skip to main | skip to sidebar

Sentuhan Hati

  • Home
    Home Sweet Home
  • Pages
    Browse Pages
    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit
  • Categories
    By Category
    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit
Subscribe

Thursday, December 3, 2009

Syukur..syukur...syukur Ya Allah

Imtihan yang berhasil




Syukur kepada Allah...saya memanjatkan rasa hati yang penuh terhimpun sejuta syukur.
Saat mata menatap keputusan imtihan akhir tempohari...sungguh Allah maha kaya dan sangat pemurah.
Buat pertama kali subjek yang tak bisa saya mendapatkan A, berhasil pula kali ini mendapat A.
Meski hanya A-
Sungguh saya senyum lebar
Emak saya juga lebar senyumnya
kerna melihat saya senyum agaknya
Hati saya berbisik
Saat mengambil subjek itu diri sedang dilanda demam panas
Membaca buku sedikit cuma
kepala terasa berat sekali
tidur juga yang lebih banyak
Tetapi mungkin kerana kuatnya pergantungan hati kepadaNya
Subhannallah..
Moga-moga keberhasilan kali ini menuntut saya lebih berusaha untuk menguliti bidang Syariah
Untuk subjek yang lainnya..
Alhamdulillah...
Walau ada yang menggugat rasa
Sedar sungguh
Usaha diri masih tidak maksima
Tapi Allah sungguh pemurah
Nikmat apa lagi yang saya mahu dustakan?
Syukur..syukur.. syukur Ya Allah
Posted by izyan at 3:52 AM 0 comments

Tuesday, December 1, 2009

Sweet Memories in Singapore

Salam bercuti!

Sebenarnya dah lama berhajat nak memperbaharui tulisan dalam blog nie. Sedar tak sedar sudah lebih 2 bulan blog nie bersarang labah-labah. Mana taknya entri terakhir saya adalah waktu hari raya aidilfitri yang lalu. Maknanya pada bulan September hari itu. Sekarang sudah bulan Disember. Bak kata seorang sahabat saya yang sama-sama ex-exco Lawsoc 08/09, Amad "...Yan, dah lama tak update blog ke?". Saya senyum je. Nak buat macamana. Selepas habis bercuti raya aidilfitri yang lalu, saya sedikit sibuk dengan Convest UIAM (Convocation Fiesta), Exam final dan barulah sekarang dapat menulis apabila sedang bercuti semester. Itupun, dah nak hampir habis cuti semester nie baru tangan saya rajin menaip.


Oh ya..lupa cerita tentang Singapura.


What is so sweet about Singapura?


Lepas habis Final Exam tempohari, saya dan sahabat-sahabat Lawsoc 08/09 telah mengadakan 'cuti-cuti Malaysia' kami ke Singapura. Kebetulan salah seorang exco Lawsoc 08/09 , Kak Sue orang Singapura. Jadi, di kesempatan itu kami pun merancang bercuti dan melawat rumah Kak Sue. Tetapi, bercutinya tidak lah lama sangat. Dalam 2 hari sahaja. Begitupun sangatlah puas hati seolah-olah kami telah berjalan ke seluruh Singapura. Pendek kata, kami memanfaatkan setiap masa yang ada untuk melawat kota Singa itu.


19 N0v 2009

Berkumpul di Terminal Putra, Gombak jam 8.30 malam dan menaiki LRT ke Masjid Jamek. Seterusnya, menaiki Monorel ke Puduraya. Kami bertolak jam 11 malam dari Perhentian Pudu menaiki bas terus ke Singapura.




sebelum bertolak ke singapura





20 Nov 2009

3 pagi

Bas kami berhenti untuk pemeriksaan kastam Malaysia.Saya tak dapat tidur di dalam bas. Sakit kepala rasanya. Di tempat pemeriksaan kastam Malaysia, sekejap je periksanya. Saya tak taulah pegawai tue betul-betul melihat pasport saya atau tak. Tapi, mungkin sebab dia mengantuk sangat agaknya. Kesian juga. Kemudian, bas kami berhenti lagi untuk pemeriksaan kastam Singapura. Pemeriksaan kastam di sini sangat teliti. Pasport saya diperiksa dengan cermat. Alamat rumah Kak Sue tempat yang kami akan bermalam pun dicatat. Beg-beg juga melalui pemeriksaan kastam yang teliti. Saya jadi kagum dengan kesungguhan mereka bekerja. Jadi, mengapa tidak kastam Malaysia kita?

