ramah bibirnya berbicara. Anggukan kepala saya perlahan.

"
Nanti anak ini Mai akan jaga?" Tanya saya lagi.

" Tak, kak. Ikut selalu yang dibuat prosedur di sini. Selepas bersalin, ibu akan jaga sekejap anak itu di sini. Tetapi lepas itu, pengurusan Raudhatus Sakinah akan mencarikan keluarga untuk anak yang dilahirkan di sini" Terangnya lancar.

"
Anak Mai akan bagi pada orang?" Kening saya sedikit berkerut tidak puas hati. Mai mengangguk.

"
Bukan apa kak..dari segi psikologinya juga, mereka tak mahu kita masih teringat-ingat kisah lampau yang pernah kita buat. Mungkin juga nanti, akan ada ibu yang bila dah keluar dari sini akan salahkan bayi yang lahir tu kemudian hari. Lagipun, mak saya pun cakap. Dia tak nak anak ini." Matanya berkaca-kaca. Saya tersedu.


Perbualan kami berterusan lagi selepas itu. Dari cerita Mai, dia bernasib baik kerana kekasihnya dahulu ingin bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. InsyaAllah, selepas keluar dari Raudhatus Sakinah, mereka akan berkahwin. Alhamdulillah..ucap saya dalam hati. Pertemuan bersama sahabat-sahabat saya di teratak damai ini begitu besar maknanya kepada saya. Mereka di sini telah didisplinkan waktu untuk beribadah dan mengkoreksi kesilapan diri yang telah dilakukan.


Jadual mereka juga sangat padat setiap hari. Mereka bangun seawal 3 pagi untuk berbicara kepada Allah. Dua pertiga malam mereka dihiasi tadarus, solat-solat sunat, tahajud yang panjang dan berzikir. Siangnya juga mereka habiskan dengan bertadarus dan mengikuti kelas agama. Sekali-sekala mereka menghiburkan hati dengan beriadah sesama mereka. 13 bulan,dunia mereka adalah di teratak yang jauh daripada hiruk pikuk kotaraya ini. Hati saya jadi jadi kagum. Kita yang berada di luar, ibadat kita tidak sehebat mereka. Mungkin saat ini mereka lebih mulia di sisi Allah. Padanlah wajah mereka amat berseri-seri. Allah begitu pengasih dan penyayang. Dia sentiasa menerima taubat hamba-hambaNya. Allah sendiri pernah berfirman bahawasanya, Dia akan mengampunkan dosa-dosa hambaNya selain syirik kepadaNya meskipun dosa-dosa hambaNya itu seluas lautan. Allahukbar!



Dalam perjalanan pulang, di atas bas, saya merenung pemandangan di luar tingkap. Hiruk pikuk kota. Diselangi pohon-pohon hijau yang menyejukkan. Kendaraan yang bertali arus di atas jalan. Manusia yang sibuk dengan pelbagai urusan. Ya Allah. Ya Allah. Betapa besar nikmat yang telah Kau berikan kepadaku. Andai aku diuji dengan godaan nafsu duniawi ini, mampukah aku bertahan?
Terima kasih ya Allah. Kau anugerahi aku ibu dan ayah yang telah mendidik diri ini sebaik mungkin. Andai difikir-fikir, Bagaimana rasa dirimu sesalan di kemudian hari apabila telah di
'sentuh' yang bukan hak atas diri? Nauzubullah. Sepatah kata Kak Atriza, air mata mereka terlalu banyak.Terlalu banyak yang telah mengalir. Peliharalah kami. Peliharalah kami wahai Allah.
Posted by izyan at 1:26 AM 2 comments

Wednesday, June 24, 2009

Setelah Ditegur..










Assalammualaikum..

Lama rasanya tak menulis.Dah hampir sebulan lebih.Hasrat hati memang banyak kali sudah ingin menulis barang dua atau tiga artikel..Tapi tak ter'buka' blog saya ni. Terima kasih kepada sahabat sy, Fatin.Dah kena 'sound'saya nie...baru ingin menulis..=)

Dalam sebulan sesudah artikel yang lepas, saya lebih banyak menghabiskan waktu membaca buku. Ada lebih kurang 4 buah buku sudah selesai dibaca. Terkini, saya sedang mengulit sebuah buku sirah bertajuk Ali B.Abi Talib. Buku tulisan saudara Abdul Latip tersebut berkisar sejarah beliau, perjuangannya dalam menegakkan agama Allah dan kata-kata nasihatnya yang penuh hikmah. Entri saya akan datang, insyaAllah ,saya akan menulis serba sikit tentang pembacaan dan pengertian hikmah yang diperolehi disebalik pembacaan buku tersebut.

4 buku yang saya sudah selesai membacanya dalam tempoh sebulan adalah 2 buah novel( biasalah..novel memang laju baca..satu hari boleh habis=)), sebuah buku agama dan sebuah buku pengembaraan.

