Saturday, February 14, 2009
Solat Subuh : Sebuah Ujian
Sehening paginya alam
Suara takbir memanggil
Bicara Allah menggamit
Namun betapa sukar
Hambanya ingin bangkit
dari tidur canda
dan mimpi indahnya.....
Solat Subuh..berapa ramai yang mampu bangkit dan bersolat tepat pada waktunya?
Ustaz saya menyoal ketika kelas 'At Tashriq Al Jinai'e' petang itu. Masing2 dalam kelas saya terdiam. Ada juga yang tersengih2 malu2. Saya juga terdiam. Merenung ibadat harian yang penuh kekurangan..Begitu ramai muslim yang lewat subuhnya. Hatta segelinir muslim yang pada siang hari berdegar-degar bercakap tntang perjuangan Islam juga ada yang tak tersolat subuh di pagi harinya lantaran tidur lewat dek kerana kesibukan berjuang alasannya..
Abdullah Ibn Mas'ud pernah bertanya kepada Rasulullah."Wahai Rasulullah, amal-amal apakah yang paling dicintai Allah?
Baginda menjawab " Amal yang paling dicintai Allah Ta'ala adalah shalat ( tepat) pada waktunya"
Abdullah kemudian bertanya "Kemudian apa lagi ya Rasulullah?"
Baginda menjawab "Berbuat baik kepada ibu bapa"
Abdullah bertanya lagi "Lalu apalagi ya Rasulullah?"
Rasulullah memjawab " Jihad FIsabilillah.."
Selanjutnya, amat jelas dapat kita perhatikan bagaimana Rasulullah bgitu mendahulukan Solat pada waktunya daripada berbuat baik kepada ibu bapa yang bgitu besar pahalanya...dan bagaimana baginda lebih mendahulukan solat pada waktunya atas jihad fisabilillah yang merupakan puncaknya Islam...
Subhanallah, Alhadulillah..Allahuakbar
Astaghafirullahalazim...
Mudah2an Allah mengampuni kita atas lalainya diri dalam beribadat kepadanya
Aduhai wanita muslimah...
Petang jumaat 13 Februari 2009, saya pulang ke rumah di Nilai, Negeri Sembilan. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 2 jam mengikut perkiraan saya tetapi sebaliknya menjadi 3 jam..Mengikut perkiraan saya setiap kali pulang ke rumah menaiki komuter, memang 2 jam selalunya saya akan mengambil masa untuk sampai ke rumah. Tetapi 2 jam itu biasanya akan terjadi sekiranya orang tidak begitu ramai dan bukan pada waktu puncak.
Saya tiba di KL Sentral lebih kurang jam 5.30 petang selepas menaiki LRT Putra di Stesen Putra, Gombak Dalam fikiran saya, adalah lebih baik saya bersolat Asar kerana jika saya terus menunggu keretapi, saya mungkin takkan sempat sampai awal sebelum waktu Asar berakhir. Usai bersolat Asar, kaki saya melangkah menuju ke kaunter tiket dan membeli tiket berharga RM 4.70. Destinasi saya tentulah Nilai, teratak halaman saya semenjak di usia 11 tahun.
.Sesampainya saya di kawasan menunggu komuter, saya lihat lautan manusia bersesak2 menunggu komuter yang menuju ke Seremban. Khabarnya sudah hampir setengah jam keretapi terkandas untuk sampai. Mungkin kerana perkhidmatan komuter yang perlahan menyebabkan penumpang- penumpang berebut-rebut tak ingin melepaskan peluang menaiki tren yang akan tiba.
Hati saya jadi tidak sedap saat mata menyorot pemandangan lautan manusia yang pelbagai ragam dan warna menanti ketibaan tren. 'Boleh ke aku lepas dapat tren 1st nie?' bisikdiriku perlahan. 'Mudah-mudahan Allah permudahkan...Rabbi yassir wala tu 'assir ya Karim...."doa saya di dalam hati. Sebaik tren pertama sampai, lautan manusia mulai bergelombang menyerbu tren yang baru tiba. Saya cuba menyelit- nyelit tetapi nyata usaha saya tidak berhasil. Maka sebaik tren pertama penuh, saya berundur. 'Astaghafirullahalazim...'berkali2 saya menyebut melihat tren penuh seperti sardin di dalam tin.. Sabarlah wahai
hati...saya memujuk diri moga2 cepatlah tibanya tren yang ke dua
Jam 6.30 petang, tren ke dua tiba di KL Sentral.Saya bingkas bangun dan berdiri menunggu di kalangan lautan manusia yang kelihatan tidak sabar2 untuk masuk ke dalam tren. Saya berazam benar2 moga kali ini dapatlah kiranya saya menyelit di kalangan manusia ini untuk pulang ke rumah.