4.30 pagi

Bas menurunkan kami di Beach Road. Kemudiannya, kami diambil oleh ayah Kak Sue, Pak Cik Jani dan bapa saudara Kak Sue, Cik An. Kami tiba di rumah kak Sue iaitu Bedok Resevoir , Jalan Tanaga. Hati saya memang teruja dari saat bas memasuki kota Singapura hinggalah saat kaki melangkah ke rumah kak Sue. Singapura yang bersih dan dipenuhi bangunan-bangunan yang tinggi dan orang-orangnya yang peramah. Tentulah famili Kak Sue yang sangat peramah menyambut ketibaan kami.


10.00 pagi

Kami bertolak keluar menaiki bas bernombor 60 untuk melihat-lihat pemandangan di sekitar kediaman rumah Kak Sue. Tiket berharga cuma berharga 1 syiling. Komuniti di sini tentunya yang majoriti adalah kaum Cina dan minoroti adalah kaum Melayu. Kaum India pun ada tetapi sangat sedikit. Di Bedok Interchange yang merupakan central area of Bedok neighbourhood, saya menukar duit RM 200 ke matawang Singapura. Jadinya saya mendapat lebih kurang 40 dolar. Besar juga beza matawang mereka dengan matawang kita. Kemudian, kami menaiki bas lagi dengan tiket berharga 1.50 syiling. Kami menaiki bas nernombor 7 menuju ke Arab Street. Nak tahu? jalan-jalan di sini semuanya dalam bahasa Inggeris. Most Malays here talk English than Malay language. Mungkin itu disebabkan dasar pendidikan mereka yang lebih mengutamakan bahasa Inggeris agaknya. Di Arab Street, kami melawat Taman Warisan @ Kampung Glam. Tapi tengok-tengok luar jela sebab nak masuk, tiketnya berharga lebih kurang 10 dolar. Kalau masuk alamatnya tak dapatlah kami beli 'souvenir' untuk dibawa pulang ke Malaysia. Oleh yang demikian, kami bergambarlah sahaja=)



di Taman Warisan@ Kampung Glam




Sibuk membeli- belah di Arab Street



Kedai-kedai cenderamata di Arab Street




Di sekitar jalan berhadapan Masjid Sultan, kami menyusuri kedai-kedai yang banyak menjual 'souvenir'. Di situlah ramai antara kami membeli-belah. Maklumlah, barang-barang kat situlah yang paling murah. Kira-kiranya adalah juga souvenir yang berharga 1 dollar dijual di situ. Then, we walked from Arab Street to Bugis Street. Sepanjang berjalan kaki tu, kami melalui beberapa kawasan yang menarik - Park View Square, Raffles Hospital and Bugis Junction.


Di Bugis Junction, kami berhenti untuk masuk ke dalam beberapa kedai-kedai yang menjual souvenir. Barangan di sini boleh juga dikatakan agak murah seperti di Arab Street. Tetapi kebanyakkan pengunjungnya adalah kaum Cina dan pelancong-pelancond dari Hong Kong, China, Jepun dan Korea. Pusing punya pusing kedai-kedai di situ, saya terkejut mendapati sebuah kedai tertulis di papan namanya " I love Sex" . Rasa malu pula melalui kedai itu. Fuh, betapa terbukanya Singapore..susah nak menemui kedai yang secara terbuka menawarkan perkhidmatan seks di Malaysia kerana negara masih begitu menjaga nilai-nilai agama dan budaya. Tetapi, kalau Malaysia terus-terusan dibiar hanyut oleh budaya luar, tidak mustahil budaya negara Malaysia akan menjadi seperti yang berlaku di Singapura.


Dari Bugis Street, kami menaiki MRT menuju ke Raffle place. Tahu apa rasanya menaiki MRT Singapura? Sangat laju. Inilah baru MRT! kata saya dalam hati. bukan sahaja MRTnya laju, 'escalator'nya pun sangat laju. Kalau naik LRT di Malaysia, itu pun belum boleh dikira laju. Apatah lagi Komuter yang sebegitu kura-kura. Alamak..lebih-lebih pula mengutuk negara sendiri.huhu. Kami makan murtabak di Masjid Maulana selepas solat jamak Zohor dan Asar. Masjid kepunyaan Indian Muslims. Hajat dihati kami ,mahu juga menaiki bot untuk menyusuri Sungai Singapura yang berdekatan Raffle place. Tapi, seperti biasa 'ongkos' tidak mencukupi. Maklumlah, melancong masih belajar..Oh ya murtabaknya sedikit berbeza daripada murtabak Malaysia. Kak Sue says so. Saya tak berapa perasan sebab dah lapar sangat. Yang saya tahu orang buat murtabak ni cepat betul ! Order sekejap..EH! 5 minit sudah siap..orang-orang singapore nie di 'train' supaya menjadi laju oleh government mereka, bak kata Cik An, bapa saudara kak Sue.