2 buah novel yang saya baca tajuknya
1. Tiada yang kedua
2.Andai itu takdirnya

Komen saya?Agak tipikal jugalah..terutamanya novel Tiada Yang Kedua. Sebabnya gaya penulisan dan jalan ceritanya hampir sama dengan beberapa novel komersial yang sedia ada seperti Berlalulah Sepi, Bicara Cinta dan Ombak Rindu (wah, menunjukkan kepakaran membaca novel..he3). Isunya sama..perkahwinan tanpa cinta dan rela sebab mengikut kehendak kelurga. Mula-mula tak suka. benci la kat pasngan masing-masing..kemudian jatuh sayang..he2.Hm, hakikatnya cinta selepas berkahwin memang konsepnya sudah islamik..cuma orang kita..duk ter'ikut' budaya barat ber'couple'..dah hilang konsep cinta yang sebenar

Andai Itu Takdirnya pula mengetengahkan isu penderaan dan penderitaan isteri yang dianiaya suami. Menangis baca novel nie( betul!). Tapi tak hairan lah bagaimana penulis novel ni mampu mengupas kesedihan dan kesengsaraan seorang isteri yang didera suaminya. Sebab dia seorang peguam! Jadi mungkin dia berhadapan dengan situasi atau kes-kes sedemikian selalu..Untuk peminat-peminat novel, saya 'recommend' novel ini. Berbaloi dibaca di musim cuti semester=)

Buku ketiga yang saya baca, tajuknya 'Sanggahan Salah Tafsiran Islam' tulisan Dr. Yusof Al Qardhawi. Beliau menyenaraikan lebih kurang 20 konsep yang benar untuk lebih mengenal Islam. Mungkin ramai sahabat-sahabat saya dah membacanya. Buku yang menarik dan membuka minda seorang muslim supaya lebih bersikap terbuka dalam berdakwah tetapi masih tidak melangkaui sempadan yang digariskan oleh Al Quran dan Sunnah.

Buku keempatyang saya baca adalah buku lama bertajuk ' Terangnya Matahari' karya A. Kadir. Kata ayah, A. Kadir adalah penulis veteran dan terkenal pada zaman sekitar 70an dahulu. Buku 'Terangnya Matahari' ini berkisar pengalaman pengembaraan saudara A.Kadir sendiri mengelilingi dunia. Antara negara yang dilawatinya adalah US, Britain, Jepun, Korea, Sweden, Pakisan, Jerman, Itali dan banyak lagi. Membaca buku ini membawa saya jauh mengembara di serata pelosok dunia. InsyaAllah..suatu hari nanti, saya juga akan mengembara seperti dia. WE ARE WHAT WE WISH FOR!
Posted by izyan at 1:04 AM 0 comments

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru, Cikgu!



16 Mei 2009




Hari guru hari ini. Pagi tadi banyak betul siaran di televisyen, drama-drama tentang hari guru. Perlahan-lahan, saya terimbau masa-masa lalu saat di bangku persekolahan.
Seronoknya zaman sekolah rendah. Belajar tanpa tekanan. Happy je sebab rasa dunia ini adalah sgt luas dan kita adalah dalam dunia kita. Masa zaman sekolah rendah dulu, waktu ulangkaji memang tak adala dalam diari harian. Pergi sekolah kebangsaan pagi, petang pergi sekolah agama. Balik je sekolah agama, main-main basikal..tak pun pondok-pondok..tak pun masak-masak. Dekat-dekat nak maghrib,agak-agak mak dah jeling-jeling kat tingkap tu barulah kami adik-beradik balik rumah. Masa tula berebut nak mandi..sebab nak kena pergi mengaji kat rumah Ust Ali Mutagaliman. Ust tue orang jawa.ingat lebih kurang begitu la namanya. Habis sahaja mengaji, balik rumah barulah ingat nak makan. Bila ayah tanya, " Hang kerja sekolah tak da ka?" Barulah bangkit pergi buat kerja sekolah. Ngantuk-ngantuk tidur la atas meja. Sedar-sedar je ayah suruh pergi tidur. Jadinya, begitulah kehidupan seharian sepanjang bersekolah rendah di Sekolah Sg. Pelong, Sungai Buloh Selangor dulu. Seronok sakan. Tak ingat la apa.Hari minggu paling ditunggu-tunggu sebab memang akan termakub dalam jadual akan bermain saje.Dari celik mata, sampai tutup mata...main..main dan main



Jadi saya fikir, ilmu yang saya dapat..keputusan peperiksaan yang selalu nombor 1 tak pun 2 atau 3 je dalam kelas dulu, tentunya hanya dari pembelajaran dalam kelas. Betapa la ketika itu guru-guru saya mengajar mengenal pelbagai jenis bidang ilmu...nak sebut nama-nama cikgu sekolah rendah sg. Pelong dulu memang tak tersebut. Sebab sangat ramai yang begitu berjasa kepada diri ini. Yang paling diingati, Cikgu Rusdi,kesian cikgu ajar saya main rekoder nak lepas satu lagu pun payah. Saya tak berbakat sangat bab-bab alat muzik ni.Ust Che Lah, jazakallahukhairan..sangat besar jasanya pada saya dalam mengajar saya mengenal tajwid. Kini,ustaz telah tiada..moga-moga Allah menempatkan Ustaz di kalangan orang-orang beriman.Cikgu-cikgu SK Sg Pelong yang dikasihi...terima kasih atas jasa kalian...tanpa kalian saya tidak seperti hari ini..