Alhamdulillah, berkat pertolongan dan izin Allah, saya dapat juga menyeli-nyelit di dalam tren yang ke-2. Cumanya, yang menjadi tidak keruan hati, apabila tubuh saya dirempuh orang dari belakang..Saat kaki saya melangkah ke dalam tren, saya begitu terkejut kerana sekumpulan warga Bangladesh telah berdiri mengepuni tubuh saya. Ya Allah...bisik saya....tolonglah pelihara maruahku Ya Allah....
Ketika dihimpit-himpit begitu, tak semena2 hati saya berasa sangat sedih sekali. Mujur ada seorang pakcik Indonesia yang memberi ruang untuk saya.berdiri di bahagian tepi tren komuter. Kalau tidak, tak tahulah bagaimana rasa ingin menghadapi wajah-wajah lelaki asing yang berdiri mengerumuni saya. Sebentar tadi, saat tubuh-tubuh lelaki bergesel2 bahu sahaja membuat hati rasa begitu sedih. Aduhai...bukan mudah menjaga diri.Kalau di universiti dan di mana-mana tempat,begitu sekali kita menjaga agar tak mudah bersentuhan yang bukan mahram hatta walau sedikitpun. Bercakap dengan orang lelaki juga jaraknya hampir sedepa, tetapi untuk keadaan sebegini, mudah2 sahaja orang2 lelaki menghimpit2 wanita muslimah kita....
Terfikir2 begitu, sepanjang perjalanan yang dipenuhi lautan manusia itu, tak semena2 air mata berrgenang...dan entah bagaimana laju pula bercucuran mengalir di pipi. Saya sedar betapa ramainya mata memandang..tapi biarkanlah....Sungguh diri tidak meredhai situasi sedemikian berulang lagi...
Tuesday, January 6, 2009
GAZA UNDER ATTACK!
MUSLIM RISE FOR PALESTIN!
Tuesday, December 23, 2008
Semester Baru Yang Mencabar

Kebelakangan ini sahabat-sahabat saya selalu memulai mesej dengan cara begini. saya rasa terhibur pula. mungkin banyak perkara yang perlu difikirkan apabila melangkah ke semester baru, jadi semangat –semangat sebegini sangat diperlukan agar kita tak terpengaruh dengan suasana yang sibuk sehingga wajah menjadi masam dan mencuka. Jadi ceria-ceria lah selalu biar bagaimana hari yang bakal anda tempuhi!
Alhamdulillah, semester lepas meskipun result exam tidak lah mencapai target tetapi masih di tahap yang baik. Hari-hari peperiksaan yang lalu saya kira antara hari-hari peperiksaan yang ter’letih’ kerana perlu berdepan satu2 kertas tanpa punya gap masa yang panjang. Pendek kata, ada beberapa’paper’ yang killer perlu dihadapi tanpa selang. Kalau tak silap semester lepas adalah berturut-turut kertas Usul Fiqh 1, Constitutional Law 1 dan Family Law 1. Walauapapun, peperiksaan itu sudah berakhir dan ‘result’nya juga sudah diterima. Makanya, melangkah ke semester baru ini, diri perlu bermuhasabah dan kembali menilai akan sejauh mana usaha telah habis diperah untuk meraih kejayaan. Untuk Along dan Ikah yang dapat Dean List, Congrats!! I am proud of you guys. Insya Allah diri tidak akan berpaling ke belakang dan akan terus mencabar diri untuk bersaing dengan kalian.