Menyusuri tepian Singapura dengan pemandangan lautnya yang membiru begitu menggamit hati kami. Waktu itu hujan turun renyai-renyai. Begitupun, ia tidak mematahkan semangat kami untuk berjalan-jalan. Yelah, esok sudah mahu pulang. Hari ini mesti puas berjalan-jalan. Sepanjang berjalan-jalan, kami melintasi satu bangunan yang mewah. Six star Fullerton Hotel. 1 night staying in this hotel caused you more than 1 thousand dollar! Guess it if we change it to Malaysian money exchange. Dahsyat juga mahalnya! Seterusnya kami melawat Merlion dan berjalan ke Esplanade theathre. Kami menyusuri Esplanade underground dan berjalan-jalan di City Link Mall ( Shopping Centre). Lucunya berjalan-jalan di mall nie sebab betul-betul terasa seperti 'foreigners' kerana kami seolah-olah spesis yang sangat berbeza. Maklumlah, majoriti kami yang perempuan bertudung labuh dan berbaju kurung.


Bergambar bersebelahan Sungai Singapura



the six star Fullerton Hotel


Di Esplanade Theathre




Di City Link Mall, kami menaiki MRT menuju ke Eunos Station. It is cost only 2 dollars. Dan yang lebih menarik, it is refundable. If you keep the ticket until you reach the station that you want to go, you can refund back your ticket and get back your 1 dollar. Setibanya di Eunos Station, saat itu barulah kaki kami berasa sengal-sengal. Tak sedar sudah separuh hari berjalan. Dari stesen itu, kami menaiki bas bernombor 60 untuk pulang ke kediaman kak Sue di Bedok Resevoir.


Memang rasa tak larat satu badan..tapi, seolah-olah sudah mengelilingi satu Singapura!


So, the best part of traveling if you have a short vacation is by walking. Sebab, ia akan menyebabkan kamu rasa dah sangat habis berjalan-jalan. Pulang daripada berjalan-jalan, kami menikmati sup tulang Singapura yang sangat unik. Sebab apa? warnanya merah seperti darah! Uniknya Singapura! I tasted it and the taste was good. Bolehlah...cuma orang Malaysia tak makan kot. Apapun, terima kasih kat famili Kak Sue. Kami kenyang sepanjang masa sebab kami makan begitu banyak sekali. We haven't spent a penny for buying foods outside. Semuanya disediakan oleh famili Kak Sue. And Kak sue's mom and nenek are good cooks. I adore both of them!

8.30 malam

Kami mengelilingi bandaraya Singapura menaiki kereta ayah Kak Sue. Sebahagian yang lain menaiki kereta yang dipandu Cik An, bapa saudara Kak Sue. Mereka membawa kami melihat keindahan kota Singapura yang bergemerlapan dengan cahaya lampu. Maklumlah, their Christmas' season is around the corner..memang dieorang menghiasi dengan cahaya-cahaya dan seolah-olah sedang berpesta pun ada. Dalam ronda-ronda kami melewati satu kawasan bernama Lau Pa Sat(its like a food centre within the vicinity of Central Business District area). Then, we went to chinatown and passed clark quay (kat situ ada bungee jumping tapi dah ada dalam kereta tak boleh nak cuba) . Then, we went straight to Tanglin Road and entered to Orchard Road (banyak hiasan-hiasan lampu yang sangat cantik di sekitar jalan tu). Antara shopping centre yang kami lewati juga adalah : Ngee Ann City @Takashimaya, Paragon, Wisma Atria, Lucky PLaza,The Hereen Shop and the new building is the ION@Orchard. Dan kawasan terakhir yang kami lewati adalah Little India. Mungkin di sinilah komuniti India banyak berkumpul dan membuka perniagaan mereka.