Sk Dato Ahmad Manaf adalah sekolah rendah kedua saya. Masa bersekolah di sini, saya fikir pandangan saya pada dunia ini sudah semakin berbeza. Mencabar..itu yang saya fikirkan. Saya mula kenal apa itu tanggugjawab dan peranan diri saya. Saya selalu berfikir untuk menyumbang kepada sekolah saya. Saat itu saya belajar lebih serius dan tak perlu disuruh. Memang ketika itu hati bulat ingin mendapatkan 5A di dalam UPSR. Siang malam saya tak henti berdoa moga-moga impian saya tercapai. Tambahan, murid-murid di sekolah ini tak ramai, maka cikgu mengharapkan kepada pelajar-pelajar harapan untuk mengharumkan nama sekolah. Rasanya 3 nama penting ini takkan saya lupa seumur hidup saya. Cikgu Azmir, Cikgu Musfirah, dan Cikgu Zarina. Mereka adalah insan-insan yang melihat potensi saya dalam berpidato. Terima kasih cikgu...saya tak tahu saya boleh berpidato kalau bukan cikgu yang beritahu..Untuk guru-guru Sk Dato Ahmad Manaf, jasa cikgu-cikgu akan saya kenang ke akhir hayat



Alam sekolah menengah saya, saya kira cukup mematangkan diri. SMK Puteri...itulah nama sekolah saya.5 tahun saya menelaah ilmu di sini. Saya asalnya nak masuk sekolah agama. Sekolah impian saya SMAP Labu masa tu. Tapi, saya kira tak de rezeki saya agaknya. Lantas, di Puteri saya mencari ilmu untuk perjalanan masa depan saya. Ramai cikgu di sekolah ini yang memberi makna besar dalam hidup saya. Miss kok, Puan Robasyah, Pn Jameah dan ramai lagi..terlalu manis kenangan di sekolah ini.banyak pahit manis kehidupan yang telah saya lalui di sekolahh ini.Dear my all teachers in SMK Puteri , Seremban..i got no words to say how much i have appreciate all your sacrifices to make me a better person in my life. I love you all=)


>


UIAM...matrikulasi PJ atau di Gombak....Pensyarah-pensyarah dan pemberi ilmu kehidupan kepada saya..paling terutama Ustazah Maryam yang membuat saya jatuh cinta kepada Bahasa Arab yang tak pernah saya pelajari di alam persekolahan..terima kasih..jazakumullahukhairan kathira..saya tiada kata-kata melainkan jutaan doa dipanjatkan ke hadratNya untuk antum semua..

"
" Ya Allah..ampuni dosa-dosa guru-guruku..dan berikan sejuta kedamaian hati kepada insan-insan ini yang memberi pengertian besar kehidupan kepadaku...Ameen.
Posted by izyan at 1:24 AM 0 comments

Thursday, May 14, 2009

Menteri Besar Perak is Nizar!

Salam everybody!

It has been already 4 days since Nizar has been announced by the Federal Court as the right Menteri Besar for Perak

But somehow, after the appeal made by Zambry, currently Zambry is still been said as the Menteri Besar for Perak

Perak's issue is something really unpredictable situation.
At one point, you gonna be very confused of what is really happening in Perak.

I believe that Law is something that have to be respected by all people. But, if the one who governed have manipulated the Law, then it's gonna be the worst than ever.

I am very sure that the Law is on Nizar'side. Just, hopefully..he still remains patient to ensure Perak gonna be in his hand back.

Very best of luck to u!
Posted by izyan at 7:05 PM 0 comments

Tuesday, May 12, 2009

Menteri Besar Perak is Nizar!


Salam everybody!

It is Tuesday today.Lovely tuesday i think...hm..so it was decided by the Federal Court
Posted by izyan at 1:32 AM 0 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors

Free Counters
HSN Shopping Network

My Profile

My Profile
Izyan Hazwani Bt Ahmad

Merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan . Pelajar tahun 3 jurusan undang-undang dan syariah (LLBS) di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws (AIKOL) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) . Sekarang memegang amanah daripada Allah S.W.T sebagai Chairperson of Welfare Secretariat , Students' Representative Council (SRC) 09/10 , IIUM .

Followers

Blog Archive

  • ▼  2011 (1)
    • ▼  November (1)
      • hidup yg menuntut pilihan
  • ►  2010 (8)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2009 (27)
    • ►  December (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (5)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2008 (17)
    • ►  December (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  May (5)

Discussion

Facebook Badge

Izyan Hazwani

Create Your Badge

Special Links

  • SRC.IIUM
    DONATION FOR ROHINGYA
    14 years ago
  • Students' Representative Council [IIUM Kuantan]

SRC Members

  • JEBAT
    ‘SINCERE GIVING’
    14 years ago
  • Pena Unggul
    Secebis Pengalaman Untuk
    15 years ago
 
Copyright © Sentuhan Hati. All rights reserved.
Blogger templates created by Templates Block | Wordpress theme by Tipografo