"KELEMAHAN KITA YANG PALING LEMAH IALAH PERCAYA KITA LEMAH SEBELEM TERBUKTI KITA BENAR-BENAR LEMAH"
Makanya,manusia lah..kita yang mengaku mampu memikul amanah nie sebagai khalifah Allah memang berani habis. Sebab sanggup pikul amanah Allah untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini. Gunung dan bukit-bukit yang gagah itu pun tak mampu tapi kita mampu.Tapi nak kata apa, sebab Allah mencipta kita dengan sebaik-sebaik kejadian. Jelas termaktub dalam Al Quran, Allah berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” ( Surah At Tin: 4). Maka, apabila telah diberi amanah nak mengelak tak boleh lah. Jadi kufur pula nanti pada nikmat akal yang Allah beri nie. Sebab Allah dah beri kita akal untuk kita berfikir bagaimana untuk kita boleh memajukan ummah dan menyebarkan agama Allah di serata pelusuk dunia ini. Oleh yang demikian, haruslah atas kita menerima tanggungjawab apabila telah diberi peluang oleh Allah.
Saya teringat cerita yang saya pernah baca tentang Yusuf Islam. Yusuf Islam atau Steven Cat (nama asalnya ketika sebelum islamnya beliau) ini seorang yang sangat dihormati selepas pengislamannya. Sebab dia menjadikan muzik yang merupakan kerjayanya dulu menjadi medan dakwahnya kini untuk menyebarkan Islam. Siapa tak pernah dengar lagu-lagunya yang sangat menyentuh hati-hati manusia..Saya setiap kali mendengar lagu-lagunya memang syahdu dan tersentuh. Kerana nyanyiannya sangat ikhlas. Sangat-sangat dari hati. Sebab kalau bukan dari hati takkan mungkin ia sampai di hati saya. Yusuf Islam pernah bercerita perihal bagaimana dia menganut Islam. Satu ketika beliau pernah hampir lemas. Saya kurang pasti bagaimana kejadiannya sehingga beliau hampir lemas. Tetapi kata beliau saat-saat lemas itu, beliau berasa amat takut. Takut yang teramat sekali. Dan beliau tiada cara lain melainkan berdoa. Katanya,beliau berjanji pada Tuhan seandainya Tuhan memanjangkan umur beliau, beliau pasti akan berbakti pada Tuhan. Selepas berdoa demikian, beliau pengsan dan hanya kemudian apabila tersedar sudah diselamatkan orang. Begitulah janjinya dan sungguh beliau menepatinya. Selepas peristiwa itu, ia telah mendorong beliau memeluk Islam dan beliau memberi sepenuh komitmennya menyampaikan dakwah Allah kepada umat manusia. Ini kerana beliau telah menemui cahaya petunjuk penolongnya yang mendengar doa dan azamnya.
Saya selepas membaca kisah beliau meremang bulu roma saya. Bukan sebab takut hantu.tapi jadi terlalu takjub dengan kekuasaan Allah. Subhanallah. Allah begitu pengasih. ‘Berdoalah kepadaku nescaya kuperkenanankan doamu’ .Allah dah bagitahu kita. Mintalah doa pada Dia. Nescaya makbul! Dan itulah yang berlaku pada Yusuf Islam. Jadi nak dikisah kan di sini sebenar nya, bila Allah dah izin dan beri kita peluang berbakti kepada Nya untuk hidup kita yang masih tersisa nie..janganlah sia-siakan nya.
Alhamdulillah.moga-moga tulisan kali ini bermanafaat. Sebenarnya dari awal sudah rasa tulisan kali ini macam motivasi pun ada. Tak kiralah..sebenarnya nak motivasi diri..tapi andai anda membacanya juga..moga-moga ter’motivasi’ jua lah hendaknya.
Wednesday, December 10, 2008
musim cuti beginilah
tapi tak tahu bila semangat itu nak hadir
macam-macam gangguan anasir
berebut nak mengguna pc
walau apapun insya Allah akan menyusul jua artikel atau penulisan seterusnya
musim cuti nie banyak yang perlu diselesaikan
masanya ada cuma pengurusan diri kurang sempurna
Buat kak Nurul yang meraikan walimahnya hari ini ( 10 Disember 2008)
" Selamat Pengantin Baru kak"
moga kebahagiaaan dan berkah Allah senantiasa mengiringi akak
Jua Allah mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan daiman abadan abada
Buat abang sepupuku dan isteri selamat pengantin baru juga
" Allah yubarikuma aydhan"
Untuk sahabat seperjuangan, Nurul Nofus Bt Jaafar Sidek
" Selamat Meraikan Walimatul Urus anti"
moga tarikh 18 Disember 2008 menjadi saat manis buat kamu sahabatku
semoga semangat perjuangan kita dalam bidang syariah kan berkekalan hingga tertegaknya
hukum Allah di bumi ini
Ringkasnya, untuk teman2 yang mengakhiri zaman bujang masing2..dan memulai alam berkeluarga..doa saya buat kalian kekal senantiasa.