Kami tiba di kediaman Kak Sue lebih kurang jam 11. Sampai rumah Kak Sue pun makan lagi. Mengenang-mengenang, esok sudah mahu pulang ke Malaysia hati saya jadi sedih pula.



21 Nov 2009

Jam 10 pagi kami sudah bertolak meninggalkan rumah Kak Sue. Sebelumnya ,kami bersalam dan bergambar dengan kak Sue se'famili'. Sungguh hati terasa berat mengenangkan percutian yang sangat manis dan layanan keluarga Kak Sue yang sungguh baik. Kami menaiki bas di Rochor Road meninggalkan kotaraya Singapura dan kenangan yang sangat manis. Terima kasih sahabat-sahabat atas perancangan percutian kita. Moga-moga ianya telah mengeratkan ukhuwwah antara kita bersama.

Kami n Kak Sue's Family



InsyaAllah..berpeluang..saya ingin kembali semula ke Singapura!
Posted by izyan at 7:13 PM 2 comments

Sunday, September 20, 2009

eid mubarak 1430 H

1 sYaWaL 1430H

Eid mubarak ila kullu muslimin wa muslimat
kullu 'am wa antum bikhair
mohon maaf zahir dan batin

~tAqabalallahu minna wa minka~

Dari kami sekeluarga : Duduk atas ; ayah ( Ahmad) , mak (RashidaH) n mak tuk
Duduk bawah ; Dari kiri Ika, Nadrah, Nadirah, Nasihah dan Along.

Saya? yang ambil gambar =)
Posted by izyan at 10:27 PM 0 comments

Tuesday, September 15, 2009

Hatiku pula yang tersentuh

25 Ramadhan 1430 H

15 Sept 2009




‘Selamat Hari Lahir Angah Bulat’

Tertera tulisan itu di atas sebuah kek yang begitu indah di pandangan mata diri ini.

” Angah bulat?” saya bertanya sambil mengangkat kening.

“ Yela..sapa lagi..”jawab Along sambil ketawa besar.

Saya mencebik walau hati sungguh berbunga.Saat mata menatap kek yang sedemikian indah, hati diruntun rasa yang pelbagai




Terharu..

Tersentuh…

Gembira....








Along saya, Muhammad Farhan Ahmad menghadiahi saya sebuah kek yang sangat indah. Terakhir kek yang dibeli kepada saya adalah daripada emak tahun lepas. Waktu hari lahir saya. Saya yang minta kek. Sebab memang suka betul makan kek.he2.Dulu pun dapat kek daripada emak, gembira juga…tapi kali ini tentunya rasa itu sangat berbeza.
Mata saya menatap kek itu bersungguh.


~Along bila mengadap komputer~

Dalam riuh hingar suara adik saya Nadirah menyuruh meniup lilin, Along yang sedang mencari kameranya untuk mengambil gambar dan emak yang duduk di sisi sambil tersenyum…saya nyata sarat perasaan di hati….orang perempuan memang cepat tersentuh..


Along…along…

Macam tak percaya!


Hakikatnya, biarpun tulisan di atas kek itu nak menyakat diri ini…sedikit pun saya tidak terasa. Memang dari kecik dah selalu kena sakat debab..tembam…macam-macam…Kadang-kadang macam tak percaya betul ke debab sangat diri ini. Sebab bila tengok gambar-gambar masa kecil dulu tak la debab sangat pun( perasan..he2). Tetapi, sekarang memang dah comel pun.Konfiden comel =)


~ Debab cam nie ke?~

Apapun, hati seorang adik ini cukup tersentuh. Along yang garang beli kek. Dia bukan jenis garang sikit-sikit ye. Kalau ‘hangin’ tu, memang takut la. Puting beliung. Tsunami. Taufan Katrina. Semua kalah. Hehe..Menangis ? Tak usah cakapla berapa kali.. Jadi bila dia beli kek memang kejutan betul. Secret Recipe pulak tu! Wa…family kami memang tak pernah makan kek Secret Recipe ni sebab mahal. Tapi, dulu pernah la rasa time kawan-kawan bawak makan dulu. Air mata rasa nak mengalir…tapi mana boleh tunjuk depan Along....control…control…


Sungguh kami adik- beradik adalah antara golongan atau jenis adik-beradik yang sukar menunjuk rasa kasih sayang nie. Nak mengucap terima kasih sesame sendiri pun payah…Dulu kami kecik-kecik kuat gaduh. Maklumlah umur sangat rapat. Along dengan saya bezanya setahun cuma. Saya dan Ika pun beza setahun juga. Memang sakan menyakat sesame sendiri. Bila lebih-lebih sakat, memang yang kecik la yang kena dulu ‘debik’..Waktu kecik bergaduh, bertarik-tarik rambut. Bertumbuk pun ada.he2. Dasyat sungguh! Bila pikir-pikir semula..lucu juga.
~usrati fiddunya wal akhirah~
~saya tiada dalam gambar sebab ambil gambar~

Tapi, adik-beradik…ibarat air yang dicincang takkan putus.