Salam Eid Adha jua buat seluruh umat islam.kullu 'am waantum bikhair
Thursday, October 23, 2008
Exam la YAN!

'Fatrah Imtihan'
Tatkala melihat exam slip yg di'print' baru2 ini, tersentak sikit diri ini. "Eh, dah nak exam aku rupanya". Begitulah pantasnya masa berlalu untuk diri semester ini. Saya kira sahabat-sahabat pun merasai perkara yang sama. Seingat diri masih terasa berada di tahun pertama. Kenangan sewaktu mula-mula melangkahkan kaki di bumi UIA ini masih segar dalam ingatan. Saat diri terpinga-pinga memandang bangunan kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim dan tercangak-cangak mencari kelas jua masih terasa terlalu baru berlalu. Hampir dua tahun saya kira bergelar pelajar di universiti, pelbagai perkara suka duka dilalui. Terlalu banyak perkara yang saya pelajari. Andai saya bukan di bumi UIA, saya juga tidak tahu apa yang saya lakukan saat ini.
'Syukran ya Rabbi'
Alhamdulillah..wa syukran lillah...berada di bumi UIA ini membuat saya kenal betapa kerdilnya diri. Ramai orang-orang hebat di sini. Ustaz.-ustaz dan ustazah-ustaz ah ramai...tak kira tua atau muda..hehe. Memang tak terfikir di zaman persekolahan saya untuk saya kenal insan-insan hebat sebegini. Maklumlah, sekolah kolonial inggeris dulu. Figur-figur yang saya kagumi dulu kebanyakan hampir tiada yang berfikrah islam. Boleh kata..fikrah islam itu sendiri juga tak pernah difahami diri.
'Khairul Ummah'
"Allah apabila menghendaki hambanya kepada kebaikan, Dia mendekatkan kita kepada ilmu agama" begitu antara lebih kurang satu makna ayat yang termaktub di dalam Al Quran. Segala puji bagi Allah yang merancang penghidupan manusia. Andai Allah mahu memuliakan manusia, Dia mengangkat manusia itu sekehendakNya. Andai Allah ingin menghinakan manusia, walau apa jua ikhtiar manusia itu, Allah akan berbuat mengikut kehendakNya.
' Ya muqallibal qulub, tsabit qulubi ala dinik'
Saya kira Allah terlalu pengasih pada diri ini. Musim-musim 'imtihan' begini' memang mengundang resah dan gelisah di kalangan kita. Kadang-kadang rasa 'mood' nak belajar itu cepat sahaja mati..itu belum masuk lagi godaan-godaan halus yang melalaikan. Kawan-kawan duk tenguk 'movie', orang sembang sana sini..macam-macam..tapi selalu saya diperingatkan..Setiap kali diri melihat sesuatu perkara saya akan sentiasa mengaitkannya dengan diri. Betapa Allah itu hadir pada setiap pandangan hati supaya kita memandang dunia ini dengan hikmah. Bukan dengan pandangan kosong semata-mata.
'Ibrah min Allah'
Saya sering melihat mak cik-makcik yang berkerja menyapu sampah. Hingga terlintas di sudut hati kecil saya.."Takkan mak cik-mak cik nie tak pernah bosan dengan kerja-kerja nie..berpuluh-puluh tahun buat kerja yang sama..takkan tak bosan?" Begitu hati kecil saya berkata-kata. Tapi bila difikirkan semula, tentu ada sebab mereka masih sibuk bekerja. Tentunya punya anak-anak di rumah untuk diberi makan, ada anak yang harus disekolahkan dan terlalu banyak keperluan keluarga yang perlu ditunaikan. Akhirnya, amat jelas menunjukkan bertapa segalanya itu bermula dari tanggungjawab.