Geram kadang-kadang,

benci kadang-kadang

dan meluat kadang-kadang.

Tapi ,sayang la juga sesame sendiri..

Sayang bukan tak sayang..

Tapi malu nak tunjuk…

Jadi di blog saya ini, yang entah mungkin Along baca ke tak…perasan ke tak

Angah mengucapkan..he2..





Terima kasih!!!!!!!!

Hari lahir saya pada tarikh 14 Sept 2009 ini sesungguhnya yang termanis dalam ingatan!!












~Along n me~
Posted by izyan at 8:04 AM 0 comments

Sunday, September 13, 2009

salam ramadhan al mubarak




23 Ramadhan 1430 H.

Masya Allah cepat benar terasa berlalunya masa. Hampir Ramadhan ini kian ke penghujung. Sedang hati masih belum puas mencumbui RamadhanMu ya Allah.

Daripada semalam, perbualan saya dan teman-teman sekitar hadirnya malam lailatul qadar yang dinanti. Tak ketahuan bila dan saat nya akan berkunjung. Tapi janji Allah itu pasti. Lailatul qadar akan menyapa...cuma tak tahu hari apakah yang begitu bertuah itu.

Apapun, moga-moga kita di kalangan hamba-hambanNya yang takkan mensiakan Lailatul qadar tanpa berbuat apa.

Sedikit perkongsian ilmu yang diperoleh daripada seorang sahabat. Moga-moga ianya bermanfaat untuk semua.


~ Doa malam al-qadr: اَللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فاَعْفُ عَنَّا Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Maha Mulia, Engkau suka pada kemaafan maka maafkanlah kami~ berdasarkan hadith, kenapa di sebut "afwu" dan tidak "ghafur"? kenapa tidak " ghafurun kareem? tp afuwwun kareem?

~ kerana.... ghafur...keampunan itu andai ada dr Allah, dosa itu diampun, tp masih tertera pada kitab amalan... tetapi... andai maaf..afwu... maka Allah mengampunkan dosa itu, malah melupakannya dan menghapuskannya dr tertera nya dr kitab amalan.malah, Allah menjadikan hamba itu lupa akan dosanya bagai tidak pernah dilakukan oleh si hamba itu. Malah yang lebih takjub lagi... bukan setakat si hamba itu..tetapi para malaikat juga melupakannya.. seolah-olah hamba itu bersih daripada dosa dan kitab amalannya juga bersih daripada dosa..Subhanallah...sahabat-sahabat...Sungguh besar pengampunan Allah..



Marilah kita bersama-sama mencari Lailatu qadar itu. Biar jangan kempunan dan berasa sesal di kemudian hari kerana melepaskan satu ganjaran dan peluang yang maha hebat disediakan oleh Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang!

Posted by izyan at 5:17 AM 0 comments

Wednesday, August 5, 2009

cuba-cubaan...


# Berikut petikan tulisan saya dalam buletin Da'wah & Tarbiyyah yang akan diterbitkan tidak lama lagi..sekadar cuba- cubaan menghantar da'wah melalui penulisan..mudah-mudahan sukses! Amin




Assalammualaikum pembuka bicara buat pembaca- pembaca buletin At Tazkeerah yand diterbitkan oleh Sekretariat Da’wah & Tarbiyyah Law Students’ Society 2008/ 2009.



Pertama-tamanya, suka untuk saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah kerana dengan izinNya, maka lahirlah buletin ini yang bertujuan untuk memberi sedikit pengisian buat teman- teman pembaca Aikolians yang dihormati. Juga ucapan terima kasih saya hulurkan buat pihak Kulliyyah kerana sudi mengizinkan buletin ini diterbitkan. Tidak dilupakan juga kepada editor buletin , Saudara Ahmad Shauqi dan ‘team ‘nya kerana tanpa usaha mereka, tidak mungkin terhasil buletin untuk para pembaca ini.



Tazkeerah…begitulah nama yang ter’ilham’ di benak fikiran kami tatkala tercari-cari nama yang sesuai untuk buletin yang telah kami garap ini. Sesungguhnya, kami amat mengharapkan hadirnya pengisian tazkeerah yang ringkas dan mudah difahami ini dapat menyentuh hati- hati kita untuk barang walau sedikit duduk sejenak membaca, merenung dan menginsafi diri sebagai hamba-hambaNya. Manusia yang bersifat pelupa senantiasa harus sering diingatkan. Meskipun kita sudah tahu akan banyak perkara, tetapi iman kita itu tetap ada naik dan turunnya. Makanya, tazkeerah ini hadir untuk mengingatkan yang mana terlupa atau terlalai dengan sibuknya kita bersama dunia.



Dalam Al Quran , Allah telah berfirman dalam Surah Adzaariyaat ayat ke 55 yang mana bermaksud


“ Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang –orang beriman”



Hal ini jelas menunjukkan bahawasanya tazkeerah itu amat penting dalam kehidupan manusia hatta tidak boleh walau sehari kita tidak memperolehinya. Teman- teman yang dirahmati Allah, tazkeerah itu hakikatnya bukan semata-mata dapat diperolehi daripada kuliah-kuliah agama, buku-buku agama dan bahan- bahan ilmiah sahaja. Sebenarnya, apa sahaja di sekeliling kita adalah tazkeerah (peringatan ) daripada Allah. Kata-kata bualan yang bermanafaat bersama sahabat-sahabat juga merupakan tazkeerah yang paling mudah. Hatta memandang alam sekelililing iaitu bulan, bintang, langit, matahari dan sebagainya merupakan tazkeerah secara langsung daripada Allah. Sesungguhnya amatlah beruntung mereka yang dapat berfikir akan kebesaran Nya.



Sekretariat Da’wah & Tarbiyyah Law Students’ Society 2008/ 2009 sudah melepasi satu semester akhirnya. Satu lagi semester yang berbaki ini mendorong kami untuk sehabis baik mendatangkan input-input yang bermanafaat buat teman-teman. Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang program- program yang pernah dijalankan oleh Sekretariat DNT kali ini. Sejujurnya, kami memohon maaf andai kelemahan daripada pihak kami telah menyebabkan teman- teman kurang mendapat informasi tentang program-program yang telah dijalankan. Pada semester 2 2008/ 2009 yang lalu, Sekretariat DNT telah mengadakan beberapa program yang menarik iaitu Qur’an at Heart ( halaqah menghafaz al qur’an ), Beauty of Love Campaign dan Maulidurrasul Celebration ( talk on ‘Malu Rasanya Mengatakan Cinta, Pilihan Dai’e Kecil [ PILDACIL] dan Malam Amal Kerasulan bersama Dato’ Hassan Azhari ). Alhamdulillah, program-program tersebut telah berjaya dijalankan dengan sokongan dan kerja keras teman-teman ‘ committees ‘ DNT yang menjadi tonggak utama perjalanan da’wah dan tarbiyyah di Kuliyyah AIKOL ini.



Oleh yang demikian, kami mengharapkan lagi partisipasi seluruh teman- teman AIKOL yang dikasihi untuk program- program DNT yang bakal dianjurkan tidak lama lagi. Sesungguhnya, tanggungjawab yang diamanahkan Allah di atas pundak kami ini, mudah-mudahan senantiasa dibimbing Allah dengan ikhlas, istiqamah, redha dan syukur dariNya. Jika masih tidak terlambat, Ahlan Wasahlan adik-adik 1st year ke AIKOL yang penuh warna- warni kehidupan ini. Menjadi pelajar undang-undang tidak mudah adik- adik kerana kita berjuang untuk melihat Perundangan Syariah Allah diangkat martabatnya di bumi ini. Walauapapun, tidak dilupai juga buat teman-teman seperjuangan 2nd ,3rd ,4th dan 5th year, selamat belajar dan belajar! Akhir kalam, sebelum berpisah..sekadar renungan bersama..Ramadhan bakal menjenguk kita teman-teman. Bagaimana persediaan kita ?