'Nahnu ibadullah abadan"
Kita ini adalah hamba Allah selamanya. Yakni andai kita tak berasa diri ini bertanggungjawab terhadap amanah Allah iaitu menuntut ilmu..maka tidak layaklah diri ini bergelar hambaNya. Oleh kerana betapa bersungguh-sungguhnya mak cik-makcik itu bekerja kerana ingin melaksanakan amanah Allah yang terpikul di bahu mereka, maka mereka tak pernah kenal erti jemu dan putus asa. Andai ibu bapa saya tidak memikul amanah Allah dengan cemerlang, saya sudah pasti tidak berada pada tahap saya ketika ini. Sekali lagi, mengenang itu semua, tidak layaklah diri ini berputus asa.
'Al waktu ka as saif'
Masa ketika ini sangat singkat untuk diri bersiap berperang menghadapi peperiksaan. Tapi diri tidak boleh lalai dan mengalah. Biarpun sesingkat mana waktu yang tersisa..mudah-mudahan diri dapat memanfaatkan sepenuhnya dengan sebaik mungkin. Doaku untuk teman- teman seperjuangan 'binnajah wa taufiq fil imtihan'. Doa kalian jua kudambakan..ampun maaf salah dan silap..mudah-mudahan Allah permudahkan setiap urusan.
Rabbi yassir wa la tu 'assir ya Kareem..ameen
Monday, October 20, 2008
Apa kata anda..
Artikel Ustaz Asri bertajuk ‘Agama Bukan Mengkhayalkan Orang Miskin’ yang disiarkan majalah I Bil 72 keluaran Oktober 2008 saya kira satu pandangan yang cukup tegas dan berani. Adalah sesuatu yang bukan mudah untuk kita sebagai rakyat biasa atau golongan marhaen menyampaikan sesuatu teguran yang begitu sensitif kepada kepimpinan Negara kerana dikhuatiri akan dikenakan sebarang tindakan yang boleh menggugat kedudukan dan jawatan yang dipegang. Namun, keberanian beliau mewakili golongan ulama menyuarakan isu pembaziran di kalangan orang-orang atasan adalah sesuatu yang wajar untuk diberi pujian.
Saya kira pembaziran harta rakyat ini bukan sahaja sudah membarah di kalangan golongan pemimpin atasan tetapi sudah mula merebak ke institusi-institusi lain seperti pendidikan misalnya. Di sekolah-sekolah atau universiti-universiti, pihak-pihak atasan sekolah atau universiti sering diraikan dalam jamuan-jamuan besar yang jelas perbelanjaannya datang daripada duit yang seharusnya dimanfaatkan untuk golongan pelajar. Walhal, sebenarnya ada di kalangan pelajar yang terpaksa mengikat perut menahan lapar kerana tidak cukup wang pinjaman PTPTN dan wang saku yang diberikan ibu bapa. Di sini, saya memuji pentadbiran UIAM yang sentiasa peka terhadap golongan pelajar apabila terdapat majlis keraian seperti jamuan berbuka puasa, para pelajar akan turut sama diraikan. Ini wajar dijadikan contoh kepada mana-mana institusi pendidikan lain.
Walaubagaimanapun, budaya memberi saguhati yang memakan belanja besar bergantung kepada status VIP yang hadir ke program-program sekolah atau universiti wajar dihapuskan. Jikalau para VIP ini hadir sekadar ingin memberi ucapan sepatah dua kata, mengapalah persiapan penyediaan saguhati dan jamuan makan untuknya terlalu besar perbelanjaannya. Kerenah birokrasi untuk pengagihan wang zakat juga dilihat sesuatu yang amat menyedihkan. Ada di kalangan pelajar yang memohon berasa kecewa dengan kerenah birokrasi untuk mendapatkan bantuan zakat atau pinjaman kerana dipandang sinis segelintir pihak atasan.
Seandainya budaya ini dibiarkan merebak dan tiada suara untuk menegur, maka penggunaan harta rakyat dan Negara akan terus digunakan untuk kemanfaatan dan keselesaan sesetengah pihak yang berkepentingan sahaja. Saya seikhlas hati menyeru kepada semua lapisan masyarakat supaya bersikap tegas dan berani untuk menyuarakan teguran walau dengan apa jua cara khususnya melalui hak anda sebagai rakyat di dalam pilihanraya kepada kepimpinan atasan supaya pembaziran harta Negara tidak berlaku dengan sewenang-wenangnya.