Posted by izyan at 7:55 PM 0 comments

Forum Hak Dan Kebajikan Anak Dalam Memeluk Agama Islam

Caknakah kita ? Antum tidak perlu menjadi pelajar undang-undang untuk berbicara tentang isu ini . Tetapi untuk isu ini, setiap umat islam harus berasa mahu untuk cakna dan berbuat sesuatu!
AIKOL , UIAM 16 Julai 2009 –Satu forum yang menarik telah dianjurkan oleh Unit Undang-undang Keluarga & Etika Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim bertempat di Auditorium Perpustakaan UIAM, Gombak Kuala Lumpur. Forum tersebut bertemakan satu tajuk yang begitu hangat diperkatakan dalam isu perundangan di negara kita kebelakangan ini iaitu ‘ Hak dan kebajikan anak dalam isu memeluk Islam ‘. Forum yang hangat ini juga turut menjemput empat orang ahli panel yang tidak asing lagi di kalangan mahasiswa AIKOL dan setiap ahli panel juga telah membentangkan kertas kerja mereka tentang tajuk forum ini daripada aspek yang berbeza- beza.

Ahli panel yang pertama adalah Datuk Hashim Yahya, Fellow Akademik AIKOL UIAM yang membentangkan kertas kerja beliau yang bertajuk “ Hak dan kebajikan anak- daripada perspektif hukum syarak” . Sementara ahli panel yang kedua iaitu Dr Normi Abdul Malek, Penolong Profesor AIKOL , UIAM pula membawakan tajuk “ Hak dan kebajikan anak- di bawah Undang-undang Keluarga Islam. Dr. Farid Sufian B. Shuib , Penolong Profesor AIKOL, UIAM yang juga merupakan ahli panel yang ketiga telah membentangkan kertas kerja beliau yang bertajuk ‘Hak dan kebajikan anak- di bawah Undang- undang Perlembagaan ‘. Manakala ahli panel yang terakhir pula adalah Tuan Haji Zainul Rijal Abu Bakar, Peguam Syarie telah membicarakan tajuk beliau iaitu “ Hak dan kebajikan anak – amalan di Malaysia.

Forum yang mendapat sambutan menggalakkan daripada mahasiswa AIKOL ini juga mencetus pelbagai persoalan menarik dalam sesi soal jawab apabila pelbagai isu disebalik isu diketengahkan kepada pengetahuan mahasiswa. Menurut Saudari Busra, pelajar tahun 3 AIKOL, beliau berasa amat bertuah kerana telah mengikuti satu forum yang telah membuka mata mahasiswa untuk tidak sekadar belajar mengenai undang-undang di bilik-bilik kuliah tetapi sebaliknya mahasiswa harus tahu dan cakna dengan perkembagan isu perundangan semasa khususnya berkaitan perundangan yang melibatkan kepentingan islam dan penganutnya yang semakin mendapat tekanan daripada NGO bukan islam dan beberapa pihak yang tertentu.
Adalah amat diharapkan semoga isu-isu seperti ini terus diketengahkan lagi dalam masyarakat mahasiswa supaya mahasiswa tidak terus- terusan lalai dan tidak cakna kepada apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Posted by izyan at 7:40 PM 0 comments
Newer Posts » « Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors

Free Counters
HSN Shopping Network

My Profile

My Profile
Izyan Hazwani Bt Ahmad

Merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan . Pelajar tahun 3 jurusan undang-undang dan syariah (LLBS) di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws (AIKOL) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) . Sekarang memegang amanah daripada Allah S.W.T sebagai Chairperson of Welfare Secretariat , Students' Representative Council (SRC) 09/10 , IIUM .

Followers

Blog Archive

  • ▼  2011 (1)
    • ▼  November (1)
      • hidup yg menuntut pilihan
  • ►  2010 (8)
    • ►  October (1)
    • ►  April (1)
    • ►  January (6)
  • ►  2009 (27)
    • ►  December (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (5)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2008 (17)
    • ►  December (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (5)
    • ►  May (5)

Discussion

Facebook Badge

Izyan Hazwani

Create Your Badge

Special Links

  • SRC.IIUM
    DONATION FOR ROHINGYA
    14 years ago
  • Students' Representative Council [IIUM Kuantan]

SRC Members

  • JEBAT
    ‘SINCERE GIVING’
    14 years ago
  • Pena Unggul
    Secebis Pengalaman Untuk
    15 years ago
 
Copyright © Sentuhan Hati. All rights reserved.
Blogger templates created by Templates Block | Wordpress theme by Tipografo